KONSEP ASAS PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Menurut Mok Soon Sang (2009) lagi, perkembangan merupakan suatu proses berterusan dari peringkat lahir sehingga mencapai peringkat kematangan. Mengikut kajian ahli psikologi, kajian manusia dari aspek perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani adalah dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Ia sering dikaitkan dengan pertumbuhan yang asasnya merupakan perubahan fizikal tubuh badan. Manakala konsep perkembangan pada asasnya ialah perubahan tingkah laku mental.
Dari aspek jasmani, secara pertumbuhannya dapat diperhati dengan melihat bertambahnya saiz badan, berat, gigi, organ deria dan lain-lain. Secara perkembangannya pula boleh dilihat dari kemahiran menggunakan pertumbuhan fizikal seperti berjalan, melihat, mendengar dan sebagainya. Sementera itu dari aspek mental pula, secara pertumbuhannya dapat dilihat dengan bertambahnya keupayaan berfikir kanak-kanak tersebut. Perkembangannya pula dapat dilihta dari kemahiran berfikir, mengingat, menaakul dan sebagainya. Aspek yang ketiga iaitu aspek emosi, secara pertumbuhannya dapat dilihat dari wujudnya perasaan takut, gembira, sedih dan sebagainya. Perkembangannya pula dapat dilihat dari kemahiran mengawal perasaan dalam situasi tertentu. Aspek yang terakhir iaitu sosial, secara pertumbuhannya dapat dilihat dengan meluasnya perhubungan komunikasi dan pergaulan dengan orang-orang lain. Perkembangan aspek emosi pula bagi kanak-kanak boleh dilihat dengan wujudnya kemahiran mendisiplinkan dan penyesuaian diri dalam berinteraksi dan bergaul bersama masyarakat luar.
PRINSIP ASAS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam Perkembangan Kanak-Kanak Edisi Kedua, prinsip asas perkembangan kanak-kanak dapat dibahagikan kepada 5 jenis. Prinsip asas perkembangan yang pertama ialah proses perkembangan ini berlaku mengikut aturan. Sebagai contohnya pada permulaannya seorang bayi pada mulanya boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak dan seterusnya diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan tanpa dipimpin. Perkembangan juga dapat dilihat dari perkembangan konkrit kepada abstrak. Iaitu bayi atau kanak-kanak hanya mampu membayangkan sesuatu yang berada di hadapan mereka sahaja, namun akhirnya dapat memikirkan sesuatu yang lebih kompleks iaitu yang sukar untuk digambarkan.
Prinsip kedua perkembangan kanak-kanak ialah perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Pertumbuhan secara lahiriahnya akan berlaku dari otot-otot yang besar dahulu sebelum berlakunya perkembangan ke otot-otot halus. Sebagai contohnya seorang bayi hanya mampu menggengam sesuatu objek dengan tangannya tanpa menggerakkan jari, namun setelah sekian lama dia mampu memegang sesuatu dengan jari-jemarinya seperti memegang sebutir kacang dengan jari telunjuk dan ibu jarinya.
Prinsip ketiga perkembangan kanak-kanak ialah pertumbuhan dan perkembangan adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan. Ini bermakna perkembangan kanak-kanak adalah suatu proses yang berterusan selagi mereka hidup. Sebagai contoh sesuatu kemahiran asas pada waktu kecil akan menjadi suatu kemahiran yang lebih rumit dan kompleks di masa hadapan.
Prinsip keempat perkembangan kanak-kanak ialah, corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Ini kerana adanya perbezaan individu dalam setiap masyarakat walaupun mungkin mempunyai umur yang sama. Sebagai contohnya perkembangan kanak-kanak dari merangkak kepada berjalan. Mungkin ada sesetengah bayi dapat merangkak dalam 18 bulan, namun ada juga yang mengambil masa yang lebih lama. Ini semua bergantung kepada faktor baka dan persekitaran kanak-kanak tersebut.
Prinsip kelima dalam perkembangan kanak-kanak ialah perkembangan adalah hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia ada dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan dan kemudian berlari. Ia dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaran adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha.
Proses pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangkan potensi yang sedia ada dalam dirinya. Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yang sempurna memungkinkan seseorang itu berenang jika berlatih atau meniru cara-cara berenang.
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Mok Soon Sang (2009) telah menyatakan bahawa secara keseluruhannya perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga peringkat utama iaitu peringkat bayi iaitu berumur 0 hingga 2 tahun. Peringkat awal kanak-kanak iaitu berusia sekitar 2 hingga 6 tahun. Manakala peringkat ketiga ialah peringkat kanak-kanak iaitu berusia 6 hingga 11 tahun. Setiap peringkat kanak-kanak tersebut biasanya mengalami perkembangan yang unik dalam aspek-aspek seperti psikomotor, mental, emosi, sosial dan bahasa.
Selain itu Mok Soon Sang turut menghuraikan keadaan pertumbuhan, pertumbuhan berlaku dari dua arah iaitu dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi. Pada kebiasaannya struktur fizikal wujud mendahului kemahiran fungsinya. Corak pertumbuhan setiap individu adalah sama namun yang membezakannya hanyalah kadar bagi setiap individu. Pertumbuhan pada kebiasaannya berlaku sehingga mencapai mencapai tahap hadnya, tetapi perkembangan berlaku tanpa mempunyai had sehinggalah seseorang individu itu meninggal dunia. Pertumbuhan dan perkembangan saling bersaing dan berinteraksi. Pertumbuhan jasmani yang kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani, emosi dan social. Ciri-ciri pertumbuhan boleh dikelaskan kepada beberapa peringkat seperti pralahir, bayi, awal kanak-kanak, pertengahan kanak-kanak dan sebagainya.
0 comments:
Post a Comment