+ KaJiaN SoSiaL +

TP : Media - Kamera (Bukan Digital)

| Thursday, July 5, 2012
Sebarang kotak kedap cahaya (light proof), mempunyai satu tingkap berkanta. Kemajuan sains & teknologi - telah meningkatkan keupayaan kamera.

Komponen Asas :
  • Kanta (B) - untuk membentuk imej di atas filem
  • Iris atau Diafram (C) - untuk mengawal jumlah cahaya yang sesuai sahaja boleh masuk ke dalam kamera
  • Pengatup/Shutter (D) - tingkap khas untukmendedahkan filem kepada cahaya mengikut jangka masa yang tertentu.
  • Pemegang filem atau Alur Filem - tempat untuk meletak kepingan atau gulungan filem peka cahaya
  • Pemidang Tilik / View Finder (E) - untuk menentukan atau melihat keadaan pemandangan yang bakal dirakamkan ke atas filem.
A - kotak tak lut cahaya
F - Saloran sokong filem
G - Tombol maju filem dan
Tombol mandir filem

Jenis-jenis Kamera :

Kamera boleh dijeniskan mengikut saiz filem yang digunakan :
  • Kamera kotak / fokus tetap
  • Kamera fomrat kecil
  • Kamera format sederhana
  • Kamera format besar
  • Kamera segera

Saiz filem - 35mm: 60 mm

Kelajuan Pengatup

Jangka masa yang diambil untuk tingkap pengatup terbuka dan tertutup semula. Jangka masa itu disukat dalam masa persaat.
  • Kelajuan biasa; 1s, 1/2s 1/4s, 1/8s, 1/15s, 1/30s, ……1/500s, … 1/4000s.
  • Subjek pegun …………………… 1/60
  • Subjek berjalan perlahan ……….. 1/125
  • Subjek berjalan laju …………….. 1/250
  • Subjek berlari ………………… 1/250
  • Kenderaan bergerak laju ……….. 1/500 ….. 1/2000
Iris Diafram

Lubang bukaan dalam kanta, untuk mengawal kadar cahaya masuk. Saiz iris boleh dibesarkan atau dikecilkan. Saiz iris atau apertur diukur dengan unit f. No2 f yang biasa pada kamera:

F1.4, f1.8, f2, f3.5, f4, f5.6, f8, f11, f16, f22
  • Cahaya terik (matahari) ……….. f11 atau f16
  • Cahaya redup (berawan) ……… f5.6 atau f8
  • Cahaya malap ………………… f1.8 atau f2
Fokus

Proses untuk mengubah jarak kanta dari permukaan filem supaya satu imej subjek yang jelas akan terbentuk di atas permukaan filem.

3 jenis kaedah fokus;
  • Kaedah Rangefinder :- alat penentuan jarak terbina dalam pemidang tilik. Ia digabung dengan pergerakan pelaras fokus kanta.
  • Kaedah mikroprisma :- pemidang dipenuhi oleh mikroprisma2.
  • Fokus automatik :- proses fokus subjek secara automatik, iaini bila butang pengatup ditekan separuh, satu isyarat infra merah atau bunyi frekuensi tinggi akan dipancarkan daripada kamera kepada subjek.
Bidang Fokus :

Kawasan yang kelihatan jelas apabila kanta difokuskan. Kawasan tersebut 1/3 bahagian hadapan subjek dan 2/3 bahagian belakang subjek.

Filem

Kepekaan filem dikelaskan berdasarkan kepada kepekaannya kepada cahaya.
  • Filem Lambat : - kurang peka cahaya, ISO 25 - 64. Sesuai untuk pembesaran gambarfoto, kerana butiran bahan kimianya amat halus dan sekata.
  • Filem Sederhana : - lebih peka cahaya; sesuai pada cahaya siang hari dan kebanyakan subjek biasa; ISO 80 - 200.
  • Filem Cepat : - sangat peka cahaya; sesuai untuk gambarfoto sukan dengan pergerakan pantas/laju/waktu malam/lampu imbas; IsO 400 ke atas.
Dedahan Dan Teknik Menggambarfoto :

Kadar dedahan cahaya yang tepat amat perlu dalam fotografi untuk :
  • Membentuk gambarfoto yang baik
  • Menghasilkan warna-warna yang asli
  • Memberi nafas kepada gambarfoto
Dedahan bererti hubungan yang betul di antara pemilihan apertur, kelajuan pengatup dan kepekaan filem.

Kaedah-kaedah :

1) Meter Cahaya : untuk meyukat dakar cahaya yang ada.
  • Kaedah Cahaya Tuju : meter berhampiran dengan subjek dan dihalakan kepada kamera.
  • Kaedah Cahaya Pantulan : meter berhampiran dengan kamera dan dihala kepada subjek.

2) Meter Dedahan Bina Dalam Kamera : jenis automatik mempunyai satu meter cahaya yang dibina dalam kamera. Antaranya bentuk samakan jarum (match-needle) dan bentuk LED (light Emiting Diodes)

3) Panduan 'Sunny 16' : digunakan untuk kamera bukan automatik.

Teknik Menggambarfoto:
  • Ringkas : tumpukan perhatian kepada satu elemen utama dalam sesuatu situasi.
  • Adakan perbandinan saiz :
  • Gunakan satu bentukformat persembahan sahaja
  • Latar belakang : yang ringkas untuk memfokuskan perhatian penonton kepada subjek.
  • Komposisi : gunakan kaedah informal agar gambarfoto kelihatan lebih dinamik.
  • Gunakan kawasan atau bahagian2 berhamppiran dengan subjek sebagai rangka untuk membentuk kesan 3D.
  • Sudut : pelbagaikan sudut kedudukan kamera untuk menggambar subjek
  • Kontras : terdapat perbezaan kontras yang nyata antara subjek dengan latar belakang.
  • Gunakan kebijaksanaan dan kreativiti anda dalam memilih subjek, sudut, jarak dsbnya.




Sumber : http://ipkt.org:8080/modul/EDU3105/tek-pdk/kamera.htm

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 ...~:\ NoTa PISMP KS /:~...