+ KaJiaN SoSiaL +

TP : Model Rekabentuk Pengajaran

| Thursday, July 5, 2012
Terdapat banyak model reka bentuk pengajaran. Andrews dan Goodson (1980) telah mengkaji dan menganalisis 40 model reka bentuk pengajaran dan kebanyakan model-model RP yang digunakan sekarang mempunyai elemen yang sama.

Richey (1986) telah mengkaji pula kajian yang dibuat oleh Andrew dan Goodson dan telah memutuskan bahawa terdapat enam elemen asas dalam model reka bentuk pengajaran.

Enam elemen asas tersebut ialah :
  • Menentukan keperluan pelajar.
  • Menentukan matlamat dan objektif.
  • Membina prosedur penilaian.
  • Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian.
  • Mencuba sistem pengajaran.
  • Menilai keseluruhan sistem.
Model-model RP yang paling banyak digunakan dan yang mempunyai hampir kesemua elemen RP yang tersebut di atas adalah :
  • Model Briggs (1977),
  • Model Gagne', Briggs dan Wager (1988, 1992),
  • Model ASSURE (1982, 1985, 1989, 1993, 1996),
  • Model Romizowski (1981, 1984, 1988),
  • Model Dick dan Carey (1978, 1985, 1990) dan
  • Model Dick dan Reiser (1989 ).

Gustafson (1981) juga telah membuat tinjauan tentang model-model reka bentuk pengajaran dan beliau dapati pada keseluruhannya tiap-tiap model itu hampir?sama.

Cuma yang berbeza ialah dari segi istilah yang digunakan, untuk siapa, bila dan cara model itu direka bentuk dan digunakan (Briggs, Gustafson dan Tillman, 1991).

Gustafson (1991) telah membahagikan model-model ini kepada tiga tumpuan iaitu model yang berorientasi bilik darjah, model yang berorientasikan produk dan model yang berorientasikan sistem .

Model RP yang berorientasikan bilik darjah tidak menggalakkan guru membina bahan. Guru hanya memilih media yang sesuai dengan objektif pengajarannya bukan membina media seperti dalam model yang berorientasikan sistem. Model-model ini tidak berhajat menjadikan guru sebagai pembina bahan kerana tugas guru lebih banyak ditumpukan kepada pengajaran. Guru hanya merancang pelajaran untuk satu atau dua waktu dan menyediakan reka bentuk pengajaran sebelum masuk ke bilik darjah.

Contoh-contoh model RP beroreintasikan bilik darjah adalah model Gerlach dan Ely (1980), model ASSURE (1996), model Kemp (1985) dan model Dick dan Reiser (1989).

Berikut adalah dua contoh model berkenaan :

1. Dalam model ASSURE (Heinich, Molenda, dan Russell, 1993) terdapat enam langkah :

(a) A - Analyse learners (Analisis pelajar),
(b) S - State objectives (Nyatakan objektif),
(c) S - Select media and materials (Pilih media dan bahan),
(d) U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan),
(e) R - Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran),
(f) E - Evaluation/reviem (Penilaian/Semak semula bahan).

2. Dalam model Dick dan Reiser (1989) terdapat Lapan langkah :

(a) Tentukan matlamat,
(b) Analisis ciri pelajar,
(c) Tulis objektif,
(d) Pilih/semak buku teks,
(e) Bina ujian,
(f) Bina aktiviti pengajaran,
(g) Pilih media pengajaran,
(h) Laksana pengajaran.

Model yang berorientasikan produk dan sistem melibatkan pembinaan bahan untuk jangka panjang oleh satu pasukan reka bentuk pengajaran untuk sesuatu kursus yang besar seperti kursus yang ditawarkan oleh pendidikan jarak jauh.

Contoh model yang berorientasikan produk adalah model Van Patten (1989), model Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990) dan model Bergman dan Moore (1990).

Contoh model yang berorientasikan sistem adalah model IDI (1973), model IPISD (1975), model Dick dan Carey (1979), model Diamond (1989) dan model Seels dan Glasgow (1990).

Berikut adalah contoh bagi produk dan satu contoh bagi sistem.

1) Dalam model jenis produk Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990) terdapat tujuh langkah :

a. Analisis masalah,
b. Analisis domain,
c. Analisis dan susun tugasan,
d. Analisis dan susun isi sokongan pelajaran,
e. Tentukan peristiwa dan aktiviti pengajaran,
f. Lakukan reka bentuk mesej interaktif,
g. Nilai pengajaran.

2) Dalam model jenis sistem Dick dan Carey (1979) terdapat sembilan langkah :

a. Kenal pasti matlamat pengajaran,
b. Buat analisis pengajaran,
c. Kenal pasti ciri dan perlakuan peringkat masuk pelajar,
d. Tulis objektif prestasi,
e. Bina item ujian rujukan kriteria,
f. Bina strategi pengajaran,
g. Bina dan pilih bahan pengajaran,
h. Reka bentuk dan jalankan penilaian formatif,
i. Semak semula pengajaran.

Sumber : http://ipkt.org:8080/modul/EDU3105/hypermart.net/LAMan%20Pandu%20Utama/tp/model_rekabentuk_pengajaran.htm

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 ...~:\ NoTa PISMP KS /:~...