+ KaJiaN SoSiaL +

Pengenalan KS : Kesan Elemen Tematik

| Tuesday, June 7, 2011
KESAN-KESAN PENDEKATAN ELEMEN TEMATIK

Ruang lingkup pembelajaran pengajian sosial merupakan pengkajian bersepadu yang berhubung kait dengan interaksi dan komunikasi sesama manusia. Pengajian sosial merupakan suatu disiplin ilmu utama meliputi pelbagai disiplin ilmu pelbagai seperti sejarah, geografi, ekonomi, sosiologi, arkeologi, sains politik, psikologi dan sebagainya. Pendekatan tematik dalam pengajian sosial memberi banyak implikasi penting dalam pendidikan. Ini kerana ruang lingkupnya yang luas menyentuh pelbagai aspek dalam kehidupan manusia.

1 - Implikasi Positif Pendekatan Elemen Tematik

Pendekatan elemen tematik dalam pengajian sosial mempunyai banyak impak positif. Antara kebaikan pendekatan elemen tematik dalam pengajian sosial antaranya ialah memberi pengetahuan yang luas kepada para pelajar. Kesan akibat daripada lawatan, pembacaan peta, merekod dapatan dan membuat kajian memberi banyak informasi tambahan baru kepada pengetahuan pelajar. Pembelajaran yang menyentuh aspek diri, masyarakat, budaya, masa, alam sekitar, sains, teknologi, kenegaraan, politik dan sebagainya. Kesemua ini memberi pengalaman kurikulum yang berguna bagi membolehkan pelajar melakukan perkaitan pengetahuan baru secara aktif berdasarkan pemahaman sedia ada.

Disamping itu, dengan adanya pendekatan elemen seumpama ini, ianya dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelajar dalam menyediakan diri menjadi insan, masyarakat dan rakyat kepada sesebuah negara. Ilmu yang menyentuh pelbagai disiplin ini mampu memberi manfaat kepada pelajar baik secara teori mahupun praktikal. Ilmu pengetahuan yang diperolehi tentang sesuatu budaya masyarakat misalnya budaya ziarah menziarahi jiran akan dipraktikkan dalam kehidupannya sebagai amalan dalam hidupnya. Dalam aspek menyediakan diri menjadi rakyat negara yang berguna, eleman amalan sivik yang disampaikan oleh guru bertujuan menyedarkan pelajar tentang peranan mereka sebagai seorang rakyat yang taat setia serta melatih pelajar mengamalkan amalan hidup yang sihat dan bebas dari gejala sosial. Secara tidak langsung pendekatan elemen seperti ini berupaya mengubah dan mendidik masyarakat menjadi generasi yang berguna bukan sahaja kepada diri malahan kepada agama, bangsa dan negaranya.

Penyatuan bersistematik dalam aspek disiplin pengajian sosial memberi peluang kepada pelajar mengetahui kepelbagaian disiplin ilmu yang mempunyai saling kait dalam kehidupan seharian mereka. Kesepaduan ini merangkumi aspek sejarah masa silam, sejarah hari ini, ramalan dan jangkaan masa depan, geografi manusia dan persekitaran, psikologi dan mental, antrapologi, sosiologi, ekonomi, politik, arkeologi dan banyak lagi yang menyentuh mengenai kehidupan sosial manusia. Pendidikan secara menyeluruh ini menjadikan kurikulum yang disampaikan lebih mantap tanpa membuang mana-mana aspek yang berkaitan dengan kehidupan sekalipun yang menyentuh hal keagamaan dan perkauman. Kesepaduan ini secara holistiknya bertujuan melahirkan individu yang mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dalam diri. Pengkajian kisah silam bukan untuk ditangisi tetapi menjadi pengajaran serta kekuatan dalam diri individu menjadi generasi yang lebih bermakna di masa hadapan.

Kebaikan penggunaan kaedah elemen tematik dalam pembelajatan yang terakhir di dalam kajian ini ialah dari sudut kemahiran. Melalui pembelajaran pengajian sosial ini pelajar dapat mengumpulkan maklumat dan memanipulasikan data, serta mahir dalam memperkembangkan idea serta mengasah kemahiran berfikir secara rasional dan kreatif serta kritis pelajar. Selain itu, pengajian sosial juga menyentuh kepelbagaian perspektif dan pandangan seperti perspektif holistik, perspektif kendiri dan prespektif global. Pelajar bukan saja mampu mempunyai pemikiran melibatkan kepentingan diri, keluarga dan masyarakat malahan mempunyai pemikiran global yang melibatkan isu-isu dunia yang kompleks dan merumitkan.

2 - Implikasi Negatif Pendekatan Elemen Tematik

Disamping segala implikasi positif akibat dari pendekatan elemen tematik dalam pengajian sosial, masih terdapat kelemahan dan menjurus kepada keburukan penguaan kaedah tematik ini. Setiap suatu di dunia ini pasti ada buruk dan baiknya. Dari segi keburukan pendekatan elemen tematik, konsep bersepadu yang menyeluruh ini mengambil masa pengajaran dan pembelajaran yang lama. Ini kerana pelbagai aspek perlu disentuh dan ditekankan kepada para pelajar. Pengajian sosial yang merupakan bidang ilmu yang luas memerlukan masa bagi pembelajaran yang berkesan tercapai. Walau bagaimanapun interaksi yang berlangsung menghadkan pembelajaran tersebut dan memberi tekanan kepada guru dan pelajar.

Disamping itu, pelajar juga terbeban dengan ruang lingkup ilmu yang begitu luas dalam pengajian sosial. Skop pengajian sosial yang luas meliputi sejarah, geografi, politik, ekonomi dan sebagainya cukup membebankan minda seandainya tidak bersedia memikul risiko pembelajaran. Pendekatan seumpama ini mungkin lebih bersesuaian bagi pelajar peringkat pertengahan dan atas. Namun pendekatan seperti ini kurang sesuai bagi kanak-kanak yang masih belum mampu mengoperasikan minda mereka ke tahap yang rumit. Peringkat asas bagi bidang ini lebih sesuai dengan tahap usia muda iaitu dalam lingkungan belasan tahun sehingga mencapai umur 40 tahun. Ini kerana setelah usia melebihi 40 tahun, tahap kecerdasan minda akan semakin berkurang dan membuatkan pengajaran dalam pengajian sosial yang mempunyai skop luas tidak mampu diekstrak ke dalam neutron minda. Kajian-kajian atau pemerhatian yang dijalankan juga memberi cabaran dan pemikiran yang tinggi bagi setiap pelajar.

Pendekatan elemen tematik dalam Pengajian Sosial dilihat lebih banyak memberi implikasi yang baik kepada individu atau pelajar. Kebaikan ini diharap bukan sahaja dapat memberi pengetahuan secara teori malahan dipraktikan dalam pembelajaran dan kehidupan seharian. Ini selaras dengan kehendak bidang ini untuk mempromosikan kesedaran sivik dikalangan pelajar dan masyarakat.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 ...~:\ NoTa PISMP KS /:~...