+ KaJiaN SoSiaL +

Pengenalan KS : 10 Elemen Tematik

| Tuesday, June 7, 2011
ELEMEN TEMATIK

Menurut National Council for the Social Studies (NCSS) Pengajian Sosial didefinisikan sebagai integrasi pembelajaran yang meliputi kemanusiaan dan juga sains sosial untuk menggalakkan kesedaran sivik. Pengajian Sosial meliputi kepelbagaian disiplin ilmu merangkumi antrapologi, sosiologi, geografi, sejarah, politik dan segala yang berkaitan dengan kemanusiaan. Matlamat asas pengajian sosial ialah untuk membantu generasi muda membina kebolehan untuk membuat keputusan dan mengambil tahu perkembangan semasa dalam kehidupan masyarakat berbudaya, masyarakat demokrasi selain membentuk kesedaran sivik yang tinggi. Pengajian sosial menggunakan pendekatan tematik dalam kurikulum bagi memastikan kanak-kanak di peringkat sekolah memperolehi pengetahuan, pengalaman, prespektif dan komitmen yang menyeluruh dalam kehidupan mereka.

Terdapat sepuluh pendekatan elemen tematik yang dikemukakan oleh NCSS. Antara sepuluh elemen tematik ialah kebudayaan; perkaitan global; masa, perubahan dan kesinambungan; manusia, alam sekitar dan tempat tinggal; amalan baik sivik; perkembangan individu dan identiti; kuasa, kawalan dan autoriti; kepenggunaan, pengeluaran dan pengagihan; sains, teknologi dan masyarakat dan individu, institusi dan kelompok.

Keseluruhan elemen-elemen ini mempengaruhi kehidupan sosial kanak-kanak baik secara langsung atau tidak. Elemen-elemen ini saling berkait rapat dengan kehidupan sehari-hari setiap individu. Sebagai contoh setiap masyarakat mempunyai kebudayaan mereka yang tersendiri, untuk memahami budaya ini manusia akan mengaitkannya tentang sejarah budaya tersebut, masa, kesinambungan budaya, perubahan budaya, hubungan budaya terhadap manusia, tempat, persekitaran yang memberi implikasi tertentu.

Perkaitan dan kesan yang berlaku seperti contoh di atas membuka minda kita dengan melihat bagaimana elemen tematik ini mempengaruhi kehidupan sosial kanak-kanak. Melalui pendekatan seumpama ini diharap dapat melahirkan generasi yang berguna, berilmu pengetahuan luas, yang dapat berfikir secara matang dan mempraktikan nilai baik dalam kehidupan selain menjadi warganegara yang dapat berjasa kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

1 - Kebudayaan

Pengajian sosial harus juga merangkumi pengalaman yang berasaskan kepada faktor kebudayaan. Budaya merangkumi sesuatu yang dimiliki dan dicipta oleh manusia melalui kaedah pembelajaran, memahami, berkongsi dan mengadaptasi dari faktor persekitara. Pengajian mengenai kebudayaan mengkaji secara lebih mendalam mengenai kepercayaan sosial masyarakat, nilai-nilai, institusi, perilaku, tradisi dan cara hidup sekumpulan manusia. Pengajian tentang kebudayaan juga merangkumi sifat budaya yang lain dan produk penghasilannya, seperti bahasa, sastera, muzik, seni, artifak, dan makanan. Pengkaji sosial dari aspek kebudayaan biasanya berkeperluan untuk memahami bahawa budaya manusia mempunyai persamaan dan perbezaan antara satu sama lain, dan mereka belajar untuk melihat diri mereka samada dari konteks individu mahupun konteks sebagai ahli yang menganut budaya tertentu yang berkongsi persamaan dengan kumpulan budaya lain. Dalam masyarakat, kepelbagaian budaya, demokratik dan dunia yang sentiasa berhubung, pengkaji sosial budaya perlu memahami budaya dari pelbagai perspektif.

Budaya bersifat dinamik dan berubah dari masa ke masa. Pengajian sosial budaya memerlukan pengkaji untuk bertanya dan menjawab soalan seperti : Apakah budaya? Apa yang tidak penting dalam budaya pembangunan manusia dan sosial? Apakah ciri-ciri umum silang budaya? Bagaimanakah perpaduan dibangunkan antara kaum yang berlainan? Apa peranan kepelbagaian budaya dan bagaimana cara ianya dipertahankan di dalam suatu negara? Bagaimana kepelbagaian aspek kebudayaan seperti sistem kepercayaan, anutan agama, cita-cita politik, pengaruh bahagian lain dalam budaya seperti institusi atau sastera, muzik, dan seni? Bagaimana perubahan budaya dari masa ke masa untuk mengakomodasi idea yang berbeza? Bagaimana difusi budaya berlaku di dalam dan di komuniti daerah, dan bangsa?

Melalui pengalaman, pemerhatian, dan refleksi, pelajar akan mengenalpasti unsur-unsur budaya serta persamaan dan perbezaan antara kumpulan-kumpulan budaya di seluruh waktu dan tempat. Mereka akan memperoleh pengetahuan dan pemahaman budaya melalui beberapa keadaan, termasuk secara realiti dan fantasi, analisis data, perbincangan dan temuramah dengan individu berlatarbelakang berbeza, dan menyelesaikan kajian rumit mengenai sistem budaya yang berbeza.

Di sekolah, tema ini biasanya muncul dalam unit dan kursus yang berkaitan dengan geografi, sejarah, sosiologi, dan antropologi, serta topik kepelbagaian budaya dalam kurikulum. Pelajar dapat mengkaji mengenai konsep persamaan dan perbezaan antara budaya melalui subjek seperti kesusasteraan, matematik, muzik, dan seni. Dalam kajian sosial, pelajar berinteraksi dengan ahli kelas dan menentukan apakah persamaan budaya dan perbezaannya. Mereka dapat mengenalpasti budaya, perayaan dan cara hidup dalam komuniti mereka dan dalam contoh-contoh dari seluruh dunia. Di peringkat persekolahan menengah, pelajar akan mengajukan soalan tentang sifat pelbagai budaya, dan pembangunan budaya di seluruh waktu dan tempat. Mereka belajar untuk menganalisis aspek-aspek tertentu dari kebudayaan, seperti bahasa dan keyakinan, dan pengaruh budaya pada perilaku manusia. Mereka juga semakin mahir apabila melangkah ke sekolah tinggi, mereka dapat memahami dan menggunakan konsep-konsep budaya kompleks seperti adaptasi, asimilasi, akulturasi, dan difusi yang diambil dari bidang ilmu antropologi, sosiologi, dan disiplin lain untuk menjelaskan bagaimana budaya dan sistem budaya berfungsi.

2 - Masa, Kesinambungan dan Perubahan

Program Pengajian Sosial juga harus merangkumi pengalaman yang memberikan anda kajian masa lalu dan pewarisannya. Belajar masa lalu memungkinkan kita untuk memahami kisah manusia dahulu, kini dan masa depan. Pengalaman dan sejarah masyarakat, bangsa dan negara mendedahkan pola kesinambungan dan perubahan. Analisis sejarah membolehkan kita untuk mengenalpasti kesinambungan dari masa ke masa dalam pelbagai teras, nilai, cita-cita, dan tradisi, serta proses-proses yang mengarah kepada perubahan dalam masyarakat dan institusi, dan yang menghasilkan inovasi dan pembangunan baru, nilai-nilai idea dan cara hidup. Pengetahuan dan pemahaman tentang masa lalu membolehkan kita untuk menganalisa penyebab dan akibat dari kejadian dan perkembangan nilai-nilai institusi dan kepercayaan sesuatu masyarakat itu. Pengajian masa lalu membuat kita sedar akan bagaimana manusia lalu memandang diri mereka, masyarakat dan dunia yang lebih luas pada tempoh masa yang berbeza.

Mengetahui, membina semula dan menafsirkan masa lalu membolehkan kita untuk menjawab pertanyaan seperti: Bagaimana kita belajar tentang masa lalu? Bagaimana kita boleh menilai tahap kebolehpercayaan sumber-sumber sejarah yang berbeza? Apa akar dari sistem sosial, politik dan ekonomi? Mengapa masa hadapan penting bagi masa kini? Bagaimana dunia berubah dan bagaimana ianya akan berubah di masa depan? Bagaimana perspektif tentang masa lalu berbeza, dan sejauh mana perbezaan ini mewujudkan idea-idea kontemporari dan tindakannya?

Kanak-kanak di peringkat awal belajar untuk menempatkan dirinya dalam ruang dan waktu. Mereka mendapat pengalaman untuk membina rasa tenang mengenai persekitaran dan masa, dan mula untuk memahami konsep-konsep sejarah yang memberi erti bagi peristiwa yang mereka pelajari. Keseluruhan cerita tentang masa lalu dapat membantu kanak-kanak dalam mengembangkan pemahaman mereka tentang masalah etika dan moral. Kanak-kanak mula menyedari bahawa cerita dapat diperkatakan dengan pelbagai cara yang berbeza, mereka juga belajar bahawa setiap individu mempunyai pandangan berbeza tentang sejarah. Mereka belajar untuk menerima penjelasan mengapa pandangan berbeza, dan dengan demikian mengembangkan kemampuan untuk membela penafsiran berdasarkan bukti dari pelbagai sumber. Mereka mula memahami hubungan antara keputusan manusia dan akibat.

Melalui kajian yang lebih formal dalam sejarah, pelajar di peringkat menengah terus memperluaskan pemahaman mereka tentang masa lalu dan semakin mampu melaksanakan kaedah kajian yang berkaitan dengan penyelidikan sejarah. Mereka mengembangkan pemahaman yang lebih dalam dan penghargaan atas perbezaan perspektif tentang peristiwa-peristiwa sejarah dan perkembangannya, mengakui bahawa tafsiran dipengaruhi oleh pengalaman individu, sumber-sumber yang dipilih, nilai-nilai sosial, dan tradisi budaya. Mereka semakin boleh menggunakan pelbagai sumber untuk membina tafsiran sejarah. Para pelajar sekolah menengah menggunakan kaedah penyelidikan sejarah untuk terlibat dalam pemeriksaan sumber yang lebih canggih. Mereka menggunakan kemahiran yang diperlukan untuk mencari dan menganalisis beberapa sumber, dan untuk menilai catatan sejarah yang dibuat oleh orang lain. Mereka membangun dan mempertahankan tafsiran yang mengubah pandanga mengenai masa lalu.

3 - Manusia, Tempat dan Persekitaran

Program Pengajian Sosial harus merangkumi pengalaman yang memberikan para pengkaji membuat kajian mengenai individu, tempat, dan persekitaran. Kajian tentang individu, tempat, dan persekitaran membolehkan kita untuk memahami hubungan antara populasi manusia dan dunia fizikal. Pelajar dapat belajar lokasi petempatan manusia dan bagaimana mereka boleh berada di situ. Mereka mengkaji mengenai pengaruh sistem fizikal, seperti iklim, cuaca dan musim, dan sumber daya alam, seperti tanah dan air kepada populasi manusia. Mereka mempelajari penyebab kepada terbentuknya pola kependudukan dan kesan dari kewujudan manusia dan penghijrahan. Mereka juga dapat belajar mengenai peranan daripada pelbagai jenis pola kependudukan, dan menyelidiki kesan aktiviti manusia terhadap persekitaran. Hal ini membolehkan mereka untuk mendapatkan pengetahuan asas yang berguna untuk membuat keputusan mengenai isu-isu yang timbul dari hubungan manusia dan alam sekitar.

Sepanjang pembelajaran, pengkaji dan pelajar dapat mengembangkan pemahaman dan memeriksa perubahan dalam hubungan antara bangsa, tempat dan persekitaran. Mereka mempelajari komunikasi dan rangkaian pengangkutan yang menghubungkan petempatan penduduk yang berbeza, sebab pentingnya rangkaian perhubungan tersebut, dan kesannya. Mereka mengenalpasti ciri-ciri sosial, ekonomi dan budaya penduduk di lokasi yang berbeza. Pelajar dapat memahami tentang pertumbuhan wilayah negara dan global.

Hari ini sosial, budaya, ekonomi dan isu-isu awam menuntut pelajar menerapkan pengetahuan, kemahiran, dan pemahaman mereka untuk mengajukan pertanyaan seperti: Mengapa orang memutuskan untuk tinggal di sesuatu tempat atau pindah ke tempat lain? Mengapa lokasi petempatan amat penting? Bagaimana orang berinteraksi dengan persekitaran dan apa kesan dari interaksi itu? Apa ciri-ciri fizikal dan lain yang mengarah kepada pembentukan wilayah? Bagaimana peta, pola, peralatan geografi dan teknologi geologi memberikan sumbangan untuk pengkajian mengenai individu, tempat, dan lingkungan persekitaran mereka?

Di sekolah, tema ini biasanya muncul dalam subjek dan kursus yang berkaitan dengan geografi, kajian serantau, dan budaya dunia. Pembelajaran tersebut akan mendorong pelajar berfikir semakin abstrak ketika mereka menggunakan data dan melaksanakan kemahiran dalam menganalisis perilaku manusia dalam hubungannya dengan persekitaran fizikal dan budaya. Di peringkat kanak-kanak, mereka memanfaatkan pengalaman peribadi mereka mengenai bandar persekitaran dan negara, serta masyarakat dan tempat-tempat yang tidak pernah dijejaki, untuk memahami lebih lanjut mengenai konsep geografi dan kemahiran. Mereka belajar untuk menggunakan peta, pola, dan alat geografi yang lain. Di peringkat pertengahan, pelajar akan mula memahami mengenai individu, tempat, dan persekitaran di negara ini dan juga di pelbagai kawasan di dunia. Mereka belajar untuk menilai isu-isu seperti pertumbuhan penduduk dan kesannya, faktor penolak dan penarik yang berkaitan dengan penghijrahan, dan penyebab serta implikasi dari perubahan persekitaran global.

4 - Pembangunan Individu & Identiti

Program Pengajian Sosial seharusnya merangkumi pengalaman mengenai kajian tentang perkembangan individu dan identiti. Identiti peribadi dibentuk oleh budaya seseorang, kelompok, oleh pengaruh institusi, dan dengan pengalaman tinggal bersama-sama dengan orang-orang di dalam dan di luar budaya sendiri. Pelajar harus sedar akan proses pembelajaran, pertumbuhan, dan interaksi pada setiap tahap pengalaman mereka sendiri di sekolah. Pengkajian tentang kepelbagaian bentuk perilaku manusia meningkatkan pemahaman tentang hubungan antara norma sosial dan identiti peribadi, proses sosial yang mempengaruhi pembentukan identiti, dan prinsip-prinsip etika yang mendasari tindakan individu.

Soalan berkaitan dengan identiti dan pembangunan identiti yang penting dalam psikologi, sosiologi, dan antropologi, amat penting untuk memahami siapa kita. Soalan tersebut meliputi: Bagaimana individu mengalami pertumbuhan dan perubahan fizikal, emosi dan intelektual? Mengapa individu berperilaku seperti apa yang dilakukan sekarang? Apa yang mempengaruhi cara individug belajar, merasa dan mengalami pertumbuhan? Bagaimana orang memenuhi keperluan asas mereka dalam pelbagai konteks? Bagaimana individu-individu berkembang dari semasa ke semasa? Bagaimana sosial, politik, dan interaksi budaya menyokong pembangunan identiti?

Kajian tentang pembangunan individu dan identiti akan membantu pelajar untuk menjelaskan faktor penting yang mewujudkan perkembangan identiti peribadi. Mereka akan menyiasat pengaruh manusia, tempat, dan persekitaran dalam pembangunan peribadi. Pelajar akan mengasah kemampuan peribadi seperti menunjukkan arah diri sendiri ketika bekerja, dan berusaha untuk memahami orang lain serta mengenai kepercayaan mereka, perasaan, dan keyakinan.

Pada peringkat kanak-kanak, mereka mengembangkan identiti peribadi mereka dalam konteks keluarga, rakan sebaya, sekolah, dan masyarakat. Pusat perkembangan ini adalah penjelajahan, pengenalan, dan analisis tentang individu dan kelompok yang sama dan bagaimana mereka menjadi unik dan berlainan, serta bagaimana mereka berkait antara satu sama lain. Di peringkat menengah, isu-isu identiti peribadi mereka amat berfokuskan kepada bagaimana mereka menjalinkan hubungan antara mereka, bekerja sama dengan rakan-rakan sebaya dan dengan orang lain, dan kajian bagaimana individu berkembang dalam masyarakat dan budaya yang berbeza. Pada peringkat sekolah menengah, pelajar perlu mendapatkan peluang berganda untuk mencuba pelbagai pola perilaku manusia, dengan menggunakan kaedah dari ilmu-ilmu perilaku untuk melaksanakan konsep teras yang diambil dari psikologi, sosiologi, dan antropologi yang berlaku terhadap individu, masyarakat, dan budaya.

5 - Individu, Kelompok dan Institusi

Program Pengajian Sosial harus merangkumi pengalaman yang memberikan pelajar mengkaji mengenai interaksi antara individu, kelompok, dan institusi. Institusi adalah organisasi formal dan tidak formal seperti organisasi politik, ekonomi, dan sosial yang membantu kita melaksanakan, mengatur, dan menguruskan urusan harian. Sekolah, institusi keagamaan, keluarga, institusi pemerintahan, dan mahkamah semua memainkan peranan penting dalam kehidupan. Mereka adalah organisasi yang memastikan wujudnya nilai sosial dan moral yang baik dan memainkan pelbagai peranan penting dalam mensosialisasikan individu dan memenuhi keperluan mereka. Mereka juga mempromosi kesinambungan sosial, pengantaraan konflik, dan pertimbangan isu awam.

Adalah penting bahawa mahasiswa mengetahui bagaimana institusi itu terbentuk, apa kawalan dan pengaruh mereka, bagaimana mereka memandu manusia dan pengaruh individu dan budaya. Malah bagaimana institusi dapat dipertahankan atau diubah. Kajian tentang individu, kumpulan dan institusi, ini menunjukkan perkembangan subjek sosiologi, antropologi, dan disiplin lain. Serta mempersiapkan pelajar untuk bertanya dan menjawab pertanyaan seperti: Apakah peranan institusi dalam masyarakat? Bagaimana kita dipengaruhi oleh institusi? Bagaimana menukar agensi?

Pelajar akan mengenalpasti agensi-agensi yang ada. Mereka menganalisis bagaimana institusi beroperasi dan menemukan cara yang akan membantu mereka menyertai lebih berkesan dalam hubungan mereka dengan institusi tersebut. Akhirnya, pelajar menguji asas institusi yang mempengaruhi kehidupan mereka, dan menentukan bagaimana mereka boleh menyumbang pada tujuan bersama.

Di alam pembelajaran, tema ini biasanya muncul dalam subjek yang berkaitan dengan sosiologi, antropologi, psikologi, ilmu politik, dan sejarah. Kanak-kanak harus diberi kesempatan untuk mengetahui pelbagai agensi yang mempengaruhi kehidupan dan pemikiran mereka. Mereka harus dibantu dalam memahami ketegangan yang akan muncul ketika tujuan, nilai, dan prinsip-prinsip dari dua atau lebih institusi atau kelompok konflik. Mereka juga harus mempunyai kesempatan untuk mengkaji cara-cara di mana institusi-institusi (seperti persatuan sukarela, atau organisasi seperti rangkaian perkhidmatan kesihatan) diciptakan untuk menghadapi perubahan dalam keperluan individu dan kumpulan. Pelajar malah pengkaji akan mendapat keuntungan dari pelbagai pengalaman melalui menelaah cara-cara di mana institusi-institusi berubah dari semasa ke semasa, mempromosikan kebudayaan sosial, dan budaya pengaruh. Mereka harus didorong untuk menggunakan pemahaman ini untuk menyarankan cara untuk bekerja melalui perubahan institusi untuk kebaikan bersama. Para pelajar sekolah menengah harus memahami paradigma dan tradisi yang mendasari institusi-institusi sosial dan politik. Mereka harus diberikan peluang untuk menyemak, menggunakan, dan menambah ilmu pengetahuan.

6 - Kuasa, Autoriti dan Kawalan

Program Pengajian Sosial juga harus merangkumi kajian mengenai kaedah manusia berinteraksi dan perubahan struktur kuasa dan pemerintahan. Pembangunan kompetensi kewarganegaraan memerlukan pemahaman tentang dasar-dasar pemikiran politik, dan sejarah perkembangan pelbagai struktur kuasa dan pemerintahan. Ianya juga memerlukan pengetahuan mengenai fungsi perkembangan struktur dalam masyarakat. Mempelajari cita-cita dan nilai-nilai demokrasi berperlembagaan adalah penting untuk memahami sistem pemerintahan kita. Dengan menyemak tujuan dan ciri-ciri sistem tataurus, pelajar dapat mengembangkan pemahaman tentang bagaimana wujudnya parti politik yang berbeza dan negara-negara yang berusaha untuk menyelesaikan konflik dan berusaha untuk membina ketenteraman awam.

Tema ini memerlukan pelajar menyelesaikan beberapa pertanyaan seperti: Apakah tujuan dan fungsi kerajaan? Apaka keadaan perlaksanaan politik yang sah? Apa ruang lingkup yang tepat dan batas-batas kekuasaan? Bagaimana hak-hak individu dilindungi dan dicabar dalam konteks kuasa majoriti? Apa konflik yang wujud di antara prinsip-prinsip asas dan nilai-nilai demokrasi berperlembagaan? Apakah hak dan tanggungjawab warga negara dalam demokrasi berperlembagaan?

Melalui kajian tentang hubungan dinamik antara hak-hak individu dan tanggungjawab, keperluan adanya pertubuhan sosial, dan konsep masyarakat yang adil, kita dapat mengetahui mengenai hak-hak rakyat dalam suatu kerajaan demokrasi. Dengan menerapkan konsep dan kaedah ilmu politik dan undang-undang, kita dapat belajar bagaimana orang bekerja untuk mempromosikan perubahan sosial positif.

Di sekolah, tema ini biasanya melibatkan subjek yang berurusan dengan kerajaan, politik, ilmu politik, kewarganegaraan, sejarah, undang-undang, dan ilmu sosial lain. Pelajar peringkat awal menjelajah perasaan yang mereka alami dan mengembangkan keadilan dan ketenteraman awam. Mereka mengembangkan kesedaran yang semakin komprehensif tentang hak-hak dan tanggungjawab dalam konteks tertentu. Selama tahun-tahun di sekolah menengah, hak-hak dan tanggungjawab akan dilaksanakan dalam konteks yang lebih kompleks dengan penekanan pada aplikasi baru. Pelajar akan mempelajari pelbagai sistem yang telah dibangunkan selama berabad-abad yang memperuntukkan penggunaan kuasa dalam kerajaan. Di peringkat menengah juga, mereka dapat mengembangkan kemampuan mereka untuk memahami dan mengamalkan prinsip-prinsip.

7 - Kepenggunaan, Pengeluaran dan Pengagihan

Program Pengajian Sosial juga merangkumi ilmu pengetahuan tentang bagaimana menguruskan pengeluaran, pengedaran, dan pengagihan barang dan perkhidmatan. Manusia sering menginginkan sesuatu yang tidak terhad sedangkan sumber dan bahan adalah terhad. Pengedaran produk pengeluaran memerlukan sistem pertukaran seperti perdagangan untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi. Manakala kerajaan berperanan dalam pembuatan dasar ekonomi yang kelihatan berubah-ubah dari semasa ke semasa dan dari tempat ke tempat. Keputusan ekonomi dalam ruang lingkup global memerlukan kajian sistematik kerana dunia ekonomi saling bergantung dengan peranan teknologi. Akibatnya, pelbagai cara telah diciptakan untuk memutuskan jawapan atas empat soalan asas: Apa yang harus dihasilkan? Bagaimana mengorganisasikan pengeluaran? Bagaimana barangan dan perkhidmatan diedarkan dan kepada siapa? Apa yang paling berkesan dalam faktor-faktor pengeluaran (tanah, tenaga kerja, modal, dan keusahawanan)?

Dalam tema ini, pelajar akan menghadapi pertanyaan seperti: Apakah faktor yang mempengaruhi keputusan tentang isu-isu pengedaran, pengeluaran dan pengambilan barang? Apakah cara terbaik untuk mengatasi kegagalan pasaran? Bagaimana konsep saling bergantungan yang dibawa oleh kesan globalisasi ekonomi tempatan dan sistem sosial? Pelajar akan mengumpul dan menganalisis data, serta menggunakan kemahiran berfikir secara kritis untuk menentukan cara terbaik untuk mengatasi kekuarangan sumber. Cara berfikir dari sudut ekonomi juga akan menjadi alat yang penting bagi pelajar.

Di sekolah, tema ini biasanya wujud dalam subjek yang berurusan dengan konsep, prinsip, dan isu-isu yang diambil dari disiplin ekonomi. Pada peringkat permulaan, pelajar akan lebih mengutamakan keinginan mereka berbanding keperluan. Di peringkat menengah, pelajar akan memperluaskan ilmu pengetahuan mereka tentang konsep ekonomi dan prinsip-prinsip. Mereka akan menggunakan proses penalaran ekonomi dalam menangani masalah yang berkaitan dengan soal ekonomi. Para pelajar sekolah menengah mengembangkan perspektif ekonomi mereka dengan pemahaman yang lebih mendalam tentang konsep-konsep ekonomi utama dan proses melalui kajian yang sistematik dari berbagai sistem ekonomi, sosial dan politik.

8 - Sains, Teknologi & Masyarakat

Program Pengajian Sosial juga mengkaji hubungan antara ilmu pengetahuan, teknologi, dan masyarakat. Sains, aplikasi praktikal, teknologi mempunyai pengaruh besar pada perubahan sosial dan budaya, dan tentang cara-cara orang berinteraksi dengan dunia. Kemajuan sains dan teknologi telah mempengaruhi kehidupan selama berabad-abad. Kehidupan moden seperti yang kita tahu tidak mungkin tanpa teknologi dan ilmu yang menyokongnya.

Ada banyak pertanyaan tentang peranan ilmu pengetahuan dan teknologi bermain dalam hidup kita dan dalam budaya kita. Apa yang boleh kita pelajari dari masa lalu ialah tentang bagaimana teknologi baru menyebabkan perubahan sosial yang lebih luas. Adakah teknologi baru selalu lebih baik daripada apa yang digantikannya? Bagaimana kita boleh menghadapi kelajuan teknologi yang terus meningkat, bahkan mungkin akan wujud kebimbangan bahawa teknologi boleh terkeluar dari kawalan? Bagaimana kita boleh memanfaatkan teknologi sehingga dapat menguntungkan masyarakat? Bagaimana kita boleh mengekalkan nilai-nilai fundamental? Bagaimana ilmu pengetahuan dan teknologi mempengaruhi akhlak dan moral? Bagaimana budaya yang berbeza, geografi berasingan, tetapi dapat disatukan oleh teknologi yang memberitahu kita tentang kejadian, dan menawarkan penyelesaian kepada permasalahan global. (misalnya penyebaran AIDS) Bagaimana jurang dalam akses tersebut memberikan manfaat dari sudut ilmu pengetahuan dan teknologi?

Tema ini wujud dalam subjek dan matapelajaran berkaitan dengan sejarah, geografi, ekonomi, kewarganegaraan dan kerajaan. Ini didasarkan kepada beberapa bidang ilmiah dan ilmu-ilmu alam dan fizik, ilmu sosial serta pengetahuan asas untuk mempertimbangkan tanggapan terhadap masalah sosial yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan teknologi. kanak-kanak akan belajar bagaimana ilmu pengetahuan dan teknologi mempengaruhi kepercayaan, pengetahuan, dan kehidupan seharian mereka. Mereka mempelajari bagaimana teknologi seperti telefon, kapal, kereta, dan kapal terbang telah berubah dan bagaimana manusia bekerja di empangan, dan pengairan untuk mengubahsuai persekitaran fizikal yang menyumbang kepada perubahan kesihatan global dan ekonomi. Dari segi sejarah, terdapat beberapa contoh kesan teknologi seperti roda, pemahaman DNA, dan Internet. Di peringkat pendidikan menengah, pelajar mula menyiasat pengaruh yang kompleks daripada penemuan-penemuan saintifik dan teknologi nilai-nilai kemanusiaan, perkembangan ilmu pengetahuan, dan perilaku manusia. Pelajar akan menguji idea sains dan perubahan teknologi yang membuat manusia terkejut seperti kes penemuan-penemuan tentang alam semesta dan aplikasi teknologi mereka. Ketika mereka berpindah dari pendidikan menengah ke peringkat tinggi, mereka akan terus berfikir secara analitis tentang kesan-kesan dari perubahan dan bagaimana mereka menguruskan ilmu pengetahuan dan teknologi untuk memberikan manfaat kepada semua. Pelajar peringkat tinggi akan mendapatkan pengetahuan untuk menganalisis isu-isu seperti perlindungan peribadi di era internet, kawalan elektronik, peluang dan cabaran dari kejuruteraan genetik, teknologi dengan implikasi kepada persekitaran.

9 - Perkaitan Global

Program Pengajian Sosial juga merangkumi kajian mengenai hubungan globalisasi dan saling ketergantungan antaranya. Hubungan global telah meningkatkan dan mempercepatkan perubahan yang dihadapi di peringkat tempatan, nasional, dan antarabangsa. Kesan yang jelas ialah dengan cepat institusi-institusi sosial, ekonomi, dan politik. Perdagangan dunia telah berkembang dan teknologi mengurangkan bebanan tugas manusia sudah semakin luas. Hubungan antarabangsa dan wilayah di dunia memberikan pelbagai manfaat yang pasti. Saling bergantungan merupakan suatu konsep yang diamalkan di seluruh dunia dan seluruh daerah yang wujud di dalamnya.

Antara pertanyaan yang bakal timbul ialah: Apakah dia hubungan secara global? Apakah telah wujud hubungan global di masa lalu, kini, dan kemungkinan di masa depan? Bagaimana idea-idea tersebar diantara masyarakat di dunia sekarang? Bagaimana hal ini mengakibatkan perubahan dalam masyarakat tersebut? Apa kesan lain dari hubungan global? Apa manfaat yang berkaitan dengan kebergantungan global? Bagaimana manusia di seluruh pelusuk dunia berhubung dengan mengenepikan perbezaan diantara mereka ? Apakah pengaruh hubungan globalisasi terhadap pola penghijrahan antarabangsa?

Tema ini berkaitan dengan geografi, budaya, ekonomi, sejarah, ilmu politik, kerajaan, dan teknologi tetapi ianya juga berkaitan sastera, seni, dan bahasa. Melalui paparan pelbagai media dan pengalaman, kanak-kanak akan menjadi sedar apakah yang terjadi di pelusuk dunia lain. Dalam konteks ini, pelajar akan mengetahui pelbagai jenis hubungan global serta isu-isu. Mereka mengembangkan rangkaian perhubungan mereka dengan menyertai laman-laman sosial. Di peringkat pertengahan, pelajar akan mula menganalisis akibat dari interaksi antara negara-negara, bangsa, dan wilayah dunia. Pada peringkat sekolah menengah, pelajar mampu berfikir secara bersistematik tentang keputusan peribadi, kebangsaan, dan global, dan menganalisis dasar dan tindakan, dan akibat daripanya. Mereka juga mengembangkan kemahiran dalam menangani dan menilai isu-isu penting seperti keamanan, konflik, kemiskinan, penyakit, hak asasi manusia, perdagangan, dan ekologi global.

10 - Amalan Baik Sivik

Untuk elemen yang terakhir, program pengajian sosial juga merangkumi kajian dan penyelidikan mengenai cita-cita, prinsip, dan amalan kewarganegaraan dalam sebuah negara demokratik. Pemahaman tentang prinsip awam dan amalan sangat penting untuk kita masuk ke dalam masyarakat. Ianya juga merupakan komponen penting dalam pendidikan untuk kewarganegaraan, yang merupakan tujuan utama kajian sosial. Semua orang harus mengetahui mengenai cita-cita masyarakat dan amalan keseluruhannya dalam waktu yang berbeza.

Kita juga harus belajar bagaimana untuk menerapkan cita-cita awam sebagai sebahagian daripada tindakan sebagai warganegara. Ianya bertujuan untuk melaksanakan tugas sebagai rakyat demokrasi Melalui program-program kajian sosial, pelajar dapat memperoleh pemahaman mengenai sejarah, kebebasan hak asasi warganegara demokrasi. Dan pelajar dapat memahami institusi-institusi dan amalan-amalan yang menyokong dan melindungi kebebasan hak-hak melalui dokumen-dokumen sejarah yang penting.

Soalan-soalan yang biasa dihadapi oleh pelajar sewaktu mempelajari tema ini ialah: Apakah cita-cita demokrasi dan amalan demokrasi berperlembagaan? Adakah wujud keseimbangan antara hak dan tanggungjawab? Adakah wujud penyertaan dari masyarakat? Bagaimana warga negara terlibat? Apa peranan warganegara kepada masyarakat dan bangsa, dan sebagai ahli masyarakat dunia? Pelajar akan mengetahui bagaimana individu dan institusi berinteraksi. Mereka juga mengiktiraf dan menghormati sudut pandang yang berbeza. Pelajar akan belajar dari pengalaman bagaimana terlibat dalam perkhidmatan masyarakat dan aktiviti politik serta bagaimana menggunakan proses demokrasi untuk mempengaruhi dasar awam.

Di alam persekolahan, tema ini biasanya wujud dalam subjek yang berkaitan dengan kewarganegaraan, sejarah, ilmu politik, antropologi budaya, dan bidang-bidang seperti kajian global dan pendidikan undang-undang berkaitan. Pada peringkat awal, pelajar diperkenalkan kepada matlamat kemasyarakatan dan amalan melalui aktiviti. Sewaktu peringkat menengah, pelajar akan memperluaskan pengetahuan mereka tentang cita-cita demokrasi dan amalannya, serta kemampuan mereka untuk menganalisis dan menilai hubungan antara cita-cita dan amalan. Mereka mampu melihat diri mereka mengambil bahagian dalam peranan awam. Pelajar sekolah kini menengah tahu mengiktiraf hak-hak dan tanggungjawab warganegara.

Sumber : http://www.socialstudies.org/
Diterjemah : PaRaDoX oF eLaKSaMaNa

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 ...~:\ NoTa PISMP KS /:~...