+ KaJiaN SoSiaL +

MdAB : Konsep Pengajaran & Pembelajaran

| Sunday, June 12, 2011
KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KONSEP PENGAJARAN

Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan yang meliputi aktiviti 1perancangan, 2pengelolaan, 3penyampaian, 4bimbingan dan 5penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar kearah pencapaian potensi optimum.

KONSEP PEMBELAJARAN

Konsep pembelajaran adalah perubahan tingkah laku. Ramai ahli psikologi menyatakan pembelajaran adalah proses, melalui latihan atau pengalaman organisma, dan menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal.

TEORI PEMBELAJARAN GAGNE

Gagne (1968) mengatakan pembelajaran bergerak daripada tahap yang paling mudah kepada yang kompleks. Beliau telah mengenalpasti lapan jenis pembelajaran dan setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal.

Dalam jadual hieraki pembelajaran Gagne(1968), lengkapkan ciri-ciri pembelajaran untuk setiap peringkat.

Hieraki Pembelajaran

Ciri-ciri Pembelajaran yang berlaku & Contoh

1. Pembelajaran Isyarat

Seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat.Contohnya,apabila seseorang menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk.

2. Pembelajaran Gerak Balas

Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balas yang positif dapat dikekalkan.Contohnya, Ali menunjukkan kerja sekolah yang dia dapat 80 %.Ibunya memberi pujian,”bagus,Ali pandai”.Ali akan mengulangi tingkah laku itu lagi untuk mendapatkan pujian daripada ibunya.

3. Rangkaian Motor

Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti permainan,muzik,elektronik,mekanikal dan lain-lain.Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan.

4. Pertalian Bahasa

Untuk menyatakan sesuatu prinsip,pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk mengaitkan fakta,data,dan konsep.Pertalian bahasa merupakan satu rangkaian berbahasa.Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari dahulu.

5. Diskriminasi

Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu,untuk memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan.Pada masa yang sama,pelajar dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting berbanding maklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk rangsangan yang berlainan.Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam proses pembelajaran.Pelajar dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan ini memudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang.

6. Konsep

Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi,iaitu mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat.Pelajar dapat membentuk konsep yang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa.Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supaya dia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat.

7. Hukum

Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus,prinsip dan generalisasi.

8. Peneyelesaian Masalah

Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip,rumus,generalisasi,konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat beberapa langkah dalam penyelesaian masalah,iaitu mengenal masalah,mencari maklumat,membuat hipotesis,membuat pilihan ,membuat rumusan.


KLASIFIKASI HASIL PEMBELAJARAN GAGNE

Gagne juga telah mengklasifikasi hasil pembelajaran kepada lima jenis pembelajaran.

Kategori

Huraian

Maklumat lisan

Mendapatkan semula maklumat yang disimpan:

Keadaan dalaman yang menyokong termasuk:

-ilmu sedia ada;

-strategi untuk memperoses maklumat baru;

Kemahiran Intelek

Operasi mental yang membolehkan murid-murid memberi respon kepada pelbagai konsapsi mereka berhubung dengan persekitaran di mana mereka berada.

Keadaan dalaman yang menyokong.

Strategi Kognitif

Perencangan

Kawalan diri

Pemantuan pemikiran dan pembelajaran oleh murid-murid termasuk:

-khusus kepada tugas

-umum

-eksekutif

Sikap

Satu keadaan dalaman atau semulajadi yang mempengaruhi pilihan tindakan seseorang;

Kemahiran motor

Kebolehan untuk melakukan pergerakan fizikal mengikut urutan;

Melibatkan tiga tahap:

Belajar urutan yang berkenaan;

Amalkan pergerekan tersebut;

Murnikan pergerakan berasaskan maklum balas daripada persekitaran;


0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 ...~:\ NoTa PISMP KS /:~...