+ KaJiaN SoSiaL +

PPL : Nota Topik 3 - Amalan Gaya Hidup (Konsep 5R)

| Friday, December 9, 2011
Bab 3 : Amalan Gaya Hidup (konsep 5R)

Apa itu Konsep 5R?

5R adalah singkatan kepada ‘rethink’ (fikir semula), ‘repair’ (baik pulih), ‘reuse’ (guna semula), ‘recycle’ (kitar semula) dan ‘reduce’ (kurangkan).

Rethink

‘rethink’ ataupun fikir semula sebelum buang. Adalah penting bagi setiap individu untuk mengenal pasti bahan-bahan yang bakal dibuang itu mampu untuk dimanfaatkan untuk tujuan lain ataupun tidak. Sama ada ianya dapat dikitar semula, diperbaiki atau digunakan semula. Dengan adanya seidkit kesedaran iaitu fikir dulu sebelum buang ianya sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengurangkan sampah yang bakal dibawa ke pusat pelupusan sampah. Munculnya bertimbun-timbun sampah dalam kehidupan adalah disebabkan oleh tindakan dan aktiviti manusia itu sendiri. Selain itu ‘rethink’ atau fikir semula bukan hanya terhad kepada fikir dulu sebelum buang sahaja, malah kita sebagai pengguna hendaklah bertindak untuk mengetahui dan mengambil kira bungkusan produk yang kita beli itu sama ada boleh dikitar semula, digunakan semula, dibaik pulih jika mengalami kerosakan.

Repair

Konsep ‘R’ kedua adalah ‘repair’ ataupun baik pulih di mana ia boleh diertikan sebagai memeriksa dengan teliti untuk tujuan membaiki atau untuk memulihkan keadaan sesuatu alat yang telah rosak. Bagi memastikan mengurangkan penggunaan sumber asli, adalah disarankan pengguna membaik pulih alatan yang rosak dan hanya membuangnya di pusat-pusat kitar semula setelah kerosakan tidak dapat dibaiki sepenuhnya. Oleh itu kita sebagai pengguna bukan sahaja berperanan untuk memastikan barangan dapat dilupuskan secara berkesan, malah penggunaan barangan atau alatan secara cermat dan efektif juga dapat membantu mengurangkan pembuangan sisa pepejal ke persekitaran sekaligus dapat mengurangkan penggunaan sumber asli yang kian berkurang disebabkan oleh aktiviti manusia yang tidak terancang.

Reduce

Konsep ‘R’ yang seterusnya adalah ‘reduce’ atau dalam bahasa Melayunya adalah mengurangkan. Kurang di sini membawa maksud mengurangkan penggunaan pelbagai sumber terutamanya sumber asli seperti kayu, petroleum serta kapas. Penggunaan sumber asli secara berlebihan dalam aktiviti seharian memaksa sektor industri berkaitan mempertingkatkan pengeluarannya bagi memenuhi permintaan pengguna di sesuatu tempat. Pernahkah anda terdengar tentang berkongsi kenderaan ke tempat kerja? Semestinya pernah bukan. Kerajaan Malaysia telah lama menyarankan pengguna-pengguna kenderaan di Malaysia berkongsi kenderaan ke tempat kerja atau ke mana sahaja di dalam destinasi yang sama. Cara ini bukan sahaja dapat mengurangkan pelepasan gas beracun ke atmosfera yang dikeluarkan oleh kenderaan bermotor malah ianya dapat membantu mengurangkan jumlah penggunaan petrol dengan berkesan. Ianya bukan sahaja menjimatkan malah dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Bandar-bandar besar terutamya Kuala Lumpur.

Reuse

‘Reuse’ atau guna semula adalah salah satu daripada konsep yang terkandung dalam 5R di mana ianya bererti menggunakan semula barangan atau alatan yang terbuang untuk dimanfaatkan menjadi barangan lain seperti menjadikan tayar kenderaan yang telah lusuh atau rosak menjadi pasu bunga ataupun menjadikan botol plastik terbuang menjadi bekas meletak alat tulis.

Recycle

Mari kita mendalami seba sedikit tentang makna kitar semula. Kitar semula membawa maksud memproses barangan lusuh atau bahan buangan menjadi produk baru. Contohnya surat khabar lama akan menjalani pelbagai peringkat pemprosesan untuk mendapatkan sejumlah kertas putih yang baharu dan sedia untuk digunakan sebagai kertas mahjung, kertas fotokopi dan banyak lagi. Amalan kitar semula ini harus dipraktikkan ke segenap lapisan masyrakat kerana ianya dapat mengurangkan kuantiti bahan buangan, selain menjimatkan kos perbelanjaan untuk membiayai projek pelupusan bahan buangan.

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI, SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 ...~:\ NoTa PISMP KS /:~...