PENGENALAN
Perbezaan individu adalah variasi yang boleh diperhatikan di kalangan ahli-ahli dalam satu kumpulan individu dalam aspek temperamen, tahap tenaga, pola persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak (Borich & Tombari, 1997).
Slavin (2005) pula menumpukan perhatian kepada perbezaan individu dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau menjelaskan kepelbagaian murid dari segi tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau gaya pembelajaran, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa di rumah, jantina, bakar serta minat.
Perbezaan Individu
• Budaya dan Etnik
• Jantina
• Kecerdasan
• Gaya Pembelajaran
• Sosio ekonomi
TEORI KECERDASAN PELBAGAI GARDNER
Howard Gardner telah memperkenalkan 9 jenis kecerdasan. Di bawah adalah jadual yang menunjukkan jenis-jenis kecerdasan yang ada pada setiap orang.
Kecerdasan | Pekerjaan | Sifat-sifat Utama |
Logik Matematik | Saintis, pakar statistik ahli nuklear, ahli kaji bintang | -Berminat dengan nombor. -Suka pada penaakulan dan penyelesaian masalah. -Gemar menyukat, mengukur dan mengurus data. |
Linguistik/Bahasa | Pengarang,penyair, wartawan, pemidato, ahli politik
| -Berminat dengan perkataan,sama ada lisan atau bertulis. -Mahir membaca, menulis, bercerita dan menghafal perkataan. -Gemar membaca dan mencatat nota. |
Muzikal | Penggubal lagu, penyanyi, pemain alat-alat muzik | -Gemar dengan ritma, muzik dan pendengaran. -Peka terhadap bunyi, ritma dan pic. -Boleh menyanyi, bermain alat muzik, dan menggubah lagu. -Menggunakan lagu atau ritma untuk belajar. |
Ruang (Spatial) | Pelaut, juruterbang, pelukis | -Gemar berkaitan ruang. -Mahir dari segi visualisasi dan manipulasi objek secara mental. -Mempunyai ingatan visual yang kuat. -Mahir dari segi kordinasi mata-tangan. -Cenderung kepada seni. |
Kinestetik badan | Penari, ahli sukan, ahli Gimnastik | -Gemar dengan kemahiran pergerakan motor halus. -Cenderung kepada sukan,tarian atau lakonan. -Belajar melalui aktiviti fizikal. |
Interpersonal | Juru jual, kaunselor, guru
| -Gemar berinteraksi dengan orang lain. -Bersifat ekstrovert dan pandai berkomunikasi. -Boleh bekerjasama dalam kelompok. -Gemar melibatkan diri dalam perbincangan atau perbahasan. |
Intrapersonal | Ahli ulama, ahli falsafah, ahli psikologi dan ahli teologi. | -Berkaitan dengan kapasiti introspektif dan refleksi kendiri. -Bersifat introvert dan gemar bekerja perseorangan. -Mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi. -Bersifat memahami emosi, matlamat dan motivasi sendiri. |
Naturalist | Ahli botanist, ahli pencinta Alam | -Gemar berkaitan dengan alam semulajadi. -Berupaya menghubungkait maklumat dengan persekitaran semulajadi. -Gemar menanam tumbuh-tumbuhan. -Gemar berinteraksi dengan haiwan. |
Existentialist | Individu yang berminat tentang hayat, evolusi manusia dan kematian | -Berkobolehan untuk menimbulkan dan membuat refleksi mengenai persoalan berbentuk falsafah, berkaitan dengan kehidupandan kematian. |
GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (2000)
Perbezaan Individu yang kedua dan relevan dengan profesion kita adalah perbezaan gaya pembelajaran. Gaya pembelajaran sesorang merujuk kepada stail pembelajarannya. Pada umumnya terdapat tiga jenis gaya pembelajaran iaitu Visual, Audio dan Kinestetik. Akan tetapi, Dunn & Dunn (2000) memperkenalkan lima rangsangan yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang. Jadual berikut menunjukkan faktor-faktor yang memainkan peranan dalam mempengaruhi gaya pembelajaran murid.
Faktor
| Faktor
| Huraian |
Rangsangan Persekitaran
| Cahaya
| Ada pelajar yang suka belajar suasana terang dan sederhana terang. Tidak ramai pelajar yang suka belajar dalam cahaya yang malap dan terlalu terang. |
| Bunyi
| Ada pelajar yang suka belajar dengan bunyi muzik dan ada pelajar yang suka belajar dalam keadaan yang senyap dan sunyi. |
| Suhu
| Suasana sejuk dan nyaman dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran |
| Reka bentuk tempat Belajar | Susunan kerusi meja dalam bilik darjah yang selesa dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran. |
Rangsangan Emosi | Motivasi
| Motivasi intrinsik dan ekstrinsik.Motivasi intrinsik suka belajar dengan insiatif sendiri dan motivasi ekstrinsik suka mengikut yang berstruktur daripada guru. |
| Keazaman & Tanggung- Jawab
| Pelajar yang mempunyai keazaman yang kuat akan mengambil insiatif sendiri dan dapat belajar dalam tempoh masa yang panjang. |
| Struktur
| Pelajar yang struktur suka membuat peraturan sendiri dan mengikut apa yang distruktur. |
Sosial
| Perseorangan | Suka belajar secara sendiri dan tidak berharap orang lain berdamping dan mengganggunya semasa belajar. |
| Berpasangan
| Belajar bersama rakan karib dan boleh memperolehi banyak kemajuan melalui interaksi dua hala. |
| Berkumpulan
| Gaya pembelajar merangkumi ciri perbincangan dan kerjasama. |
| Orang dewasa
| Belajar bersama orang yang disanjung contohnya seperti ibubapa.Orang dewasa dapat menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi. |
Fisiologi | Masa Belajar | Memilih waktu tertentu untuk belajar.Ada pelajar yang lebih suka belajar pada waktu pagi ataupun pada waktu malam. |
| Mobiliti
| Terdapat belajar yang suka berdiri atau berjalan sana sini semasa belajar. Ada pelajar yang suka menukar tempat duduk kerap kali semasa belajar. |
| Pemakanan
| Terdapat pelajar yang suka makan, atau minum semasa belajar. |
| Persepsi
| Terdapat pelajar yang membuat andaian semasa belajar. |
Psikologi | Otak Kiri & Otak Kanan
| Mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang logik, analitis, bahasa, fakta, matematik dan ingatan.(kiri) Mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang kreatif, sintesis, warna, rekabentuk, perasaan, irama, muzik dan imaginasi.(Kanan) |
| Refleksi
| Pelajar yang suka belajar dengan cara berfikir. |
| Gerak hati
| Belajar bergantung kepada angin atau moodnya. |
| Global/Analitik
| Suka belajar sesuatu dengan teliti. Suka menganalisis fakta dan isi pelajaran secara terperinci dan secara menyeluruh. |
0 comments:
Post a Comment