+ KaJiaN SoSiaL +

Sosiologi : Apa itu Sosiologi

| Friday, June 10, 2011
SOSIOLOGI

Sosiologi merupakan kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang berkenaan dengannya; dan orang yang berlainan bukan setakat sebagai individu, tetapi juga sebagai ahli persatuan, kumpulan sosial, dan institusi (pendek kata sebagai anggota masyarakat).

Sosiologi secara teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam masyarakatnya. Sosiologi berminat tentang perangai kita sebagai manusia; atau secara ringkas, mengkaji hubungan antara manusia yang pada awalnya saling tidak kenal kepada suatu peringkat yang lebih proses sosial sejagat.

Pengenalan

Sosiologi yang muncul pada abad ke-19 dianggap sebagai tindak balas akademik tentang gaya kemodenan; apabila dunia semakin kecil dan lebih bersepadu, pandangan hidup manusia tentang dunia semakin mengecil dan tersebar. Ahli sosiologi berharap, melalui ilmu ini dapatlah kita memahami unsur-unsur yang menjalinkan perpaduan (mencari persamaan) antara kita, dan juga untuk membentuk "penawar" (antidote) kepada perpecahan atau krisis moral masyarakat.

Para sosiologi masa kini menyelidik struktur makro yang membentuk dan seterusnya meladeni masyarakat, seperti kaum atau etnik, kelas masyarakat dan peranan jantina dan institusi seperti keluarga; proses sosial yang mewakili lencongan daripada, atau kehancuran, struktur ini, termasuk jenayah dan perceraian; dan proses mikro seperti interaksi interpersonal

Ahli sosiologi sering kali bergantung kepada kaedah kualitatif untuk menghurai corak hubungan sosial, dan untuk membina model model yang boleh membantu dalam meramal perubahan sosial dan kesannya kepada manusia. Sesetengah ahli sosiologi pula berpendapat kaedah kualitatif (seperti wawancara terarah, diskusi berkumpulan, dan kaedah etnografi) mampu memberi pemahaman yang lebih mendalam terhadap proses sosial. Cara yang terbaik ialah menggunakan kedua dua kaedah secara serentak. Keputusan daripada kedua dua kaedah ini boleh digunakan untuk menguatkan hujah antara satu sama lain. Contohnya, kaedah kuantitatif boleh menghurai corak am sosial, manakala kaedah kualitatif pula boleh membantu dalam memahami bagaimana seseorang individu bergerak balas terhadap perubahan sosial.

Sejarah

Sosiologi merupakan bidang kajian yang agak baru berbanding bidang sains social lain termasuk ekonomi, sains politik, antropologi dan psikologi.

Istilah ini dicipta oleh Auguste Comte, yang berharap untuk menyatukan semua kajian mengenai manusia -- termasuk sejarah , psychologi dan ekonomi. Skema sosiologinya merupakan yang biasa untuk abad ke-18; dia percaya semua kehidupan manusia melalui tahap sejarah yang jelas berbeza dan bahawa, sekiranya seseorang dapat memahami proses ini, seseorang itu dapat menghasilkan penawar bagi kesemua masalah penyakit sosial.

Akhirnya, sosiologi tidak menggantikan sains sosial yang lain, tetapi salah satu dari mereka, dengan penekanan tersendiri pada segi subject matter dan kaedah. Hari ini, kajian sosiologi mengkaji organisasi manusia dan institusi sosial, kebanyakannya melalui kaedah bandingan. Ia memusat terutamanya pada organisasi kompleks masyarakat pengilangan (industrial society).
Cabang utama

Fungsionalisme
• mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi yang kegiatan mereka menyumbang kepada penerusan masyarakat.
Teori konflik
Interaksionisme atau Teori Tindakan Sosial, dan Interaksionisme bersimbol

Bidang khusus

Ahli sosiologi mengkaji pelbagai topik yang luas. Untuk mendapatkan gambaran mengenai bidang yang dirangkumi, lawati Persatuan Sosiologi Antarabangsa - International Sociological Association's Research Committee's page yang menyenaraikan topik seperti Penuaan, Seni, Pertelingkahan Bersenjata, Bencana, Penyelidikan Masa Depan, Kesihatan, Undang-undang, Rehlah, Migrasi, Penduduk, Agama, Pelancungan, Wanita dalam Masyarakat, Kerja, dan banyak lagi. Persatuan Sosiologi Amerika - American Sociological Association's sections page menyenaraikan seksion merangkumi kebanyakan topik yang sama, termasuk yang lain.

Di bawah adalah sebahagian dari bidang dan topik tersebut.

* Sosiologi ekonomi
* Sosiologi persekitaran
* Ekologi manusia (kekadang termasuk dalam sosiologi utama)
* Sosiologi perindustrian
* Sosiologi perubatan
* Mikrososiologi
* Sosiologi politik
* Penilaian program
* Sosiologi luar bandar
* Sosiologi agama
* Sosiologi sains dan teknologi
* Teori sistem
* Sociologi pasaran
* Sosiologi Perhubungan Perindustrian
* Perubahan sosial
* Demografi sosial
* Sosiologi bencana
* Sosiologi bandar

Topik sosiologi utama

* Sosiologi pengetahuan (atau Konstruksionisme sosial)
* Strukturalisme
* Kelas sosial
* Ras
* Jantina
* Budaya
* Lencongan
* Ketidakbertanggungjawapan yang mempunyai alasan yang kuat
* Peranan dan kehomogenan peranan
* Kerja
* Peranan
* Struktur sosial
* Kemodenan
* Generasi
* Institusionalisme baru

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 ...~:\ NoTa PISMP KS /:~...