+ KaJiaN SoSiaL +

MdAB : Konsep Alam Belajar

| Sunday, June 12, 2011
ALAM BELAJAR

KONSEP ALAM BELAJAR

Alam belajar murid terdiri daripada dua komponen iaitu :

1 - Alam Fizikal

Fizikal boleh diibaratkan sebagai ‘guru yang kedua’ bagi seseorang pelajar dalam bilik darjah. Alam fizikal banyak mencerminkan gaya pengajaran seorang guru di bilik darjah. Sususan kerusi dan meja, pokok-pokok dalam pasu, gambar-gambar pemandangan, papan kenyataan, hasil kerja pelajar akan mengwujudkan satu keadaan yang kondisif untuk seseorang pelajar. Penyusunan meja kerusi pelajar sebagai gaya auditorium, gaya bersemuka, gaya off-set, gaya seminar dan gaya kluster akan membantu pelajar untuk meningkatkan pelajaran mereka.

2 - Psikososial

Faktor psikososial seperti nada suara yang sesuai, suasana yang kondusif, tingkah laku yang diterima dan saling berbudi bahasa akan membantu seorang pelajar dalam aspek keselamatan dan keselesaan mereka dalam persekitaran sekolah. Seorang guru yang prihatin terhadap kebajikan pelajar dan mudah didampingi, beramah-tamah, cekap, berkeyakinan diri dan mengambil berat tentang keselamatan dan keselesaan pelajar akan memenuhi keperluan-keperluan psikososial murid-murid yang diajar.

KOMUNITI PEMBELAJARAN

Pembelajaran murid amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Teori Ekologi Bronfenbrenner menjelaskan pengaruh sosiobudaya persekitaran terhadap perkembangan dan pembelajaran individu. Elemen-elemen dalam setiap sistem dalam model Bronfenbrenner.

1. Mikrosistem.
Persekitaran yang terdekat dimana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contoh ibubapa, adik beradik, rakan-rakan, jiran dan guru.

2. Mesosistem.
Perhubungan antara mikrosistem. Apa yang berlaku dalam satu mesosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contoh rumah-sekolah, rumah jiran, sekolah-jiran.

3. Ekosistem.
Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak dan dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Contoh sekolah-pasar raya, kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.

4. Makrosistem.
Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai-nilai dan amalan masyarakat . Misalnya dalam sesetengah masyarakat peranan jantina dititik beratkan (Santock 200H). Di sesetengah Negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan dimana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting

5. Kronosistem.
Perubahan keadaan dalam sesuatu tempat masa. Misalnya kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan komputer jika dibandingkan dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.

Implikasi Sistem Teori Ekologi Bronfenbrenner kepada guru.

Persekitaran banyak mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan intelek dan rohani seorang pelajar. Persekitaran yang membina dan positif akan membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam akademik manakala persekitaran yang tidak sesuai atau negatif akan membantutkan segala usaha yang diambil oleh pelajar tersebut. Persekitan yang diwarisi oleh seorang pelajar akan membentuk tingkah laku yang akan mencorakkan perkembangan akedemik dan sahsiah. Oleh yang demikian persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid secara mutlak.

PERANAN DAN KEPENTINGAN MAIN DALAM PEMBELAJARAN MURID-MURID

Kanak-kanak memerlukan main dalam perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif.Terdapat 2 kategori main iaitu permainan sosial dan permainan kognitif. Berikut adalah senaraikan 3 jenis permainan tradisional untuk setiap kategori.

Permainan Sosial
1. Permainan congkak
2. Permainan batu seremban
3. Permainan main guli

Permainan Kognitif
1. Permainan galah panjang
2. Permainan lari ikat kaki
3. Permainan tingting

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 ...~:\ NoTa PISMP KS /:~...