BAB 4 : Strategi Pendidikan Lestari dalam Pengajian Sosial
Kaedah pengajaran dan pembelajaran merentas kurikulum berasaskan pembelajaran melalui pengalaman
- Perbincangan melalui pembelajaran koperatif
- Permainan Alam Sekitar
- Kerja Amali
- Projek
Perbincangan melalui pembelajaran koperatif
Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Pembelajaran koperatif menggalakkan pelajar berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.Di antara topik-topik yang sesuai dibincangkan topic isu semasa, program pelajar dan sebagainya.Kaedah ini melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dan pelajar-pelajar dalam kelas atau satu jenis aktiviti pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran atau idea serta berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara.Para pelajar harus diberitahu cara-cara dan peraturan-peraturan perbincangan terlebih dahulu. Ini bertujuaan agar aktiviti perbincangan lancar, teratur dan tidak terpesong daripada tujuan. Pada akhir perbincangan, idea-idea haruslah dirumuskan. Rumusan ini kan digunakan untuk membuat ulasan perbincangan.
Permainan Alam Sekitar
Dewasa ini, kemajuan dalam bidang teknologi pendidikan seperti penggunaan permainan secara online telah menghasilkan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat murid. Lebih-lebih lagi dalam abad ke-21 kini, masyarakat telah berganjak dari era perindustrian ke era teknologi maklumat tanpa sempadan (Alvin Toffler, 1980). Maka selaras dengan perkembangan dunia teknologi pengajaran dan pembelajaran, guru-guru dapat menyampaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif:Contohnya, penggunaan permainan simulasi eksperiental “Reycle City”. Ia boleh diaplikasi dalam penerapan Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum. Pendidikan Alam Sekitar secara rasminya telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia secara merentas kurikulum dalam semua mata pelajaran yang diajar di sekolah. (Jabatan Alam Sekitar, 2006 dan Kementerian Pelajaran Malaysia, 2004). Isu berkenaan pengetahuan dan kesedaran alam sekitar khasnya isu kitar semula dan ‘Pendidikan Lestari’ merupakan tema penting dalam mata muridan Bahasa Inggeris Tingkatan 4. Terdapat banyak kajian yang membuktikan bahawa penggunaan kaedah permainan berupaya untuk mempertingkatkan tahap pengguasaan bahasa Inggeris murid dan seterusnya meningkatkan motivasi murid. Lengeling (1995), mengatakan bahawa sifat semulajadi permainan yang memotivasikan menggalakan pembelajaran bahasa yang bermakna, mempromosikan dan menggalakan pembelajaran bahasa kedua seperti Bahasa Inggeris.
Kerja Amali
Pembelajaran melalui eksperimen atau kaedah amali lebih cepat berlaku kerana pelajar menjalankan penyiasatan sendiri bagi memperolehi maklumat melalui bahan yang sebenar (Ogunniyi 1983; Yusup 1997; Berg 2003). Kaedah tersebut dapat menerapkan pengetahuan, kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kemahiran saintifik diperolehi apabila pelajar merancang, mengendalikan dan menganalisis data menggunakan pelbagai peralatan eksperimen dan spesimen (Berg 2008; Harwood 2004). Melalui kaedah amali yang biasanya dijalankan secara berkumpulan, akan dapat menerapkan elemen sikap saintifik dan nilai murni seperti bekerjasama, sistematik dan yakin, jujur dan tepat dalam merekod data (Christensen & McRobbie 1994; KPM 2002, 2005). Kaedah amali dapat menghasilkan objektif pembelajaran yang pelbagai dalam satu sesi pengajaran. Kaedah amali menjadi serampang tiga mata kepada pengajaran sains apabila ketiga-tiga elemen kurikulum iaitu pengetahuan, kemahiran saintifik dan nilai murni dapat diperolehi secara langsung menerusi penggunaannya.
Projek
Kaedah projek yang diasaskan olehJohn Dewey misalnya- menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Contohnya Projek melukis mural di bangunan sekolah. Muralyang menghadap pintu utama sekolah dan secara tidak langsung mengumumkan kepada orang-ramai tentang komitmen sekolah dalam pendidikan kesedaran alam sekitar.
JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI, SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !
0 comments:
Post a Comment