+ KaJiaN SoSiaL +

PBDT : Nota Topik 7 - Pengurusan Bilik Darjah Melibatkan Murid Pendidikan Khas

| Wednesday, December 7, 2011

BAB 7: PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG
MELIBATKAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

KATEGORI KANAK-KANAK BEKEPERLUAN KHAS

1. Terencat akal

2. Masalah kerosakan sesnsori
a. Masalah kecacatan fizikal
- cerebral palsy
- musculor dystrophy
- spina bifida
- sawan (epilepsy)
b. Masalah penglihatan
c. Masalah pendengaran
d. Masalah komunikasi
- masalah bahasa
- masalah pertuturan

3. Masalah pembelajaran
• masalah membaca
• masalah menulis
• masalah mengira
• masalah komunikasi

4. Disleksia
5. Diskalkulia
6. Disgrafia
7. Autistik (autism)
8. Lewat perkembangan
9. Hiperaktif (ADHD dan ADD)
10. Pintar cerdas atau berbakat
11. Masalah emosi dan tingkah laku

Aspek yang perlu diberikan perhatian ialah:-
a. Pengurusan bilik darjah yang efektif, iaitu merangkumi pengurusan aspek fizikal bilik darjah, tingkah laku murid, rutin, peraturan serta prosedur dan juga arahan yang berkesan
b. Pengetahuan dan kemahiran tentang strategi pengajaran yang pelbagai untuk memenuhi keprluan murid yang berbeza
c. Keupayaan menilai kemahira yang diperlukan seseorang murid
d. Menetapkan objektif pembelajaran yang sesuai dan realistik
e. Mengubahsuai aktiviti dan latihan di dalam bilik darjah supaya dapat mengambil kira keperluan serta kebolehan murid yang berada pada tahap berbeza did alam kelas
f. Menstruktur persekitaran agar dapat meransang pembelajaran muridnya
g. Menggunakan strategi-strategi seperti bimbingan rakan sebaya dan pembelajaran koperatif untuk menggalakkan kerjasama antara murid di dalam bilik darjah
h. Menekankan kepentingan menghormati rakan sebaya
i. Menghargai perbezaan dalam kalangan individu
j. Mempunyai harapan yang tinggi atas kebolehan muridnya untuk berjaya
k. Membina hubungan yang baik dan bekerjasama dengan ibu bapa, guru-guru lain serta guru pendidikan khas agar dapat memahami cara terbaik untuk membantu dan memenuhi keperluan murid tersebut.

Pengurusan bilik darjah yang mempunyai murid berkeperluan khas memerlukan guru membentuk semangat komuniti yang dapat menerima kepelbagaian dalam kalangan murid dan membina persekitaran yang dapat memberikan perhatian serta respon kepada keprluan individu.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 ...~:\ NoTa PISMP KS /:~...