PENGENALAN
Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Terdapat beberapa model pengajaran yang telah diperkenalkan oleh pakar-pakar pendidik sebagai panduan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
JENIS-JENIS MODEL PENGAJARAN.
1. Model Pemprosesan Maklumat
• Konsep
• Pengajaran konsep
- Inkuiri
- Ekspositori
• Implikasi Model Pemprosesan Maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.
2. Model Behavioral
• Pengajaran Langsung (Direct Instruction) untuk penguasaan kemahiran
• Pembelajaran Masteri
• Implikasi Model Behavioral dalam pengajaran dan pembelajaran
3. Model Sosial
• Pembelajaran Koperatif
• Main Peranan & Simulasi
• Implikasi Model Sosial dalam pengajaran dan pembelajaran
4. Model Personal
• Synectics (aplikasi kreativiti seperti membuat analogi dan metafora)
- Kesedaran Peribadi
- pemupukan konsep kendiri dan harga diri yang tinggi
• Implikasi Model Personal dalam pengajaran dan pembelajaran
Jenis Model Pengajaran | Contoh | Huraian | Implikasi terhadap Pengajaran dan Pembelajaran dalam bilik darjah
|
1.Model pemprosesan Maklumat
| Inkuiri | Model ini,murid melibatkan diri dalam menguji konsep dan hipotesis. | Murid akan mengambil bahagian yang aktif dalam pembelajaran, menganalisis data,menyemak hipotesis dan membuat refleksi terhadap pembentukan ilmu yang timbul. |
Ekspositori
| Model ini murid akan akan menerima isi pelajaran dari guru. | Murid tidak digalakkan memikirkan atau menyoal tentang apa yang dipelajari.Mereka hanya mempelajari apa yang patut dipelajari sahaja. | |
2. Model Behavioral | Pengajaran Langsung
| Model ini berarahkan guru dimana guru akan menyampaikan isi pengajaran secara langsung kepada murid-murid serta menstruktur masa pengajaran supaya menyusun langkah pengajaran dan pembelajaran. | Kaedah ini agak sesuai untuk mengajar bacaan dan metematik tetapi kurang sesuai bagi matapelajaran yang mirip kepada penerokaan dan penemuan. |
| Pembelajaran Masteri | Model ini digunakan untuk menyesuaikan pengajaran dimana faktor perbezaan individu diambil kira. | Dalam kaedah ini isi pelajaran disusun daripada mudah kepada kompleks sebelum disampaikan kepada murid-murid agar murid dapat mengikuti pengajaran guru mengikut kadar kecekapan masing-masing |
3. Model Sosial | Pembelajaran Koperatif
| Model pembelajar ini berfokuskan kepada perkembangan konsep dan kemahiaran melalui kerja berkumpulan. | Kaedah ini akan meningkatkan kemahiran sosial dan perpaduan anatar ahli kumpulan dan pembelajaran ini juga mempunyai impak ke atas pencapaian akademik dan harga diri murid-murid. |
Main Peranan & Simulasi | Main peranan membantu murid-murid memahami tingkahlaku sosial ,peranan mereka dalam interaksi sosial dan cara-cara menyelesaikan masalah dengan berkesan. (Watak lakonan) Simulasi menggabungkan maklumat mengenai satu-satu kemahiran melalui demonstrasi,praktis dan latihan khusus.
| Main peranan amat berguna dalam P&P sains sosial di mana murid-murid kita dapat memahami keprihatinan,nilai dan perspektif orang lain. Simulasi membantu murid-murid untuk melihat perwakilan objek yang sebenar. | |
4. Model Personal | Synectics
| Model ini mengajar kemahiran menyelesaikan masalah,aktiviti penulisan dan bidang-bidang yang lain. | Murid-murid akan mengikuti satu siri bengkel sehingga mereka berupaya untuk mengaplikasi prosedur-prosedur tertentu secara individu dan kumpulan koperatif. |
DEFINISI, JENIS & PRINSIP-PRINSIP SETIAP PENDEKATAN
Pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu. Ia merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya. Terdapat beberapa pendekatan yang boleh anda guna di dalam bilik darjah iaitu pendekatan induktif, deduktif, integratif, eklektik dan tematik.
Jenis Pendekatan | Prinsip Pembelajaran | Contoh aktiviti |
Induktif
| Mengajar dari spesifik ke umum | Pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu penulisan.Tajuk yang khusus perlu diberi penerangan yang jelas dengan membentuk soalan-soalan yang berkaitan secara lisan dan mengembangkan tajuk dengan fakta-fakta yang relevan. |
Deduktif
| Mengajar dari umum ke spesifik | Pengajaran mata pelajaran Sains.Membuat ujikaji berkaitan tajuk yang diajar supaya pelajar dapat meneroka hubungan antara elemen-elemen yang khusus. |
Integratif
| Mengintegrasi isi kandungan & kemahiran ke dalam satu pelajaran | Tugasan kumpulan yang diberikan oleh guru.Pelajar akan menggunakan kemahiran asas komunikasi untuk berfikir,mensistesis dan memberi pendapat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.Pendekatan ini lebih berpusatkan kepada pelajar. |
Eklektif
| Kombinasi deduktif, induktif atau Integrative | Lembaran kerja yang diberikan oleh guru kepada pelajar untuk sesuatu mata pelajaran akan lebih menitik beratkan perbezaan individu dari segi minat, kebolehan,pengalaman, pengetahuan sedia ada.Pelajar dapat menyiapkan kerja yang diterima kerana ia menepati aras kebolehannya. |
Tematik
| Mengajar pelajaran mengikut satu tema sahaja
| Guru mengajar tajuk yang sama bagi satu minggu untuk semua mata pelajaran.Tema yang sama akan diperjelaskan mengikut mata pelajaran yang diajar. Contohnya pengajaran haiwan peliharaan akan diperjelaskan dalam Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Metematik dan Sains.Tema yang sama akan diajar oleh semua guru. |
DEFINISI, JENIS & PRINSIP-PRINSIP SETIAP STRATEGI
Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh didefinisikan kebijaksanaan memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan supaya boleh menghasilkan pencapaian yang optimum. Strategi-strategi yang boleh digunakan dalam bilik darjah adalah seperti berikut:
• Strategi Pemusatan guru
• Strategi Pemusatan murid
• Strategi Berasaskan bahan
• Strategi Berasaskan tugasan/aktiviti
INTEGRASI KEMAHIRAN GENERIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Kemahiran uclear melibatkan kemahiran berfikir, kemahiran pemudahcaraan, kemahiran belajar, kemahiran menilai dan mentaksir dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Sebagai seorang pendidik dan pelajar, kemahiran ini amat penting dan berguna dalam pengajaran dan pembelajaran anda. Cuba dapatkan maklumat lanjut dari sumber-sumber rujukan yang sesuai dan persembahkan maklumat ini dalam bentuk grafik. Pemilihan bentuk grafik.
0 comments:
Post a Comment