+ KaJiaN SoSiaL +

MdAB : Motivasi Untuk Pembelajaran

| Sunday, June 12, 2011
MOTIVASI UNTUK PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Motivasi bermakna sesuatu kuasa yang mendorongkan seseorang melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap sebagai satu unsur yang penting yang membolehkan murid-murid melibatkan diri secara aktif, disamping menjadikan proses pembelajaran itu berlangsung dalam keadaan bermakna, berfaedah dan menggembirakan (Kamarudin Hj Husin, 1993)

Santrock (2008) mengatakan “motivation is the reason why people behave the way they do. Motivated behavior is energized, directed, and sustained”. Motivasi adalah kuasa yang menggerakkan manusia mencapai sesuatu matlamat.

Terdapat dua jenis motivasi yang umum iaitu :

1. Motivasi Ekstrinsik : Motivasi ini adalah penggerak yang mendorong pelajar untuk melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran nyata yang disediakan. Motivasi ini hanya berfokuskan kepada ganjaran yang diberi. Contoh : Ganjaran yang jelas dan nyata seperti member markah, gred, agregat, keistimewaan , penghargaan, pujian persaing dan sebagainya.

2. Motivasi Intrinsik : Motivasi ini menggerakkan pelajar untuk melakukan sesuatu kerana percaya ia tindakan yang betul dan baik. Motivasi ini wujud dari dalaman pelajar. Motivasi ini melibatkan pelajar sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran. Ia melibatkan perasaan ingin tahu mengenai sesuatu perkara dan melibatkan penggunaan praktikal perkara yang dipelajari. Contoh : Mereka yang gemar mengumpul barang-barang antik sanggup belanjakan ribuan ringgit kerana motivasi ini akan menggerakkan mereka melakukan perkara ini.

Nilai sesuatu aktiviti atau tugasan mempengaruhi motivasi seseorang melakukan sesuatu. Tugasan mempunyai tiga jenis nilai yang penting kepada murid, iaitu nilai pencapaian (attainment value), nilai minat atau intrinsik dan nilai utiliti. Berikut jenis-jenis nilai :

1. Nilai pencapaian: Pentingnya melakukan sesuatu tugasan dengan baik. Kejayaan sesuatu tugasan memenuhi keperluan peribadi.
2. Nilai Intrinsik/Minat: Keseronokan yang didapati dari melakukan sesuatu tugasan.
3. Nilai Utiliti: Sumbangan sesuatu tugasan kepada pencapaian sesuatu matlamat.

AKTIVITI APLIKASI

Berikut contoh scenario dan apakah ia nilai yang terkandung di dalamnya, sama ada nilai pencapaian, nilai intrinsik atau nilai utiliti.

1. Ibu saya sediakan masakan yang sedap. Masakan beliau menunjukkan perasaan kasih sayang terhadap keluarga. Beliau juga adalah seorang isteri dan ibu yang baik. Akan tetapi beliau tidak suka memasak.

Jawapan: Nilai Utiliti.

2. Ayah saya adalah seorang yang handal dalam memberi ucapan umum. Beliau menunjukkan banyak kualiti kepimpinan. Beliau memegang banyak jawatan pentadbiran yang penting dalam syarikatnya dan mempengerusikan majlis jawatankuasa masjid. Jadi apabila ayah saya diminta menjadi pengerusi dalam salah satu aktiviti masjid, beliau setuju walaupun menghadapi kekangan masa.

Jawapan: Nilai Pencapaian dan Nilai Intrinsik

3. Zainab Asilah menghasilkan kraftangan yang cantik. Beliau menghadiahkan kepada kawan dan keluarga sebagai hadiah. Apabila saya mencadangkan bahawa beliau sepatut jual kraftangan yang dihasilkan, Teresa mangatakan itu bukan matlamatnya.

Jawapan: Nilai Intrinsik

4. Syazrin adalah murid yang pandai dalam Algebra dan digelar ”professor” oleh kawan-kawannya. Dia merasa agak malu sebab sebenarnya beliau tidak suka Algebra. Akan tetapi beliau sedar bahawa dia perlu mencapai prestasi yang baik dalam matematik supaya dia boleh mencapai cita-citanya sebagai seorang angkasawan.

Jawapan: Nilai Pencapaian

5. Fahmi menjadi seorang ahli dalam Kelab Alam Sekitar. Beliau menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai kepakaran dalam aspek alam sekitar tetapi beliau mengakui amat menghargai kecantikan dan ketenangan alam sekitar.

Jawapan: Nilai Intrinsik

TEORI-TEORI BERKAITAN MOTIVASI

Teori motivasi boleh dilihat dari perspektif Teori Pembelajaran Tingkahlaku/Behaviorisme, Teori Pembelajaran Kognitif, Teori Humanisme dan Teori Pembelajaran Sosial-kognitif. Jadual Menjelaskan Tentang Beberapa Perspektif Tentang Motivasi :

Konsep

Idea Utama

Huraian

Perspektif tentang

Motivasi

Behaviorisme

Sumber motivasi ialah Ekstrinsik.Lebih mementingkan pengukuhan, ganjaran ,imsentif dan dendaan. Ahli teoris Skinner.

Humanistik

Sumber motivasi intrinsik. Lebih mementingkan keperluan harga diri, kepuasan kendiri dan penentuan kendiri. Ahli teoris Maslow, Rogers.

Kognitif

Sumber motivasi intrinsik.Mementingkan kepercayaan, atribut kejayaan dan kegagalan, jangkaan. Ahli teoris Weiner, Vroom.

Sosial-

Kognitif

Sumber motivasi intrinsik.Mementingkan penglibatan dalam komuniti pembelajaran, identiti melalui penglibatan dalam aktiviti kumpulan. Ahli teoris Lave,Wenger.



0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 ...~:\ NoTa PISMP KS /:~...