Apakah pembangunan mampan ?
Pembangunan mampan ialah “ pembangunan yang memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan gabi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar demi kesejahteraan bersama tanpa menjejaskan keperluan generasi seterusnya.”
Pembangunan mampan merupakan pembangunan yang mengimbangkan pembangunan ekonomi dengan keperluan-keperluan social dan alam sekitar.
DEFINISI PEMBANGUNAN MAMPAN
Mengikut Brundtland Report 1987 :
Pembangunan mampan ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan. Pembangunan bandar yang mampan harus dijalankan dengan mengambil kira keupayaan menampungnya; pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya.(White & Whitney, 1992) Pembangunan bandar yang mampan perlulah mengambil kira keadilan sosial, keperluan manusia asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari segi ruang dan masa. Salah satu cara untuk mencapai pembangunan mampan tersebut adalah melalui kesihatan ekonomi bandar. Justeru itu, aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan dan kemiskinan perlu diambil perhatian dan daripadanya peranan aktiviti informal serta perdagangan skala kecil(petty commodity sector) menjadi penting.(David drakakis-smith, 1995)
Definisi pembangunan mampan antarabangsa
Suruhanjaya Dunia mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (Laporan Brundtland 1987) mendefinisikan pembangunan mampan sebagai.“pembangunan yang membolehkan generasi semasa memenuhi keperluannya tanpa mengkompromikan kemampuan generasi mendatang bagi memenuhi keperluan mereka”
Definisi Pembangunan Mampan
Mengikut laporan Our Common Future yang diterbitkan oleh The World Commissionon Environment and Development (WCED), 1987, pembangunan mampan adalah : “ Pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan keupayaan generasi akan dating untuk memenuhi keperluan mereka “ Satu penekanan utama yang disarankan dalam dasar pembangunan mampan ini ialah masyarakat dunia mestilah hidup dalam had daya tampung (carrying capacity) planet bumi Walaupun terdapat beberapa definisi yang berbeza tetapi dalam kesemua definisi ini terdapat satu tema yang dikongsi bersama iaitu alam sekitar (environment), masa depan (futuristic) dan kesaksamaan (equity)
Aspek-aspek kemampanan untuk tujuan perancangan dan Kemampanan Ekologi dari segi Kemampanan Ekonomi, Kemampanan Sosial, Kemampanan Budaya, Kemampanan Pertanian; Kemampanan Alam Sekitar dan Kemampanan Bandar.
Akta-akta berkaitan (pembangunan lestari/mampan)
1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
- pencemaran udara (seksyen 20)
- pencemaran bunyi bising (seksyen 23)
- pencemaran tanah (seksyen 24)
- pencemaran perairan daratan (seksyen 25)
- Pencemaran minyak (seksyen 29)
2. Akta Perhutanan Negara 1984 - seksyen 82 (1) melarang sesiapa melakukan pembakaran dalam hutan simpan.
3. Akta Kerajaan Tempatan 1976- seksyen 81 menyatakan tindakan boleh diambil ke atas kilang yang mengeluarkan asap dan menganggu kesihatan serta alam sekitar.
4. Akta Taman Negara 1980- menghalang aktiviti yang menjejaskan ekosistem hutan
5. Akta Perikanan 1985
Indikator Pembangunan Lestari Mengikut Perspektif Malaysia
Berdasarkan Polisi Malaysia mengenai pembangunan lestari jelas disebut di dalam Rancangan Malaysia Ke-7 (GOM 1996). Antara langkah – langkah yang telah dimulakan semasa Rancangan Malaysia ke-7 (1996 – 2000) ialah bagi meningkatkan kebolehan Malaysia untuk membangun secara lestari.
Menurut Rancangan Malaysia Ke-7 terdapat suatu keperluan bagi mengukuhkan pangakalan data alam sekitar (environmental database) dan sistem maklumat (information systems) dan ini menggambarkan hubungan antara alam sekitar dan pembangunan lestari dan membangunkan indikator bagi mengukur kelestarian pembangunan bertujuan bagi menyediakan pengukur untuk memantau dan menilai kemajuan kearah pembangunan lestari di Malaysia.
Konsep Pembangunan Lestari juga berhubungkait dengan banyak hal termasuk norma dan nilai yang cenderung berkembang di dalam tradisi dan budaya, dan juga berhubung dengan perbezaan alam sekitar geografi yang sudah tentu mempunyai lingkungan khusus.
Saranan dalam Agenda 21 Persidangan Pertubuhan Bangsa Bersatu, yang mana pembangunan indikator boleh diharmonikan dengan koordinasi yang disediakan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN).
Walaupun Malaysia telah menyertai inisiatif yang di taja oleh UN bagi membangunkan indikator – indikator pembangunan lestari, namun ia telah memilih untuk meneruskan formulanya tersendiri dengan mewujudkan metodologi sendiri dan indikator – indikator yang dipilih mempunyai refleksi yang amat rapat dengan keupayaan dan keperluan sebenar negara.
Penggunaan indikator dalam perancangan agak biasa digunakan sebagai contoh, kadar literasi, akses kepada penjagaan kesihatan, nisbah doktoratau populasi dan sasaranya, selalu digunakan sebagai indikator dalam pembangunan 5 tahun Rancangan Malaysia.
Secara umumnya inidkator seperti keluaran dalam negara kasar dan pengukuran setiap sumber – sumber dan aliran pencemaran tidak menyediakan indikator yang mencukupi bagi kelestarian.
Indikator bagi pembangunan lestari adalah amat diperlukan bagi membuat keputusan yang kukuh dan berasas pada semua tahap kerajaan, maklumat kepada awam dan kemajuan pemantauan ke arah mencapai objektif penyeliaan sendiri kelestarian.
Pembangunan dan pemilihaan indikator untuk digunakan harus dipertimbangkan dengan penjagaan ekstrim supaya ia secara tepat memberikan refleksi kepada status pembangunan lestari.
Indikator bukanlah pengakhir bagi sesuatu perkara, tetapi hanya sebagai alat untuk membantu bagi mengukur kemajuan atau memberi gambaran bagaimana sesuatu perkara berada dalam suatu tempoh masa. Indikator – indikator pembangunan lestari adalah menyediakan kaedah untuk mencartakan kemajuan kearah kepentingan matlamat untuk mencapai bentuk pembangunan yang seimbang dalam bidang sosial, ekonomi dan alam sekitar sebagai objektif utama pembangunan sesbuah negara.
Antara Usaha Global untuk membangunkan indikator pembangunan lestari Keperluan dalam usaha untuk menumpukan dan mengharmonikan indikator – indikator pembangunan lestari telah meningkat semasa sesi pertama Suruhanjaya Mengenai Pembangunan Lestari PBB (CSD).
INDIKATOR BARU UNTUK MEMBEZAKAN KEMAJUAN DESA DAN KEMAJUAN BANDAR
KOMPONEN | KEMAJUAN DESA | KEMAJUAN BANDAR |
Humanware | Kebolehan manusia seperti pengetahuan bahasa inggeris, berpengetahuan komersial, berpendidikan universiti serta vokasional. | Kebolehan manusia seperti daya inovasi, kemahiran pengetahuan, berdikari, kreativiti, pengalaman, minat dan tumpuan berdaya saing. |
Technoware | Kemudahan seperti air, elektrik, telefon dan gas, memiliki komputer peribadi dan memiliki kenderaan pengangkutan seperti lori, kereta, jip dan mesin generator atau jentera. Serta kelengkapan pengawalan dan penyuburan pertanian dan penternakan para petani. | Kemudahan infrastruktur yang ada seperti kelengkapan teknologi maklumat, kelengkapan telekomunikasi dan penyiaran. Antaranya seperti komputer, elektronik, telefon mudah alih, satelit dan sebagainya. |
Inforware | Maklumat yang diperolehi adalah dari para cendekiawan, dokumentasi, latihan dan kursus termasuk maklumat dari teknologi maklumat serta menonton rancangan pertanian di televisyen serta mendengar rancangan pertanian di radio. | Maklumat atau fakta yang didokmentasikan seperti carta, blue print dan spesifikasinya. Ianya juga merupakan sumber maklumat, penggunaan maklumat, cara kepekaan terhadap kandungan maklumat tersebut. |
Orgaware | Penglibatan pertanian sepenuh masa menyertai program 21 dan pertubuhan peladang kawasan serta keaktifan berpersatuan seperti JKKK,PKK, Jawatan Kuasa Pertanian dan Penternakan. | Rangka kerja organisasi seperti sistem pengurusan teknologi dan maklumat, penyelidikan dan pembangunan bidang tugas, fail kerjaya dan sebagainya. Ini termasuklah sistem organisasi sama ada close-close, open-close atau open-open. |
ASPEK-ASPEK PENTING DALAM MENGUKUR PEMBANGUNAN MAMPAN/LESTARI
Individu/ Masyarakat. Pendapat individu/ masyarakat diambilkira dalam perancangan dan pelaksanaan program-program untuk meningkatkan kualiti hidup individu/masyarakat di Malaysia. Selain itu juga Pihak berkuasa tempatan yang lebih peka dan berkesan kepada keperluan - keperluan individu/masyarakat setempat. Alam sekitar yang lebih selesa dan kualiti hidup yang lebih tinggi adalah menjadi pengukur di dalam pembangunan lestari ini. Akhir sekali kita perlu meningkatkan rasa bangga, cinta dan tanggungjawab kepada alam sekitar ayang ada pada di sekeliling masyarakat. Persatuan/Syarikat/Sektor Swasta. Mendedahkan kepada masyarakat dan sektor swasta berkenaan dengan isu-isu berkaitan pembangunan mampan/ lestari. Selain itu juga bagi menjelaskan bahawa pembangunan mampan/lestari adalah tanggungjawab bersama.
Wakil Kerajaan. Meningkatkan persefahaman antara masyarakat dengan pihak kerajaan. Selain itu juga bagi meningkatkan sokongan masyarakat kepada program-program yang akan membawa manfaat kepada semua. Akhir sekali ialah, mempertingkatkan imej sebagai wakil kerajaan yang mempraktikkan tadbir urus yang baik (good governance) dengan adanya penyertaan awam, ketelusan, kepekaan, kesepakatan (consensus), keberkesanan dan kecekapan, kebertanggungjawaban (accountability) dan wawasan strategik.
Tujuan Pembangunan
Ketelusan dan Kerjasama. Masyarakat telah diberi peluang sepenuhnya dan digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses membuat keputusan mengenai pembangunan pada pelbagai peringkat perancangan, pengurusan dan pelaksanaan. Selain itu juga proses membuat keputusan yang berkaitan perlu dilakukan secara tulus dan telus dan matlamat akhir ialah untuk mengukuhkan penglibatan, tanggungjawab dan peranan pelbagai kelompok dari pelbagai peraingkat masyarakat berasaskan kepada proses perancangan, pelaksanaan, pengurusan dan keputusan.
Perkongsian Pintar. Perkongsian pintar antara Kerajaan Negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan semua pihak masyarakat dalam seluruh aspek dan asas untuk mengeratkan integrasi pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan dalam menjurus kepada pola pembangunan mampan.
Tanggungjawab Bersama. Kerajaan Negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan semua pihak masyarakat berperanan dan berkongsi tanggungjawab merancang, mengurus, melaksana dan memantau pembangunan mampan dan berdasarkan pada matlamat, objektif dan aspirasi yang jelas untuk manfaat dan kesejahteraan bersama.
Pendekatan Menyeluruh. Perkara ini perlu dilihat dan dikekati sebagai suatu kerangka yang berdasarkan proses masalah tersebut dan bukan pada kesan masalah. Kesatuan Ekosistem. Alam sekitar dilihat sebagai suatu ekosistem yang mengandungi unsur-unsur warisan tabii, sistem sokongan hidup dan sumber asli dan jika digunakan dengan bijaksana akan menjamin dan meningkatkan kesejahteraan dan keselamatan sosial.
Keharmonian Masyarakat. Sentiasa mengutamakan keharmonian dan toleransi antara kaum, prihatin terhadap golongan warga tua, remaja, kanak-kanak dan masyarakat kurang upaya dan tanpa membezakan jantina, taraf sosio-ikonomi dan penduduk antara bandar dan luar bandar.
Mengambil Berat Terhadap Masa Depan. Merangkumi pendapat bahawa generasi semasa mengurus sumber-sumber semasa dengan cara yang memungkinkan pengekalan pilihan-pilihan pengurusannya oleh generasi akan datang di masa hadapan dan pembangunan yang menekankan penggunaan sumber asli secara mampan dan menitikberatkan langkah-langkah perlindungan alam sekitar.
Bentuk dan Isi Pembangunan
Bangunkan indeks dan prestasi alam sekitar. Indeks Prestasi Alam Sekitar Malaysia (IPASM) diwujudkan bagi mengetahui sejauh mana pencapaian alam sekitar negara dalam konteks pembangunan lestari. Indeks boleh difahami sebagai pendekatan sistematik yang memberi nilai bagi mewakili sesuatu tahap perbandingan dan pencapaian. Secara umumnya untuk mengukur pencapaian sesuatu bidang dengan menggunakan pendekatan indeks, bukanlah suatu yang baru bagi negara. Ia telah digunakan secara meluas contohnya dalam mengukur indeks inflasi, indeks keluaran dalam negara kasar, indeks pengangguran dan indeks kualiti hidup. Terdapat beberapa indeks yang berkaitan dengan alam sekitar diwujudkan dikebanyakan negara antaranya ialah Indeks Pencemaran Udara, Indeks Kualiti Air Sungai, Indeks Pembangunan Lestari (Environmental Sustainability Index), Indeks Kebolehterancaman Alam Sekitar (Environmental Vulnerability Index) dan Greendex.
Terdapat tiga potensi dan kelebihan yang perlu di manfaatkan oleh Malaysia untuk membangunkan indeks prestasi alam sekitarnya sendiri. Pertama ialah, kewujudan institusi pengajian yang mengadakan program penyelidikan mengenai alam sekitar. Terdapat lebih kurang 13 IPTA yang menawarkan program yang berkaitan dengan alam sekitar. Kumpulan penyelidik dan pensyarah yang terdapat di Universiti berkenaan boleh dimanfaatkan untuk melaksanakan program ini. Kebanyakan saintis di dalam negara telah diiktiraf diperingkat antarabangsa. Kajian dan pembangunan boleh dilaksanakan diantara universiti dan juga agensi kerajaan serta pertubuhan alam sekitar untuk membangunkan IPASM. Kedua ialah, kekuatan dari sumber data yang berkaitan dengan alam sekitar. Antara data - data yang boleh digunakan adalah seperti laporan kualiti alam sekeliling yang mengandungi fakta dan statistik mengenai kualiti air sungai dan laut, status kualiti udara, serta penjanaan bahan buangan toksik dan berbahaya. Selain itu juga terdapat laporan - laporan yang dikeluarkan setiap tahun oleh agensi kerajaan yang boleh digunakan sebagai asas membangunkan IPASM. Ketiga ialah, keseriusan kerajaan dalam melaksanakan program pemantauan alam sekitar secara berterusan. Ini memberi kelebihan bagi negara untuk menilai indeks prestasi alam sekitar setiap tahun. Sehingga kini terdapat beberapa agensi kerajaan yang mengadakan program berterusan bagi memantau segmen alam sekitar utama seperti udara, air, ekosistem hutan dan tanah tinggi. Pemantauan berterusan memberi maklumat dan data yang penting bagi mengesan sebarang perubahan yang berlaku terhadap petunjuk - petunjuk alam sekitar yang utama. Ini boleh memberi gambaran yang jelas mengenai status prestasi alam sekitar semasa.
Pembangunan IPASM di Malaysia sebenarnya dapat membantu memandu arah pembangunan negara ke arah kelestarian. Terdapat enam manfaat yang boleh diambil oleh pembuat keputusan dan perancang pembangunan dengan adanya pembangunan IPASM. Pertama ialah, ia mampu mengenalpasti masalah semasa dan memberikan prioriti kepada isu alam sekitar yang perlu diberikan keutamaan. Kedua ialah, kewujudan IPASM dapat merekodkan tren kawalan pencemaran dan pengurusan sumber asli. Tren kawalan pencemaran dan pengurusan sumber asli mampu dikenalpasti melalui nilai indeks yang telah dibentuk. Ketiga; ialah, IPASM memberi maklumat tentang keberkesanan langkah yang telah diambil dan memberikan input bagi melaksanakan penambahbaikan. Keempat ialah, menyediakan perbandingan data garis dasar dan indeks pencapaian merentasi pelbagai sektor. Kelima ialah, IPASM dapat menyediakan petunjuk aras kelestarian pembangunan, ini membolehkan negara menetapkan sasaran pencapaian IPASM ke arah mencapai matlamat pembangunan lestari dan menyelesaikan masalah alam sekitar berasaskan sektor indikator yang terlibat. Yang terakhir ialah, dengan wujudnya IPASM negara dapat membentuk satu model polisi pembangunan alam sekitar yang baik dan dapat dicontohi dikalangan negara - negara membangun.
Cara/Strategi Pembangunan Mampan/ Lestari
Penyertaan Dan Ketelusan. Ia akan melibatkan masyarakat tempatan termasuk swasta, pihakberkuasa tempatan dan jabatan kerajaan lain dalam semua program Local Agenda 21. Maklumat tentang program Local Agenda 21 dan pembangunan mampan mestilah sentiasa terbuka kepada masyarakat tempatan.
Melalui Usahasama. Mewujudkan usahasama dan tanggungjawab bersama antara semua pihak berkepentingan di semua peringkat program Local Agenda 21. Kebertanggungjawaban. Memastikan bahawa semua rakan usahasama bertanggungjawab kepada keputusan dan tindakan yang diambil. Pendekatan Menyeluruh. Menangani punca masalah-masalah sosial, ekonomi dan alam sekitar dengan cara yang sepadu dan merangkumi seluruh masyarakat tempatan.
Peka Kepada Keupayaan. Memastikan bahawa corak hidup dan pembangunan kita adalah mesra alam dan selaras dengan keupayaan alam sekitar. Kesaksamaan. Memastikan bahawa semua lapisan masyarakat tempatan, tanpa membezakan kaum, jantina, umur, keupayaan, taraf sosio-ekonomi atau latar belakang, diwakili dalam program Local Agenda 21.
Mementingkan Masa Hadapan. Memastikan bahawa kepentingan-kepentingan masa kini dan lebih-lebih lagi masa hadapan diambilkira pada semua peringkat program Local Agenda 21.Hasil Yang Nyata. Membuahkan hasil yang nyata supaya program Local Agenda 21 dapat dipertingkatkan dan dipastikan berterusan.
Matlamat Pembangunan Mampan
1. Pemuliharaan Sumber
Memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa sekarang dan akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif, pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui, pemuliharaan kepelbagaian sumber semulajadi. Pemuliharaan merangkumi penggantian sumber, perubahan dalam cara penggunaan dan memberi perhatian kepada faktor ‘intangible’ seperti nilai keselesaan dan nilai warisan.
2. Pembangunan Fizikal
Memastikan pembangunan alam bina akan berharmoni dengan alam semulajadi di mana hubungan mereka adalah seimbang dan saling memanfaatkan. membantu menyedarkan komuniti tentang peluang yang terdapat di kawasan tersebut. meminimumkan pembaziran sumber dan keburukan yang akan dibawa kepada komuniti apabila sesetengah kawasan perniagaan mengalami tekanan pembangunan yang melampau sedangkan sesetengah kawasan mengalami kemerosotan perniagaan seperti penutupan kedai dan kehilangan pekerjaan.
3. Kualiti Alam Sekitar
Mengelakkan pencemaran alam, melindungi kapasiti ekosistem dan mengelakkan pembangunan yang akan mengancam kesihatan manusia atau menjejaskan kualiti kehidupan. mengurangkan atau mengubah proses pengeluaran atau perniagaan yang akan menjejaskan kualiti hidup manusia. Cara pembuangan dan pelupusan sampah harus dititikberatkan.
4. Kesaksamaan Sosial
Mengelakkan pembangunan yang akan menambahkan jurang antara golongan kaya dan miskin serta menggalakkan pembangunan yang dapat mengurangkan ketidaksamaan sosial. mengurangkan pembaziran tenaga manusia. Kesaksamaan sosial perlu dipelihara dari segi peluang ekonomi di sesuatu kawasan.
5. Penyertaan Politik
Menggalakkan penyertaan komuniti dalam membuat keputusan. Keputusan ini termasuklah di dalam memilih pentadbiran kerajaan yang dimahukan. Malaysia mengamalkan system demokrasi berparlimen di mana rakyat bebas di dalam menentukan tampok pemerintahan yang diinginkan. Pilihan raya diadakan setiap 5 tahun bagi membolehkan rakyat untuk membuat pilihan di dalam parti-perti politik yang bertanding.
Objektif-objektif Pembangunan Mampan
Terdapat beberapa objektif yang telah ditentukan di dalam pembangunan mampan yang telah di rancang oleh pihak kerajaan. Objektif ini melibatkan ekonomi, sosial dan juga ekologi yang mana matlmat ini merupakan garis panduan yang perlu dicapai dan diperolehi di dalam melaksanakan pembangunan mampan atau lestari.
Melihat dari segi ekonomi terdapat beberapa keteria yang diambil penekanan di dalam pembangunan lestari iaitu pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, ekonomi ini melibatkan pertambahan peluang pekerjaan, penggunaan yang meningkat, pelaburan asing serta kadar pengganguran dan kemiskinan yang berkurang. Kedua adalah kesaksamaan di mana ekonomi yang dibangunkan dapat diterima oleh semua orang, serta memperolehi manfaat daripada pembangunan ekonomi tersebut. Ketiga adalah kecekapan dalam perancangan serta pembangunan ekonomi yang dirancang. Kecekapan ini termasuklah pengagihan sumber yang cekap, dan mangawal ekonomi agar tidak membebankan rakyat.
Objektif yang seterusnnya adalah sosial dimana aktiviti sosial perlulah selaras dengan pembagunan mampan yang dirancang. Objektif ini melibatkan kuasa yang dipegang oleh pemerintah di dalam membuat serta menggubal undang-undang, penyertaan daripada semua pihak di dalam aktiviti yang dilaksanakan di dalam pembangunan mampan, identiti kebudayaan yang harus dikekalkan serta pembangunan intitusi.
Objekti yang terakhir adalah dari segi ekologi di mana objektif ini menekankan pemuliharaan serta pemeliharaan alam sekitar agar tidak terjejas. Objektif ini merangkumi keupayaan menampung mambangunan yang dirancang serta kepelbagaian di dalam segala bentuk pembangunan agar ekologi yang telah sedia ada tidak terjejas dan terancam.
Kesimpulan
Secara kesimpulan nya, pembangunan lestari atupun mampan merupakan pembangunan yang memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dari pelbagai aspek seperti perancangan bandar, mendapatkan makanan, dan pelbagai lagi tanpa menjejaskan alam sekitar. Pembangunan ini melibatkan pelbagai pihak antarnya kerajaan yang mengubah serta mengubal dasar bagi menjadikan pembangunan ini reality yang selama ini digambarkan. Masyarakat juga tidak dapat lari dari menjadikan pembangunan ini berjaya kerana masyarakat merupakan kelompok mejoriti yang menyokong pelbagai dasar kerajaan bagi manjadikan alam sekitar yang yang sihat, pihak swasta juga perlulah memandang pembangunan lestari ini merupakan pembangunan yang mendatangkan kebaikan kepada semua pihak, tanggung jawap koprat social yang berkaitan dengan pembagunan lestari diharapkan dapat menyedarkan masyarakat tentang kepentinggan pembangunan lestari ataupun mampan ini.
Pihak kerajaan juga kini mula merancang kempen ini di peringkat kerajaan negeri sebagai contoh negeri Selangor yang kini giat mempunyai matlamat pembanguna mampan yang tersendiri. ltizam Pembangunan Mampan Selangor yang dideklarasikan pada 4hb. Jun 1999 merupakan kesungguhan sebuah kerajaan negeri di Malaysia yang berpandangan jauh dan bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan di Selangor dilaksanakan secara mampan. Negeri Selangor mendokong secara rasminya konsep pembangunan mampan melalui pelaksanaan Projek Strategi Pembangunan Mampan Selangor dan Agenda 21 Selangor. Dokumen dasar yang telah dihasilkan ialah Kawasan Sensitif Alam Sekitar Sekitar (1999) Stategi Pembangunan Mampan Selangor (2000) Agenda 21 Selangor (2001) Panduan Pelaksanaan Agenda 21 Selangor (2002)
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan seperti contoh kempen kitar semula, cintailah sungai kita dan banyak lagi. Jika dilihat sejauh manakah keberkesanan serta perjalanan kempen ini yang dijalankan ini dapat membantu alam sekitar yang kian terceramar. Masyarakat hanya memandang rendah serta tidak melibatkan diri di dalam pelbagai kempen yang dijalankan, jester pihak kerajaan dan swasta perlu merancang stategi lagi yang difikirkan sesuai bagi menarik anggota masyarakat untuk menyertai kempen-kempen yang dijalankan.
1 comments:
apakah perbandingan antara pendekatan semasa dan pendekatan pembangunan mapan?
Post a Comment