+ KaJiaN SoSiaL +

TP : Teknik Kamera - Bukaan Kanta (Aperture)

| Friday, July 6, 2012
Bukaan Kanta (Aperture)

Fungsi utama aperture ialah mengawal kekuatan/darjah kecerahan cahaya memasuki kamera dan juga mengawal jarak jelas (depth of field). Dalam erti kata lain, aperture juga boleh dikatakan sebagai pengawal berapa banyaknya cahaya yang dibenarkan melaluinya mengikut kadar luas bukaan atau banyaknya cahaya yang dibenarkan melaluinya

Berikut merupakan antara ciri-ciri utama aperture :
  • Alatan untuk mengawal cahaya
  • Terletak pada kanta
  • Apperture berhubung kait dengan shutter
  • Bentuk apperture - bulat seperti iris mata
  • Ditanda dengan nombor – berkadar songsang dengan bukaan.
  • Apperture menentukan 'jarak jelas’ atau ' depth of field'


Aperture ditandakan dengan nombor songsang dengan bukaannya.


“Rule of Third"



Dapatkan gambar penuh aksi

Sesuatu gambar foto yang mempunyai aksi selalunya mampu melahir atau meyakinkan perasaan. Oleh yang demikian, teknik yang digunakan bagi merakamkan sesebuah aksi memainkan peranan penting di dalam menentukan kualiti dan juga mood sesebuah gambar.

Antara teknik yang selalu digunakan bagi “memberhentikan” sesuatu aksi bagi memudahkan proses rakaman ialah dengan menggunakan kepantasan pengatup kanta (shutter speed) yang tinggi.

Selain dari panduan-panduan komposisi yang telah dibincangkan, terdapat juga beberapa panduan asas bagi mendapatkan komposisi rakaman yang baik. Antaranya ialah :
  • Elakkan daripada “Bull eye syndrom” iaitu keadaan dimana mengambil gambar dari sudut yang sentiasa sama.
  • Pastikan subjek lebih menonjol dari gambar latarbelakang
  • Perhatian harus diberi pada garis lurus dan melengkung
  • Gunakan Kesan “DOF” (jarak jelas atau kedalaman medan)
  • Jangan terdapat terlalu banyak cerita dalam satu gambar
  • Konsep yang seimbang
  • Konsep yang mudah
  • Berikan skala dan kedudukan
  • Tentukan garisan melintang (Horizon)


Sumber : http://ipkt.org:8080/modul/EDU3105/t-pdk/Bahagian%20II.htm

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 ...~:\ NoTa PISMP KS /:~...