+ KaJiaN SoSiaL +

TP : Modul Grafik - Penghasilan Bahan Grafik

| Friday, July 6, 2012
Pengenalan

Penggunaan jenis warna yang dinamik boleh memainkan peranan penting dalam penghasilan bahan grafik. Rekabentuk yang menarik sahaja tidak cukup untuk menarik perhatian pengguna jika tidak disertakan dengan warna yang sesuai. Pemilihan kombinasi warna tertentu perlu diberikan keutamaan dalam penghasilan bahan grafik. Kombinasi yang bukan daripada famili warna sesuai mungkin akan merosakkan hasilan grafik tersebut. Begitu juga kombinasi latar belakang dengan objek atau huruf tertentu dapat menambahkan tarikan terhadap hasilan grafik. Oleh yang demikian teori warna mengenai roda warna, aspek-aspek warna, skema warna dan sebagainya perlu dikuasai dengan baik oleh pereka grafik.

Reka letak sesuatu objek dan tulisan juga amat penting dalam penghasilan bahan grafik. Kedudukan objek atau tulisan yang bercelaru atau tidak mengikut aturan akan menghasilkan rekaan grafik yang tidak menarik. Oleh yang demikian adalah perlu bagi seseorang pereka grafik mempelajari prinsip-prinsip asas reka letak, bagi membentuk hasilan grafik yang menarik. Terdapat enam prinsip asas reka letak, tiap satu memainkan peranan penting untuk menjadikan hasilan grafik kelihatan menarik.

Objektif

1. Mengaplikasi penggunaan warna sesuai dalam menghasilkan bahan grafik
2. Mengaplikasi konsep reka letak dalam menghasilkan bahan grafik

Teori Warna dan Reka Letak


Objektif

1. Mengenal roda warna dengan lebih jelas
2. Membezakan aspek-aspek warna mengikut emosi tertentu
3. Mengenal skema-skema warna asas
4. Memilih warna sesuai dalam menghasilkan hasilan grafik.

Roda warna adalah pembahagian warna-warna mengikut famili tertentu. Terdapat dua belas bahagian di dalam roda warna. Setiap bahagian terdapat pula lapan tone mengikut itensiti. Oleh itu kesemuanya terdapat 96 tone warna yang berbeza di mana setiap satu diberikan nombor dari 1 hingga 96. Terdapat empat lagi warna iaitu putih tulin, hitam, coklat dan kelabu.


Warna boleh dijiwai iaitu dapat menunjukkan emosi tertentu. Contoh warna yang dijiwai ialah :

Warna Panas

Warna merah atau oren pada saturation yang optimum. Menunjukkan kuat dan agresif. Boleh dilihat dengan mudah serta cepat menarik perhatian. Ianya boleh bermaksud cinta atau perang.

Warna Sejuk

Warna biru pada saturation yang optimum. Ianya disamakan dengan ais atau salji. Menunjukkan ketenangan diri. Boleh membawa maksud boleh dipercayai.

Warna Dingin

Warna biru dicampur dengan warna kuning. Ini menghasilkan warna hijau, biru-hijau atau kuning-hijau. Menunjukkan kesegaran dan/atau ketenangan.

Selain daripada itu terdapat juga beberapa warna jiwa yang lain seperti :

Warna Hangat : Warna merah dengan tambahan warna kuning. Disesuaikan dengan warna makanan. Menunjukkan ketenangan dan peramah.

Warna Pucat : Terdapat banyak warna putih. Warnanya kelihatan pucat dan hampir transparent. Menggambarkan udara dan angin. Menyebabkan objek/ruang kelihatan lebih besar. Boleh menyebabkan kita merasa mengantuk. Boleh juga mengwujudkan suasana rehat dan bersantai.

Warna Gelap : Terdapat banyak bahagian yang mengandungi warna hitam. Boleh juga terdiri daripada warna merah gelap, coklat gelap atau hijau gelap. Sesuai untuk orang tua.

Warna Terang : Warna yang tiada warna hitam. Boleh juga terdiri daripada warna biru, merah, kuning dan oren yang terang dan pada tahap saturation yang optimum. Senang menarik perhatian. Menggambarkan kegembiraan dan kesenangan. Ianya selalu digunakan oleh kanak-kanak dan remaja. Sesuai untuk fesyen, pengiklanan dan pembungkusan hadiah.

Skema Asas Warna

Warna-warna mempunyai skema tertentu, seperti Skema Primer, Skema Sekunder dan Skema Tertiar.

Skema Primer terdiri daripada tiga warna utama, iaitu merah, biru dan kuning.

Skema Sekunder pula adalah terdiri daripada warna violet, oren dan hijau.

Violet - adalah campuran warna primer merah dan biru
Oren - adalah campuran warna primer merah dan kuning
Hijau - adalah campuran warna primer biru dan kuning

Warna tertiar terdiri daripada enam warna iaitu Merah-Violet, Merah-Oren, Biru-Violet, Kuning-Oren, Biru-Hijau dan Kuning-Hijau. Kesemuanya adalah hasil daripada kombinasi warna-warna sekunder.

Terdapat juga skema warna lain seperti :
  • Skema complementary : Yang terdiri daripada warna yang bertentangan dalam roda warna.
  • Skema complementary terpisah : Yang terdiri daripada satu warna (hue) dan dua warna di kiri dan kanan warna complementarynya dalam roda warna.
  • Skema bertembung : Yang terdiri daripada satu warna (hue) dan mana-mana satu warna di kiri atau kanan warna complementarynya dalam roda warna.
  • Skema analog : Yang terdiri daripada tiga warna yang berturutan (consecutive) dalam roda warna.
  • Skema monokromatik : Yang terdiri daripada satu warna (hue) dengan warna yang lebih cerah atau lebih gelap dalam famili yang sama.
  • Skema akromatik : Yang terdiri daripada hanya warna hitam, putih atau kelabu.
  • Skema neutral : Yang terdiri daripada satu warna yang semakin berkurangan warnanya atau yang telah dinutralkan dengan tambahan warna hitam dan warna complementarynya.
Reka Letak

Objektif

1. Mengaplikasikan asas reka letak yang betul di dalam penghasilan bahan grafik.
2. Menyedari kepentingan reka letak yang betul dalam penghasilan bahan grafik.

Elemen reka letak terdiri daripada enam prinsip asas iaitu :

C - Contrast
A - Alignment
S - Simplicity
P - Proximity
E - Emphasis
R - Repetition

Sebelum anda menentukan reka letak anda perlu menjawab soalan-soalan berikut :
  • Apakah kegunaan bahan grafik anda ?
  • Siapakah yang akan menggunakan bahan grafik tersebut ?
  • Apakah jenis maklumat yang hendak dimuatkan ?
  • Adakah imej tertentu yang hendak ditonjolkan ?
  • Adakah perlu sepadan dengan stail korporat atau sesuatu program ?
  • Apakah format keseluruhan bahan grafik tersebut ?
  • Apakah jenis gambar atau visual yang akan digunakan ?
Contrast
  • Contrast Imej
  • Contrast Warna
  • Contrast Tipografi (font)
Kunci atau prinsip contrast menyatakan bahawa jika dua item tidak serupa, maka harus jadikan mereka berbeza iaitu sangat berbeza. Idea utama di sebalik contrast ialah untuk mengelak unsur di dalam suatu muka surat kelihatan hampir sama.

Contrast adalah salah satu daripada cara yang paling berkesan untuk menambahkan tarikan terhadap sesuatu reka bentuk.

Contrast juga boleh dibuat dalam berbagai cara. Sebagai contoh, kita boleh jadikan contrast di antara font jenis besar dan kecil, font berlainan, garis halus dengan garis kasar, warna sejuk dengan warna hangat, tekstur licin dengan tekstur kasar, unsur mendatar dengan unsur menegak, garis berjauhan dengan garis berdekatan satu sama lain dan, grafik kecil dengan grafik besar.

Alignment
  • Alignment teks
  • Alignment imej
  • Alignment kedua-dua, teks dan imej.
Prinsip alignment menyatakan bahawa tiada sesuatu item perlu diletakkan di atas sesuatu muka surat secara sendiri. Setiap item harus mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain di setiap muka surat.

Pereka grafik selalunya ingin meletakkan teks dan grafik di mana ada tempat kosong di atas muka surat tanpa memikirkan item lain. Contohnya seperti dapur yang berselerak dengan cawan di sini, piring di sana, napkin di atas meja dan kain pencuci di atas lantai.

Simplicity
Sesuatu bahan grafik perlu nampak mudah (simple).

Proximity

  • Jarak antara teks
  • Jarak antara grafik
  • Jarak antara teks dan grafik
Prinsip proximity menyatakan bahawa kumpulkan (group) item yang berkaitan bersama, gerakkan mereka secara fizikal supaya dekat satu sama lain, supaya item yang berkaitan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah. Oleh yang demikian mereka akan menjadi satu unit visual daripada beberapa unit terpisah.

Emphasis
Reka grafik harus fokus kepada item utama sahaja.

Repetition
  • Ketekalan warna
  • Font yang piawai
  • Imej dan bentuk yang berkaitan.
Prinsip repetition menyatakan bahawa harus tekalkan sesuatu aspek rekabentuk pada tempat tertentu. Unsur yang ditekalkan mungkin berupa font yang boldkan, garis kasar, bulet yang serupa, warna, unsur rekabentuk, format tertentu, hubungan ruang dan sebagainya.

Walau bagaimanapun harus elakkan terlalu banyak repetition kerana boleh menyebabkan grafik tidak menarik dan tidak dapat menyampaikan mesej asal. Perlu juga ambil kira tentang contrast.

Sumber : http://ipkt.org:8080/modul/EDU3105/sumber/photoshop/aplikasiWarna1/PenghasilanBahanGrafik.htm

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 ...~:\ NoTa PISMP KS /:~...