+ KaJiaN SoSiaL +

TP : Media - Pita Audio

| Thursday, July 5, 2012
Media audio adalah satu sistem untuk mengirim atau menerima suara atau bunyi secara elektronik melalui kabel atau udara.

Secara ringkasnya, media audio terdiri daripada satu sumber bunyi/ suara, satu alat peka bunyi, satu sistem pengiriman audio, dan satu sistem penerimaan audio.

Media audio adalah komunikasi sehala. Untuk mengatasi hal ini dalam keadaan-keadaan tertentu, program-program audio boleh digabungkan dengan bahan-bahan bercetak atau teknik perbincangan atau pembentangan kertas kerja dalam kelas.

Kebaikan Media :
  • Audio adalah satu kaedah penyampaian pengajaran-pembelajaran yang mudah dan berkesan.
  • Bahan untuk peralatan audio mudah diperolehi dan dihasilkan, serta mudah digunakan oleh guru ataupun murid.
  • Perisiannya boleh digunakan dengan tahap kebolehan murid.
  • Bahan audio boleh digunakan untuk kumpulan atau individu dengan mudah.
  • Penggunaannya boleh memberi pengalaman berbahasa dan bertutur kepada murid tahap rendah atau murid yang buta huruf.
  • Bahan audio boleh memberi gambaran visual dengan lebih berkesan berbanding dengan melalui pembacaan sahaja.
  • Peralatan audio, seperti perakam kaset adalah mudah alih, yakni dapat digunakan di mana sahaja, dan seterusnya, semua orang tahu serta dapat mengendalikan peralatan tersebut dengan mudah.
Kelemahan Media Audio :
  • Kaedah persembahan daripada peralatan audio adalah terhad kepada sekuen atau urutan rancangan yang telah dirakamkan itu.
  • Kanak-kanak kurang memberi perhatian kepada persembahan audio kalau tiada pengawasan rapi daripada guru.
  • Perbelanjaan awal untuk menyediakan kelengkapan dan peralatan audio adalah tinggi.
  • Penghasilan bahan pengajaran audio yang bermutu memerlukanjangka masa yang lama.
  • Penentuan kadar penerimaan ataupun pencapaian objektif penggunaan bahan audio agak sukar diketahui sekiranya murid terdiri daripada kumpulan yang mempunyai pelbagai pencapaian dan pengalaman yang berbeza-beza.
  • Penyimpanan atau koleksi bahan audio seperti pita audio/piring hitam dan sebagainya adalah sukar memandangkan bahan pita magnetik memerlukan tempat penyimpanan yang sempuma.
Perakam Audio dan Pita Audio

Terdapat dua bentuk asas perakam audio, iaitu perakam reel terbuka (open reel) dan perakam kaset.

Kedua-dua bentuk perakam audio ini mempunyai alatan kontrol yang serupa. Jenis perakam rel-terbuka menggunakan pita magnetik yang dilekatkan pada gelendong yang besar. Untuk jenis perakarn kaset, pita magnetikinya diletakkan di dalam sebuah kotak khas yang dapat menghalang kesan-kesan habuk dan kotoran lain daripada mudah melekat pada permukaan pita tersebut. Secara keseluruhannya, perakam kasetjauh lebih mudah dikendalikan, lebih ringan dan boleh digunakan dengan kuasa bated kering biasa.

Perakam kaset/Radio kaset

Radio kaset atau perakam kaset boleh didapati dalam dua bentuk utama, iaitu perakam sahaja, dan perakam dan radio bersama.

Bentuk perakam sahaja boleh didapati dalam bentuk deck dan mudah bawa (portable) yang boleh digunakan dengan pita kaset jenis kaset padat (compact-cassette) dan kaset mikro (microcassette).

Bentuk perakam dan radio atau Iebih dikenali sebagai radio kaset boleh terdapat dalam jenis midikompo, minikompo dan mudah bawa.

Penguat Suara (Amplifier)

Unit elektronik digunakan untuk menguatkan atau meninggikan isyarat audio dan mikrofon atau radio kaset atau deck untuk disalurkan kepada pembesar suara.

Terdapat beberapa jenis amplifler tetapi untuk tujuan sekolah hanya dua jenis yang akan dibincangkan, iaitu: preamplifier dan amplifier utama

Preamplifier

alat pertama yang selalu disambung di antara input audio seperti mikrofon atau ‘tape-head' atau ‘pick-up' dengan amplifier utama.

Preamplifier digunakan untuk memperbaiki. membetulkan, menambah atau mengurangkan kesan-kesan input yang tertentu seperti :
  • Menyaringkan suara yang agak rendah.
  • Merendahkan sedikit suara yang terlalu nyaring.
  • Meninggikan suara yang agak rendah
  • Menaikkan frekuensi bunyi tertentu.
Ampltfier utama

menyelaraskan keseluruhan kesan bunyi yang bakal disalurkan kepada pembesar suara. Ia merupakan komponen yang sangat diperlukan sementara unit preamplifier adalah opsyenal. Kekuatan atau kebolehan unit ampljfier bergantung kepada kadar input dan output unit ini.

Input bererti ruang masukan yang boleh disambung dengan amplifier tersebut. Amplifier yang kecil mungkin mempunyai dua input saja; satu untuk mikrofon dan satu lagi untuk pita. Dan segi kekuatan, amplifier jenis ini kurang bertenaga kerana ruang inputnya adalah terhad.

Output bererti kekuatan padu ampljfler yang dapat mengeluarkan daya bunyi dengan kekuatan tertentu. Biasanya Output disukat dalam beberapa unit seperti PMPO atau Peak Output atau RMS (Root Mean square). Kalau nombor unit outputnya besar, maka amplifier itu berkuasa tinggi dan boleh digunakan dengan pembesar suara yang besar.

Mikrofon

Fungsi utama mikrofon ialah untuk menukar tenaga bunyi menjadi tenaga elektrik.

Pita Kaset

(a) Pita terbuka (open-reel)
Boleh didapati dalam rel atau gelendong garis pusat 13 cm, 18 cm dan 26.5 cm, sama ada dengan pita magnetik berjenis biasa, long play atau double play.
  • SP
  • LP
  • DP
  • 13 cm
  • 15 mm
  • 23 mm
  • 30 mm
  • 18 cm
  • 30 mm
  • 45 mm
  • 60 mm
  • 26.5 cm
  • 60 mm
  • 90 mm
  • 120 mm
(b) Pita kaset
Pada dasamya, pita kaset adalah satu unit sistem rel terbuka yang ditempatkan secara kekal dalam satu kaset plastik. Pita magnetik selebar 3.74 mm dilekatkan pada relnya.

Pita kaset dikenali berdasarkan jumlah masa rakamannya :
  • C15 7.5x2=l5min
  • C30 15x2=30min
  • C60 30x2=60min
  • C90 45x2=90min
  • C120 60x2=l20min
Saiz pita kaset adalah standard. Hasil rakaman tidak begitu baik berbanding dengan jenis rel terbuka, tetapi dengan kemajuan dalam bidang elektronik, mutu rakaman pita kaset boleh setanding dengan jenis rel terbuka. Pergerakan pita dalam pita kaset ditetapkan pada kelajuan 4.8 cm/s.

Kebaikan dan Kelemahan Pita Audio :
  • Rakaman audio mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja.
  • Pita boleh digunakan berulang kali, iaitu rakaman boleh dipadam dan rakanian baru dilakukan sernula.
  • Pita kaset mudah dikendalikan sama ada untuk disimpan ataupun dibawa.
  • Pita yang rosak atau putus boleh diperbaiki dengan mudah.
  • Kualiti suara rakaman pada pita akan menjadi kurang kalau digunakan terlalu kerap ataupun disimpan terlalu lama.
  • Mencari atau mendapatkan bunyi/suara/kesan tertentu pada pita kaset adalah sukar dan lambat.
  • Mutu rakaman yang dibuat sendiri kurang memuaskan kecuali peralatan khas digunakan.
[Kini peta audio tidak begitu popular - ia telah digantikan rakam audio digital, mudah dikendalikan dan diedit dan ditambah dengan kesan-kesan lain]

Menyediakan Skrip Audio

Dua jenis skrip perlu disediakan;

• Skrip dialog/komentar:

Skrip yang mengandungi dialog atau komentar yang bakal dibaca.

• Skrip penerbitan:

Mengandungi dialog/komentari dan rahan2 tambahan penerbitan seperti jumlah masa rakaman, jenis muzik latar, kesan2 bunyi tambahan, 'cue' untuk masuk muzik dan kesan2 bunyik dll.

Langkah-langkah Menyediakan Skrip :
  • Mulakan dengan satu idea
  • Pecahkan idea kepada beberapa bahagian kecil.
  • Buat satu pelan kisah berdasarkan bahagian2 kecil tadi - rancang secara kasar dialog/komentar di atas kepiingan kertas kecil yang berasingan.
  • Susun kertas2 itu mengikut perkembangannya
  • Tulis semula skrip dengan sempurna; gubah skrip penerbitan

Sumber : http://ipkt.org:8080/modul/EDU3105/tek-pdk/pita-audio.htm

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 ...~:\ NoTa PISMP KS /:~...