+ KaJiaN SoSiaL +

PPL : Nota Topik 2 - Pendidikan Kefahaman Sejagat (EIU) 1

| Friday, December 9, 2011
BAB 2 : PENDIDIKAN UNTUK KEFAHAMAN SEJAGAT (EIU)

Sejarah EIU (Education for International Understanding)

Kehancuran selepas Perang Dunia menimbulkan dua keinginan iaitu untuk keamanan global dan pemahaman sejagat. Dengan latar belakang itu, Asia-Pasifik Centre of Education for International Understanding (APCIEU) ditubuhkan untuk mempromosikan Pendidikan untuk Kefahaman Sejagat (EIU). Idea ini tercetus semasa Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sesi ke-18 yang bertempat di Paris pada 17 Oktober - 23 November 1974.

Tujuan penubuhannya ialah untuk menanam budaya perdamaian yang meliputi individu, masyarakat, antarabangsa / sistem global dan hubungan yang berterusan antara manusia dan alam sekitar.EIU didasarkan oleh four pillars of learning - Learning to be, Learning to know, Learning to do, and Learning to live together. APCEIU menekankan EIU menggunakan pendekatan yang mengintegrasikan pengetahuan dan pemahaman dengan perkembangan nilai-nilai dan sikap yang menyokong budaya perdamaian.

Tumpuan EIU
• Pendidikan Hak Asasi manusia/ Human Rights Education
• Pendidikan Alam Sekitar /Environmental Education
• Pendidikan Perdamaian/Peace Education
• Kesetaraan Gender/Gender Equality

Rangka konsep dan kaitan dengan The Four Pillars of Education (UNESCO)

Apa itu Four Pillars of Education?

Ia bermula sejak dunia kini yang sering berhadapan dengan kekerasan walaupun sudah ada konflik sepanjang sejarah.Oleh itu, kita memerlukan satu peranti atau satu bentuk pendidikan yang boleh menghindari konflik dan boleh menyelesaikannya secara damai. Maka dengan itu, UNESCO telah menggariskan empat tunggak atau lebih dikenali dengan nama The Four Pillars of Education yang bertujuan ke arah keamanan sejagat.
Empat tunggak tersebut ialah:

• Learning to know
• Learning to do
• Learning to be
• Learning to live together

Learning to Know

Belajar untuk mengetahui asas-asas pembelajaran sepanjang hidup.Tonggak ini merujuk kepada pengetahuan asas bahawa kita perlu dapat memahami persekitaran kita dan hidup secara terhormat. Membangkitkan rasa ingin tahu, iaitu membolehkan kita untuk merasai sendiri apa yang dikatakan dengan kajian dan penemuan. Belajar untuk tahu mengandaikan bahawa kita mengembangkan daya tumpuan, ingatan dan berfikir.

Learning to Do

Belajar untuk melakukan merujuk kepada kejayaan kemahiran praktikal, kemampuan untuk bekerjasama dan inisiatif dan kesiapan untuk mengambil risiko. Dengan demikian, tunggak ini adalah tentang kompetensi menempatkan apa yang telah kita pelajari ke dalam amalan sehingga boleh bertindak secara kreatif di persekitaran kita. Berbagai situasi, sering tidak terduga, pasti akan muncul. Ketika ini berlaku, belajar untuk melakukan membolehkan kita untuk menukar pengetahuan kita menjadi efektif dan berinovasi.

Learning to Be

Ia didasarkan kepada prinsip asas bahawa pendidikan perlu untuk memberikan sumbangan kepada pembangunan untuk setiap individu. Tunggak ini berkaitan dengan personaliti dan keperibadian. Ini berkenaan dengan memberi kita kebebasan berfikir, perasaan dan imaginasi bahawa kita perlu bertindak lebih berdikari dengan lebih banyak wawasan, lebih kritis, dan lebih bertanggungjawab. Di akhir pendidikan adalah untuk menggilap bakat-bakat yang ada pada setiap individu yang berpotensi.

Learning to Live Together

Belajar untuk hidup bersama adalah tunggak yang paling diutamakan oleh Suruhanjaya UNESCO (United Nation , Educational, Scientific dan Cultural Organization). Hal ini merujuk kepada mengembangkan pemahaman orang lain melalui dialog yang mengarah pada empati, rasa hormat, dan penghargaan. Jika kita ingin memahami orang lain, kita perlu memahami diri kita sendiri. Belajar untuk hidup bersama juga adalah tentang saling hidup bergantung sesama sendiri , bersama-sama mengalami dan untuk masa depan bersama. Bermula daripada itu, barulah kita boleh menguruskan konflik yang tidak dapat dihindarkan secara damai.


JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI, SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 ...~:\ NoTa PISMP KS /:~...