+ KaJiaN SoSiaL +

SeLaMaT BeRKuNJuNG Ke KoLeKSi NoTa PISMP KS IPG KaDRI

| Tuesday, June 7, 2011

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Malaysia serta 1Dunia kepada sesiapa sahaja yang sudi berkunjung ke teratak Koleksi Nota PISMP Kajian Sosial ini. Blog ini merupakan sebuah blog nota pembelajaran yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru-guru pelatih dari PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2011 di IPG Kampus Dato' Razali Ismail. Penubuhan blog ini merupakan salah satu dari alternatif kepada semua guru pelatih di luar sana terutama guru pelatih dari aliran Pengajian Sosial/Kajian Sosial ataupun mungkin aliran Sejarah sebab difahamkan bahawa kursus pendidikan untuk bidang pengajian/kajian sosial akan ditutup dan aliran sejarah pula akan dibuka. Namun tidak kiralah kalian bidang apapun yang penting merupakan guru pelatih di mana-mana IPG, segala nota ini insyallah amat berguna kepada kalian semua dalam menempuh perjalanan hidup sebagai guru pelatih. Selain itu, kami sudah memasukkan kebanyakan nota kami ke dalam laman webb SCRIBD, tetapi memandangkan akses kepada laman web tersebut di'block' oleh KPM jika anda menggunakan talian internet IPG, maka penubuhan blog ini akan memudahkan kalian untuk mengakses kepada nota-nota tersebut tanpa di'block'. Mungkin ada sesetengah matapelajaran yang kurang mempunyai sumber rujukan sama ada bertulis ataupun tidak, maka insyallah nota yang kami paparkan di sini dapat dijadikan antara sumber rujukan tidak langsung. Ini kerana kebanyakan nota kami ini merupakan nota-nota dari penyelidikan untuk kerja kursus kami, nota dari kuliah bersama pensyarah dan juga nota rujukan tutorial dan juga ISL (Independent Self Learning). Semoga segala nota ini dapat memberikan manfaat kepada kalian semua.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, ataupun ingin menyatakan pembetulan terhadap kesalahan fakta yang mungkin wujud di dalam nota-nota yang kami paparkan, kalian semua bolehlah emelkan ke alamat berikut (1) ksipgmkdri@yahoo.com (2) elaksamana@yahoo.com. Seandainya kalian perlukan slide powerpoint penuh silalah beritahu kepada kami. Insyallah jika stok nota tersebut masih ada, kami akan attachkan kepada kalian, sila kemukakan juga nama, kursus dan IPG kalian. Selamat Belajar, Semoga Berjaya.
Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum....w.b.t.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 ...~:\ NoTa PISMP KS /:~...