+ KaJiaN SoSiaL +

MdAB : Pembentukan Persekitaran Pembelajaran Kondusif

| Sunday, June 12, 2011
PEMBENTUKAN PERSEKITARAN
PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF

PENGENALAN

Cuba renung kembali tajuk-tajuk yang anda telah pelajari. Aspek manakah paling mempengaruhi persekitaran bilik darjah? Berdasarkan pengalaman anda sebagai pengurus bilik darjah, bagaimana anda dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam bilik darjah? Cuba anda melakarkan pelan bilik darjah yang mempunyai persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan maklumat dan pengetahuan yang diperolehi sepanjang kursus ini. Rajah di bawah menunjukkan contoh susunan bilik darjah yang selesa. Selain daripada susunan fizikal bilik darjah yang selesa, apakah aspek-aspek lain yang harus di beri perhatian dalam menghasilkan persekitaran pembelajaran yang kondusif?

Contoh susunan bilik darjah sekolah rendah yang selesa

Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif boleh dikekalkan sekiranya tiga perkara ini dipatuhi.
• Strategi Umum
• Prosedur dan peraturan
• Kerjasama murid

1. Strategi umum - Strategi Autoritatif dan Mengurus kumpulan

• Strategi Autoritatif
i. Guru memantau tingkah laku murid-murid di samping menggalakkan mereka untuk berdikari dari segi pemikiran dan perlakuan.
• Mengurus kumpulan
i. Menyedari apa yang berlaku dalam bilik darjah.
ii. Mampu menangani situasi dalam bilik darjah yang bertindan tindih.
ii. Mengekalkan kesinambungan isi pelajaran yang disampaikan.
iii. Libatkan murid-murid dalam aktiviti pembelajaran.

2. Prosedur peraturan
• Rutin pentadbiran
• Pergerakan murid keluar masuk kelas
• Pengurusan bilik darjah
• Rutin pengajaran dan pembelajaran
• Interaksi antara guru dan murid

3. Kerjasama murid
• Membina hubungan positif dengan murid.
• Berkongsi dan memikul tanggungjawab bersama
• Memberi ganjaran bagi tingkahlaku yang susuai.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 ...~:\ NoTa PISMP KS /:~...