Bahan 2D atau dua demensi adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata.
Jenis-jenis bahan 2D yang dapat digunakan di dalam bilik darjah termasuklah :
Gambar sama ada dalam bentuk hitam putih atau berwarna merupakan gambaran sebenar rupa bentuk manusia, tempat dan benda yang telah dirakamkan dengan kamera di atas kertas foto atau filem. Ada kemungkinan gambar foto tersebut telah dihasikan sendiri oleh guru atau dibekalkan oleh pihak-pihak tertentu. Untuk tujuan pendidikan, pelbagai bentuk dan jenis gambar foto boleh didapati seperti pemandangan, pekerjaan manusia, aktiviti-aktiviti harian,sejarah sains, hobi dan lain-lain.
Kelebihan Gambarfoto

- Gambar
- Grafik
- Carta
- Peta
- Graf
- Poster
- Kad Imbasan
- Kad Gambar
Gambar sama ada dalam bentuk hitam putih atau berwarna merupakan gambaran sebenar rupa bentuk manusia, tempat dan benda yang telah dirakamkan dengan kamera di atas kertas foto atau filem. Ada kemungkinan gambar foto tersebut telah dihasikan sendiri oleh guru atau dibekalkan oleh pihak-pihak tertentu. Untuk tujuan pendidikan, pelbagai bentuk dan jenis gambar foto boleh didapati seperti pemandangan, pekerjaan manusia, aktiviti-aktiviti harian,sejarah sains, hobi dan lain-lain.
Kelebihan Gambarfoto
- Gambar boleh menerangkan dengan jelas konsep-konsep abstrak kepada ide-ide yang maujud dan formal.
- Gambar mudah didapati dan mudah dihasilkan.
- Tidak memerlukan peralatan khas untuk menggunakan gambar kecuali ianya terlalu kecil
- Penggunaan gambar foto boleh disesuaikan dengan semua peringkat pengajaran pembelajaran dari set induksi hingga ke penutup.
- Gambar dapat menunjukkan mengenai sesuatu benda atau keadaan yang baru kepada murid dengan jelas dan tepat.
- Kadangkala ianya terlalu kecil untuk dilihat dengan baik oleh murid-murid dalam sesuatu bilik darjah yang besar.
- Tidak dapat menunjukkan keadaan atau sifat sebenar sesuatu benda kerana gambar berbentuk dua demensi.
- Kaku tiada pergerakan. Oleh itu, mungkin konsep sebenarnya bahan yang ditunjukkan tidak dapat sampai kepada murid dengan sepenuhnya.
- Kadangkala gambar yang dipamerkan tidak mempunyai warna, maka penegasan kesahan tidak dapat dibuktikan
- Gambar foto hanya menunjukkan satu sudut pandangan sahaja. Dengan itu mungkin murid tersilap membentuk konsep mengenai sesuatu benda.
- Untuk alat Bantu mengajar gunakan gambarfoto yang besar agar dapat dilihat dengan jelas oleh semua murid dalam kelas.
- Semasa digunakan, letak gambarfoto di atas alas atau pemegang atau kaki atau diletakkan diatas papan kapur, supaya gambar foto berkedudukan tegap.
- Hadkan jumlah gambarfoto yang bakal digunakan pada satu-satu masa.
- Gunakan satu gambar foto pada satu-satu ketika agar perhatian murid tidak terganggu kerana terlalu banyak visual.
- Cuba tarik perhatian murid dengan memberi soalan-soalan yang bersangkutan dengan gambarfoto yang dipamerkan.
Grafik
Grafik adalah gambar-gambar yang dilukis dalam bentu hitam putih atau berwarna warni. Semasa menggunakan grafik, guru haruslah berhati-hati kerana telah terbukti berlakunya perbezaan intepretasi mengenai masej yang ingin disampaikan oleh grafik tersebut. Setiap individu mempunyai pandangan dan intepretasi yang berlainan mengenai maksud sesuatu garfik yang dilihatnya. Keadaan ini menjadi dasar yang digunakan di dalam Ujian Warna ‘Rorschach Color Test' oleh ahli-ahli psikologi untuk menguji personaliti seseorang.
Guru mestilah sentiasa memberi pandangan semasa grafik digunakan agar bahan tersebut boleh mencapai objektif yang diperlukan. Semakin rendah tahap penerimaan murid, semakin banyaklah panduan dan bimbingan yang diperlukan untuk memastikan mesej yang betul diterima daripada sebarang grafik yang digunakan.

Carta
Carta pada amnya merupakan kumpulan gambar rajah yang menunjukkan acara-acara yang kompleks atau perkara-pekara yang telah berlaku dalam jangka masa tertentu. Carta selalunya mempunyai satu sifat utama, iaitu melibatkan gambaran satu proses ataupun alran perubahan sesuatu.
Sebelum carta dapat digunakan dengan sempurna di dalam bilik darjah, guru haruslah pastikan bahawa carta tersebut ada tujuan pengajaran yang jelas. Secara amnya, carta patut memberi satu konsep utama sahaja. Carta yang baik mesti dapat menyampaikan mesejnya melalui visual.
Jenis-jenis Carta
Carta Organisasi yang menunjukan hubungan atau rantaian pentadbiran ataupun pemerintahan di dalam sesuatu organisasi kumpulan dan sebagainya.

Carta Klasifikasi digunakan untuk mengkelaskan atau menunjukkan kategori bahan-bahan tertentu, peristiwa, sepsis dan taksonomi haiwan atau tumbuhan mengikut sifat, kumpulan dan sebagainya.
Carta Masa menggambarkan hubungan masa dan peristiwa, berguna untuk meringkaskan masa satu siri peristiwa yang telah berlaku.
Carta Jadual menunjukkan keterangan berdata atau bernilai yang memberi penjelasan mengenai masa dan waktu suatu perkara atau peristiwa akan berlaku.
Carta Urutan menggambarkan satu siri urutan atau sekuen atau prosedur atau tatacara atau aliran suatu proses atau tindakan tertentu. Carta ini selalunya dibuat mendatar agar perkembangannya mudah diikuti serta difahami langkah-langkah satu persatu.
Graf
Graf adalah gambaran visual mengenai satu set nilai data yang dapat memberi penerangan boleh tampak mengenai hubungan dan perubahan-perubahan yang berlaku pada set data itu. Graf adalah satu pesembahan visual yang menarik dan berguna dalam pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat empat jenis graf yang biasa digunakan. Pemilihan jenis graf untuk digunakan di dalam bilik darjah bergantung kepada dua faktor penting :
Jenis-jenis graf
Data-data ditukar menjadi blok atau selinder yang mempunyai nilai-nilai tertentu. Selalunya graf ini dilukis menegak, di mana skala menegak menunjukan perubahan kuantiti
Untuk pastikan tidak ada kekeliruan mesej berlaku, adalah baik jika ketebalan atau lebar blok yang dibuat itu dilukis dengan menggunakan sukatan unit yang serupa. Graf Bar adalah mudah dibaca dan amat sesuai untuk murid tahap rendah.

- Kadar kesukaran fakta atau data yang hendak disampaikan
- Tahap fahaman atau penerima murid.
Jenis-jenis graf
- Graf Bar atau Batang
- Graf Gambar atau Pictograf
- Graf Bulat atau Pie
- Graf Garisan
Data-data ditukar menjadi blok atau selinder yang mempunyai nilai-nilai tertentu. Selalunya graf ini dilukis menegak, di mana skala menegak menunjukan perubahan kuantiti
Untuk pastikan tidak ada kekeliruan mesej berlaku, adalah baik jika ketebalan atau lebar blok yang dibuat itu dilukis dengan menggunakan sukatan unit yang serupa. Graf Bar adalah mudah dibaca dan amat sesuai untuk murid tahap rendah.
Graf Gambar atau Piktograf
Dalam graf ini data-data ditukar menjadi gambar atau symbol ringkas yang membawa nilai-nilai tertentu. Graf jenis ini kelihatan menarik walaupun nilai-nilai dipapar tidak begitu tepat
Untuk pastikan tidak berlaku sebarang kekeliruan, adalah lebih baik andainya guru dapat menulis unit niali setiap gambar atau simbol yang digunkan itu dengan jelas dan nyata.

Graf Bulat atau Pie
Satu bulatan dilukis dan bulatan itu dibahagikan kepada beberapa bahagian atau segmen. Setiap satu segmen merupakan sebahagian ataupun peratus daripada nilai utama satu set data.
Graf jenis ini adalah mudah untuk diterjemahkan jika data atau nilai utamanya boleh difahami oleh murid-murid.

Graf Garisan
Graf ini merupakan graf yang paling tepat dan paling kompleks. Graf garis ditulis berpandukan kepada dua paksi bersudut tepat. Setiap paksi membawa skala-skala masing-masing. Titik-titik ditandakan mengikut koordinat pada satu set nilai data-data.
Kemudian titik-titik itu disambungkan dengan garis lurus atau garis lengkung.
Graf garis dapat menunjukkan perubahan atau perkembangan unit-unit data dalam 2 dimensi seperti 2 atau lebih unit data berubah atau berkembang mengikut jangka masa tertentu.

Poster
Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang mengabungkan penggunaan garisan-garisan, huruf-huruf serta warna-warna di dalam satu persembahan visual yang memaparkan satu atau lebih mesej-mesej tertentu. Kerap kali poster digunakan sebagai satu daya penarik kepada satu peristiwa atau acara yang bakal diadakan
Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam bilik darjah kerana poster mempunyai bentuk yang dinamik dan berwarna dapat menarik perhatian serta boleh menyampaikan mesejnya dengan spontan. Guru haruslah berwaspada kerana sesuatu poster akan berakhir selepas sesuatu acara atau peristiwa telah berlaku. Poster tidak boleh dipamerkan terus menerus.
Kelebihan poster

- Sebagai perangsang untuk menarik minat murid kepada satu topik baru atau satu kelas baru atau peristiwa sekolah tertentu.
- Sebagai satu motivasi menggalakkan murid menghadiri aktiviti-aktiviti sekolah, perjumpaan GERKO, aktiviti Pusat Sumber, Kempen Gerakan Membaca dan lain-lain.
- Sebagai peringatan keselamatan di dalam makmal atau bengkel atau situasi-situasi tertentu.
- Sebagai promosi untuk memberi latihan atau membentuk amalan kesihatan yang baik atau sikap yang murni.
Sumber : http://ipkt.org:8080/modul/EDU3105/Bahan2D3D/2D.htm
JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

0 comments:
Post a Comment