+ KaJiaN SoSiaL +

PDK : Teori Asal-Usul Negara

| Tuesday, December 13, 2011
Terdapat beberapa teori mengenai asal usul negara iaitu:

Teori Kudus atau Teori Ketuhanan

• Negara dicipta oleh Tuhan untuk memudahkan manusia hidup berkelompok.
• Tuhan mencucuri rahmat ke atas manusia dengan mengilhamkan negara kerana negara sahaja yang dapat mengelakkan manusia daripada dimusnahkan oleh kehidupan mereka.
• Tuhan telah melantik raja sebagai wakilnya untuk memimpin negara.
• Rakyat diwajibkan tunduk kepada kehendak raja.
• Rakyat tidak boleh menentang raja.
• Contoh pemerintahan - Shah Iran, waris Raja Iskandar Zulkarnain, Raja Jepun, Putera Dewi Matahari Amaterasu.
• Teori ini dianggap ketinggalan zaman.

Teori Patriakal

• Menurut Aristotle, negara wujud akibat perkembangan kumpulan manusia yang mempunyai pertalian darah.
• Keluarga dianggap sebagai unit asas sesebuah masyarakat manakala puak pula sebagai gabungan beberapa puak keluarga.
• Gabungan ini mewujudkan institusi kampung dan dimajukan menjadi negara.
• Kewibawaan keluarga bergantung kepada ketaatan kepada kaum lelaki.
• Kaum lelaki menjadi pakar rujuk dan keputusan dianggap sah dan mengikat semua anggota masyarakat.
• Teori ini bersifat spekulatif tanpa mempunyai bukti yang nyata.

Teori Matriakal

• Dalam masyarakat primitif ketua keluarga ialah ibu dan bukan bapa.
• Corak perkahwinan dalam masyarakat tradisional mengiktiraf wanita sebagai barangan pertukaran yang penting.
• Pertalian sesuatu keluarga dikesan melalui anggota keluarga wanita.
• Teori ini dikritik kerana tidak mengikut perkembangan tamadun manusia.

Teori Kontrak Sosial

• Negara wujud kerana manusia sedar bahawa mereka perlu hidup bermasyarakat.
• Atas kesedaran ini, manusia telah bersetuju mengadakan satu perjanjian untuk mewujudkan negara yang dapat menjamin kehidupan sejahtera manusia.
• Golongan yang menyokong teori ini menegaskan bahawa institusi yang baik dan berkesan untuk menjaga kepentingan semua rakyat ialah negara.

Teori Paksaan

• Negara muncul kerana memenuhi kehendak kestabilan dan ketertiban.
• Negara diwujudkan oleh golongan yang kuat untuk menjaga kepentingan peribadi mereka.
• Manusia mempunyai sifat untuk menguasai pihak yang lemah.
• Hanya orang yang kuat sahaja dapat menjamin kesejahteraan.

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI,
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

PDK : Sistem Kerajaan di Malaysia

|

Malaysia merupakan sebuah Negara yang mengamalkan sistem kerajaan demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

Perkataan ini berasal dari Yunani δημοκρατíα dari δημος bermaksud "rakyat", ditambah pula dengan κρατειν bermaksud "memerintah", dengan kata hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat” Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrim boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat).

Perlembagaan Negara Malaysia telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan,Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.

Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

Struktur Parlimen Malaysia

Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:

1. Yang Di-Pertuan Agong
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat

Yang di-Pertuan Agong

Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.

Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya.Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu.

Walau bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum. Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen,Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan,dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.

Dewan Negara

Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli. Dewan Negeri terbahagi kepada dua kategori iaitu 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli) dan 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putra Jaya.

Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:-
• warganegara Malaysia
• tidak kurang dari 30 tahun
• waras fikiran
• bukan seorang muflis
• tidak mempunyai rekod jenayah

Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri.

Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.

Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahan Perlembagaan.

Dewan Rakyat

Dewan Rakyat mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.

Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:-
• warga negara Malaysia
• tidak kurang dari 21 tahun
• waras fikiran
• bukan seorang muflis
• tidak mempunyai rekod jenayah

Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa. Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI,
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

PDK : Perbandingan Sistem Pemerintahan Indonesia & Malaysia

|

Perbandingan yang dapat dilihat antara sistem kerajaan tempatan di Malaysia dan Indonesia ialah kerajaan tempatan di Malaysia adalah di peringkat terendah dalam sistem pemerintahan kerajaan dimana bidang kuasa kerajaan tempatan adalah menjalankan undang-undang kecil dan mengenakan cukai pintu yang terhad. Kerajaan tempatan ini boleh menguatkuasakan undang- undang kecil kepada penduduk yang tinggal di kawasan pentadbiran mereka. Pegawai yang tertinggi di kerajaan tempatan ialah Datuk Bandar manakala di kawasan perbandaran pula diketuai oleh Yang Dipertua Majlis dan Majlis-majlis daerah seterusnya peringkat kampung diketuai oleh ketua kampung. Kesemua ketua organisasi-organisasi ini bertanggungjawab terhadap bidang kuasa yang ditetapkan oleh kerajaan untuk membantu pihak kerajaan disamping memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di sesuatu kawasan.

Indonesia pula mengamalkan sistem daerah oleh kerana terdapat beribu- ribu pulau dan daerah disamping mempunyai bilangan penduduk yang ramai telah menyebabkan pemerintah Indonesia mewujudkan pemerintahan daerah. Hubungan pemerintah Pusat dan Daerah dapat dibahagikan kepada dua fungsi iaitu Daerah yang bertanggungjawab mengatur dan mengurus perjalanan pentadbirannya sendiri sebagai asas perlaksanaan dari asas desentralisasi. Secara umumnya fungsi pemerintahan (daerah) di Indonesia dapat digolongkan kepada 4 kelompok iaitu: penyediaan pelayanan, pengaturan, pentadbiran dan perwakilan. Fungsi penyediaan pelayanan-pelayanan berorientasi dalam lingkungan dan kemasyarakatan. Tanggungjawab tersebut mencakupi antara lain iaitu jalan-jalan daerah, lampu jalan, pembuangan sampah, saluran longkang, pencegahan banjir, pemeliharan taman dan rekreasi dan kesihatan. Paling umum bagi pemerintah daerah adalah kekuasaannyauntuk mengatur kegiatan-kegiatan khusus seperti penggunaan tanah, kelulusan bangunan dan permit hiburan. Fungsi pembangunan melibatkan secara langsung pemerintah daerah dalam bentuk kegiatan-kegiatan ekonomi seperti industri, pertanian, perhutanan dan perdagangan. Lembaga kemasyarakatan dibentuk oleh masyarakat dan merupakan perkongsian dengan pihak pemerintah desa dalam usaha meningkatkan keupayaan masyarakat. Ia ditetapkan melalui Peraturan desa dan peranannya sebagai penampungan dan penyaluran aspirasi masyarakat dalam bidang pembangunan. Ia mempunyai hubungan kerja dengan pemerintah desa yang bersifat, perundingan, perkongsian dan penyelaras.

Di sebahagian Negara Asia Tenggara pemerintah daerah ditujukan untuk memainkan satu peranan pembangunan dengan penekanan utama dalam bidang pertanian. Sistem pemerintahan di daerah yang mula-mula dipakai ialah sistem sentralisasi yang keras, kerana sistem sentralisasi yang keras itu ternyata kurang memadai untuk membina pemerintahan di Indonesia yang terdiri daripada ribuan pulau di mana masing-masing antara lain mempunyai keadaan dan sifat yang berbeza-beza. Maka sebahagian daripada tanggungjawab pemerintahan pusat itu disentralisasikan atau diserah kepada pihak lain untuk ditadbir. Desentralisasi mempunyai pelbagai bentuk antaranya Desentralisasi territorial, Desentralisasi functioneel (menurut jabatan, kepentingan dan sebagainya) dan Desentralisasi Adminidtratif atau dekonsentrasi.

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI,
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

PDK : Konsep Kedaulatan

|

KONSEP KEDAULATAN

Beberapa pandangan ahli sosiologi mengenai konsep kedaulatan:

Jean Bodin
Kedaulatan adalah kuasa mutlak dan tertinggi yang terdapat pada rakyat. Kedaulatan sebagai satu kuasa yang tertinggi dan mengatasi undang-undang.

John Austin
Kedaulatan sebagai alat untuk menghuraikan perundangan. Perundangan hanya dapat dikendalikan sebagai satu yang positif dan diterima sebagai suatu kuasa besar.

John Locke
Kedaulatan adalah hak semula jadi rakyat dalam negara yang mengamalkan demokrasi. Rakyat merupakan golongan yang berdaulat dalam memilih pemimpin mereka dan memperjuangkan hak asasi mereka.

Grotius
Maruah sesebuah negara merupakan kedaulatan negara. Kedaulatan negara perlu dihormati oleh negara lain bagi mengelakkan penaklukan. Kedaulatan negara tidak akan pupus selagi wujud negara dan rakyat menerima pemerintahan.

CIRI-CIRI & JENIS KEDAULATAN

Kedaulatan berasal daripada perkataan Latin superanus yang membawa maksud keagungan atau keunggulan.

Ciri-ciri Kedaulatan
• Sifat kekal
• Tidak boleh dipisahkan
• Kuasa tertinggi
• Tidak terbatas
• Kemutlakan

Kedaulatan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:
• Kedaulatan politik
• Kedaulatan rakyat
• Kedaulatan undang-undang
• Kedaulatan negara

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI,
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

PDK : Kepentingan Kerajaan Sebagai Pemerintah

|
KEPENTINGAN KERAJAAN SEBAGAI PEMERINTAH

Secara umumnya kerajaan berfungsi sebagai pengatur kehidupan dalam sesebuah negara untuk mencapai tujuan berikut:

1. Ketertiban dan keamanan negara
2. Kebajikan rakyat
3. Mengeratkan perpaduan dan keharmonian
4. Pertahanan dan keamanan
5. Perhubungan antarabangsa

1. Ketertiban dan Keamanan Negara

Dalam usaha untuk mencapai keamanan masyarakat dan negara, anggota masyarakat memerlukan Kerajaan atau lebih tepat lagi pemerintahan. Tugas pemerintah ialah menjaga supaya anggota masyarakat mendapat perlindungan daripada yang bengis dan nakal dalam kalangan mereka. Undang-undang dan peraturan-peraturan adalah digubal, dan dikuatkuasakan oleh pemerintah demi menjayakan matlamat ini.

Sesebuah kerajaan perlu melaksanakan ketertiban (law and order) untuk mencapai tujuan dan matlamat bersama. Ketertiban atau juga boleh ditakrifkan sebagai disiplin perlu dititikberatkan oleh sesebuah kerajaan bagi mencegah berlakunya kepincangan dalam masyarakat. Dalam melaksanakan ketertiban ini, kerajaan akan bertindak sebagai stabilizer atau pihak yang akan menjadi orang tengah sekiranya berlaku perselisihan dalam kalangan masyarakat.

Penggubalan dan pelaksanaan undang-undang membantu kerajaan mewujudkan ketertiban dan keamanan dalam negara. Undang-undang dalam politik dan perundangan, merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini adalah peraturan sesebuah negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah/polis. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain.

Kerajaan Malaysia sebagai contoh, mempunyai badan tertentu yang berperanan dalam membentuk undang-undang (Badan Legislatif) dan menguatkuasakan undang-undang (Badan Eksekutif). Perlembagaan Malaysia atau Perlembagaan Persekutuan, ialah undang-undang tertinggi seluruh negara yang menyediakan rangka perundangan untuk undang-undang, perundangan, mahkamah, dan aspek-aspek lain pentadbiran undang-undang. Perlembagaan juga mentakkrifkan kerajaan, raja, dan kuasa-kuasanya, serta hak-hak rakyat.

2. Kebajikan Rakyat

Dalam konteks rakyat, Kerajaan bukan selalunya bermakna wakil yang dilantik oleh mereka, tetapi lebih kerap ialah pegawai dengan siapa mereka mengadakan perhubungan setiap masa. Di sinilah peranan Kerajaan sebagai pemelihara kebahagiaan dan kebajikan rakyat menjadi penting.

Kerajaan perlu mengusahakan kesejahteraan dan kemakmuran rakyatnya. Pada masa sekarang, fungsi itu dianggap sangat penting, terutama bagi negara-negara baru atau yang sedang berkembang.

Di dalam sesebuah negara, taraf ekonomi dan taraf hidup rakyatnya terdiri dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Ada yang miskin dan ada yang kaya. Jurang sebegini rupa sememangnya wujud dalam mana-mana kerajaan. Jika kebajikan rakyat dinafikan haknya, maka akan berlaku kepincangan dan ketidakstabilan sosial dalam negara. Oleh sebab yang demikian, kerajaan sebagai badan pemerintah yang bertanggungjawab perlulah mengambil kira hal ehwal kebajikan setiap rakyatnya tanpa mengira kaum atau kepentingan yang tertentu tertentu. Pembangunan ekonomi dan sosial harus dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.

Kerajaan Malaysia sebagai contoh, amat menitikberatkan aspek kebajikan rakyatnya. Sejak di awal kemerdekaan Malaysia, kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup rakyatnya melalui pelbagai dasar yang telah diperkenalkan. Dasar Ekonomi Baru diwujudkan sebagai salah satu strategi berfungsi untuk menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Jelas, keseimbangan kemewahan secara adil adalah perlu bagi menyelesaikan masalah sosial masyarakat seperti kemiskinan, pengangguran, kebuluran dan sebagainya.

3. Mengeratkan Perpaduan dan Keharmonian

Pembangunan sosial juga amat penting dalam pembangunan dan perpaduan negara. Dalam sesebuah negara, pembangunan sosial dan pembangunan ekonomi saling melengkapi. Kerajaan sebagai pemerintah perlu berusaha mengatur langkah dan strategi untuk membina perpaduan dan keharmonian. Kerajaan perlu membina hubungan yang erat dengan rakyat. Hubungan dua hala di antara pemerintah dengan yang diperintah mampu menyumbang kepada keharmonian negara.

Kerajaan memainkan peranan yang amat penting dalam mewujudkan perpaduan dan keharmonian. Tanpa perpaduan dan keharmonian, kestabilan sosial Negara akan tergugat dan boleh berpecah belah. Sekiranya perkara yang negatif ini berlaku, maka seluruh sistem kerajaan akan lumpuh dan terganggu. Kerajaan wujud hasil daripada kesepaduan dan kesepakatan anggota masyarakatnya. Apabila perpaduan menjadi lumpuh, kerajaan juga akan turut lumpuh.

Sekiranya kerajaan tidak mampu untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian antara rakyatnya yang terdiri dari pelbagai kaum dan ideologi, maka keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara akan terancam. Rusuhan kaum yang berlaku di Malaysia pada 13 mei 1969 jelas membuktikan bahawa tanpa perpaduan, negara akan menjadi huru-hara. Menyedari hakikat itu, kerajaan Malaysia terus menggubal Rukun Negara dan ideologi ini telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara mempunyai beberapa matlamat yang penting. Antaranya ialah untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Perpaduan rakyat sangat penting supaya rusuhan kaum seperti yang telah terjadi tidak berulang kembali. Rukun Negara juga bermatlamatkan memelihara cara hidup demokratik, serta mencipta sebuah masyarakat yang adil. Ia juga ingin menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai.

Untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian, kerajaan perlu bijak merancang dan membina matlamat untuk merealisasikan agenda ini. Kerajaan Malaysia sebagai contoh, sedang berusaha membudayakan Gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menterinya yang Keenam, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Menurut beliau, matlamat gagasan 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan negara dan akan kekal sebagai bekalan terbaik negara untuk masa hadapan. Kesungguhan kerajaan Malaysia melaksanakan gagasan ini membuktikan bahawa perpaduan amat penting untuk diwujudkan dan kerajaan bertanggungjawab untuk menjayakannya.

4. Pertahanan dan Keamanan

Sesebuah kerajaan bertanggungjawab untuk mengusahakan pertahanan untuk menjaga kemungkinan serangan dari luar. Negara harus dilengkapi dengan alat-alat pertahanan yang kuat dan canggih.

Sesebuah kerajaan juga perlu mempertahankan kelangsungan hidup warganegaranya dari setiap ancaman dan gangguan yang timbul dari dalam mahupun datang dari luar negara. Ancaman dan gangguan tersebut mungkin berupa serangan dari luar negeri mahupun golongan-golongan dari dalam negeri yang ingin memecah belah masyarakat dan perpaduan bangsa.

Bagi negara-negara yang berkongsi sempadan darat atau laut atau kedua-duanya dengan negara lain, kerajaan perlu sentiasa mengikuti perkembangan negara jirannya kerana ia juga memberi kesan kepada keselamatan dan pembangunannya. Sebarang gangguan kepada keselamatan dalam kawasan kejiranan, sama ada berbentuk konflik dalaman rantau atau luaran rantau, akan membawa kesan ke atas keselamatan negara.

Sebagai sebuah negara yang bebas dan berdaulat, Malaysia menyedari bahawa langkah yang paling wajar untuk memelihara kepentingan dan keselamatan negara adalah melalui usaha ke arah keupayaan berdikari yang merupakan teras dasar pertahanan negara. Kerajaan Malaysia telah membentuk Dasar Pertahanan Negara yang mencerminkan hasrat negara untuk mempertahankan kepentingan-kepentingan strategiknya dan memelihara keselamatan negara. Ia menekankan keperluan mengekalkan sekitaran kawasan kepentingan strategik negara yang stabil dan aman.

Hubungan dagangan negara yang kian berkembang, adanya pasaran baru untuk hasil-hasil keluarannya, pelaburan asing yang bertambah dan pengambilalihan negara terhadap syarikat-syarikat swasta yang memilik kepentingan-kepentingan di seluruh dunia, telah menjadikan kepentingan-kepentingan negara menjangkau luar dari kawasan terdekat dan serantau. Berdasarkan keadaan sedemikian, maka adalah menjadi kepentingan negara untuk memastikan keamanan dunia terpelihara.

Konsep pertahanan menyeluruh berkait dengan usaha yang total dan bersepadu yang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam mempertahankan negara. Pemeliharaan keutuhan dan kedaulatan sesebuah negara memerlukankomitmen seluruh rakyat, dan tidak hanya oleh pasukan keselamatan. Sungguhpun tugas mempertahankan negara merupakan tanggungjawab pasukan keselamatan, kewajipan untuk memastikan bahawa pasukan berkenaan mampu menghadapi cabaran adalah tanggungjawab nasional. Kemantapan sistem pertahanan dalam sesebuah kerajaan mampu mewujudkan keamanan negara.

5. Perhubungan Antarabangsa

Semua negara di dunia perlu saling bergantungan antara satu sama laindemi kepentingan aspek politik, ekonomi dan sosial masing-masing. Bagisesetengah kerajaan, pelaksanaan perhubungan antarabangsa dianggap penting sebagai salah satu strategi untuk mempertahankan kemerdekaan negara, menjamin keselamatan dan kedaulatan negara, memelihara hubungan baik dengan negara-negara lain dan mengukuhkan kedudukan ekonomi negara.

Dasar Luar Malaysia yang dibentuk membuktikan bahawa Kerajaan Malaysia sentiasa memberi sokongan dan kerjasama terhadap usaha-usaha untuk mewujudkan perhubungan antarabangsa. Dasar Luar Malaysia adalah berbaik-baik dengan semua negara di dunia. Matlamat pelaksanaan dasar ini oleh Kerajaan Malaysia pula adalah untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara, memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara, menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi, mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa, menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.

Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara lain. Bentuk yang pertama ialah hubungan bilateral iaitu hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu. Contohnya hubungan dengan negara-negara serantau seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Bentuk yang kedua pula ialah hubungan multilateral iaitu hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan. Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah ditubuhkan dan disertai oleh Malaysia antaranya ialah Persatuan Asia Tenggara (ASA), Gagasan Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO) dan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Malaysia juga mengambil bahagian yang aktif dalam pertubuhan antarabangsa seperti Komanwel, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan agensi-agensinya seperti Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Perhubungan luar juga diadakan dengan negara Asia yang lain, Amerika Latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju (Britain dan Amerika Syarikat).

Sesebuah kerajaan perlu mengambil langkah-langkah yang dinamis dalam strategi melaksanakan perhubungan antarabangsa dengan negara-negara lain untuk memastikan negara dapat terus bersaing dalam dunia yang sedang mengalami perubahan yang pesat dari segi politik, sosial dan ekonomi.

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI,
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

PDK : Pengenalan Sains Politik

|

PENGENALAN SAINS POLITIK

Apa itu Politik?

Politik merupakan satu cara untuk manusia mengkordinasi tindakan seseorang untuk kebaikan bersama (atau kebaikan individu). Apa yang membezakan politik dengan etika dan sosial ialah didalam politik terdapat banyak persoalan berdebat (debated questions). Kebanyakan ahli teori berpendapat untuk menjadi politik, sesuatu proses itu perlu menggunakan sedikit kekerasan kerana politik mempunyai hubungan rapat dengan konflik.

Lenin berkata politik ialah siapa yang boleh lakukan apa kepada siapa (Who could do what to whom). Manakala, seorang ahli sains politik, Harold Lasswell pula berkata politik adalah siapa yang dapat apa, bila dan bagaimana (who gets what, when and how).

Hesoid di mana ia dipetik, "Bagaimana cara terbaik manusia tinggal dalam bandar, dan dengan patuh kepada apa?". (1) Ditulis semula, ia dibaca, "Bagai mana manusia mengatur haluannya?". Bagi orang-oramg Yunani, ia adalah applikasi sebab untuk hidup. Politik adalah aturan masyarakat melalui sebab mencapai matlamat yang sama; seperti harmoni antara kelas masyarakat di Athens di bawah Solon, atau perniagaan dan perdagangan, atau bagi perperangan seperti Masyarakat Doric di Crete dan Sparta.

POLITIK adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di bidang korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Sains Politik merupakan kajian mengenai tingkah-laku politik dan memeriksa kedapatan dan penggunaan kuasa, contohnya : keupayaan untuk memaksa kehendak seseorang kepada yang lain.

Memenangi suatu konflik politik bermaksud merampas kuasa dari satu kumpulan atau entiti dan memberikannya kepada kumpulan lain. Ramai akan bersetuju konflik politik boleh dengan mudahnya tumbang menjadi 'Zero-Sum Game' ataupun "Well Orchestrated Conspiracies", dimana tiada yang dipelajari atau diselesaikan, melain menentukan 'Siapa Menang - Siapa Tewas'.

Bernard Crick merupakan ahli teori utama pada pandangan ini dan idea bahawa politik itu sendiri hanyalah 'etika dilakukan di hadapan umum', di mana institusi awam boleh bersetuju, tidak bersetuju, atau campur tangan bagi mencapai hasil akhir yang diingini atau proses menyeluruh yang lengkap.

PENDEKATAN SAINS POLITIK

Pendekatan mempunyai matlamat tertentu. Sesuatu pendekatan dipilih kerana ia mempunyai sifat-sifat yang memudahkan pengkajian perkara yang ingin diselidiki.

Fungsi pendekatan:
• Digunakan untuk melihat, mengkaji dan menjelaskan sesuatu fenomena politik.
• Digunakan untuk menguji dan mengenal pasti atau mengesahkan sesuatu andaian, membantu dalam mencipta ilmu baru tentang sesuatu kejadian.
• Digunakan bagi membuktikan kesahihan seterusnya membuat ramalan.

Jenis-jenis pendekatan:
• Falsafah
• Institutionalisme
• Behaviourisme
• Pluralisme
• Strukturlisme
• Developmentalisme
• Fungsi struktur.

HUBUNGAN SAINS POLITIK DENGAN DISIPLIN PENGAJIAN SOSIAL

Sejarah
Membantu sains politik tentang pelbagai kemungkinan yang akan wujud pada masa depan.

Falsafah
Pengkaji politik menggunakan falsafah untuk mengkaji asal-usul dan nilai negara yang mencakupi moral falsafah atau etika.

Sosiologi
Membantu memahami latar belakang, susunan dan pola kehidupan sosial dan menerangkan fenomena politik terutamanya mengapakah manusia bertindak apabila menghadapi sesuatu cabaran.
Antropologi
Menerangkan bagaimana kebudayaan manusia itu berkembang.

Ekonomi
Pemikiran yang berasal daripada faktor kekurangan menyebabkan lebih banyak ke arah ramalan berdasarkan perhitungan yang saksama.

Psikologi sosial
Membantu menganalisis nilai-nilai budaya yang dapat melahirkan tingkah laku yang stabil.
Geografi
Sains politik memerlukan disiplin geografi untuk memahami perkembangan peristiwa dan fenomena politik.

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

PPL : Nota Topik 1 : Sejarah Konsep Pembangunan Lestari - Agenda 21

|
Objektif Agenda 21 ialah:
• Menggalakkan semua negara mempertahankan alam sekitar masing-masing.
• Memperbaiki kesihatan manusia dan mengatasi masalah kemiskinan.
• Merupakan satu pelan tindakan komprehensif yang akan dilaksanakan secara global, di peringkat nasional dan tempatan oleh badan-badan PBB, kerajaan dam pelbagai badan-badan yang mana melibatkan kesan alam sekitar terhadap manusia.
• Menggalakkan semua negara mengurangkan pencemaran alam, mengawasi hasil-hasil bumi serta menjaga habitat semulajadi dan kehidupan liar.

PERSIDANGAN RIO DE JANEIRO

Persidangan Rio De Janeiro ialah suatu persidangan oleh anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai alam sekitar dan pembangunan yang juga dikenali sebagai Persidangan Kemuncak Bumi yang diadakan di Rio De Janeiro pada tahun 1992. Persidangan ini memfokuskan kepada isu alam sekitar. Antara lain ialah:

Pertama - Menggesa negara-negara di seluruh dunia mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga alam sekitar demi menjamin kehidupan yang lebih berkualiti. Malaysia ialah antara negara yang turut menyertai dalam World Solar Commission untuk memastikan penggunaan tenaga yang lebih selamat di masa hadapan.

Kedua - Membahas bagaimana pembangunan yang berterusan dapat dijalankan iaitu pembangunan yang mengambilkira alam sekitar, menyediakan hak yang sama untuk semua manusia dan menjaminkan bahawa generasi akan datang turut dapat menikmati dan memenuhi kehendak yang sama seperti mana generasi kini.

Ketiga - mencatat prinsip-prinsip dan tindakan-tindakan dalam Agenda 21.


PROTOKOL KYOTO

Protokol Kyoto ialah suatu persetujuan antarabangsa mengenai pemanasan global. Melalui protokol ini, negara maju atau negara-negara perindustrian bersetuju mengurangi emisi (pembebasan) gas rumah hijau secara minimum. Sungguhpun langkah ini merupakan satu usaha yang positif, terdapat lapan negara yang tidak mahu menurunkan gas-gas rumah hijau iaitu Australia, Monaco, Amerika Syarikat (pengeluar terbesar gas rumah hijau), Croatia, Kazakhstam, Zambia dan Swiss. Gas-gas rumah hijau yang perlu dikurangkan ialah CO4, CH4, N2O.

Impak yang akan berlaku sekiranya Protokol Kyoto tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya ialah:
• Kerosakan harta benda.
• Kematian.
• Jangkitan penyakit.
• Kekurangan sumber air tawar.
• Kegiatan ekonomi.

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI,
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

PPL : Nota Topik 4 : Sumber P&P - HERBARIUM

|

Herbarium ialah suatu spesimen dari bahan tumbuhan yang telah dimatikan dan diawet. Herbarium ini penting kerana ia mengandungi data asli tentang sesuatu tumbuhan yang telah diidentifikasi.

Spesimen yang diambil mungkin keseluruhan tumbuhan ataupun bahagian tertentu tumbuhan sahaja. Biasanya dalam bentuk yang dikeringkan, yang dilekatkan pada helaian kertas atau apa sahaja, tetapi kadang-kala bergantung kepada tumbuhan tersebut. Ada sesetengahnya diletakkan di dalam larutan alkohol atau larutan pengawet yang lain. Terma ini juga digunakan di dalam bidang mikologi untuk memastikan jumlah ataupun struktur bakteria yang tinggal setelah proses pengawetan dilakukan dan ianya dikenali sebagai fungarium.

Herbarium penting dalam membantu pengkajian dalam bidang-bidang seperti:
• Morfologi
• Taksonomi
• Ekologi
• Geografi

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI,
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

PPL : Nota Topik 4 : Strategi Pendidikan Lestari dalam Pengajian Sosial

| Friday, December 9, 2011
BAB 4 : Strategi Pendidikan Lestari dalam Pengajian Sosial

Kaedah pengajaran dan pembelajaran merentas kurikulum berasaskan pembelajaran melalui pengalaman

- Perbincangan melalui pembelajaran koperatif
- Permainan Alam Sekitar
- Kerja Amali
- Projek

Perbincangan melalui pembelajaran koperatif

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Pembelajaran koperatif menggalakkan pelajar berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.Di antara topik-topik yang sesuai dibincangkan topic isu semasa, program pelajar dan sebagainya.Kaedah ini melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dan pelajar-pelajar dalam kelas atau satu jenis aktiviti pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran atau idea serta berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara.Para pelajar harus diberitahu cara-cara dan peraturan-peraturan perbincangan terlebih dahulu. Ini bertujuaan agar aktiviti perbincangan lancar, teratur dan tidak terpesong daripada tujuan. Pada akhir perbincangan, idea-idea haruslah dirumuskan. Rumusan ini kan digunakan untuk membuat ulasan perbincangan.

Permainan Alam Sekitar

Dewasa ini, kemajuan dalam bidang teknologi pendidikan seperti penggunaan permainan secara online telah menghasilkan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat murid. Lebih-lebih lagi dalam abad ke-21 kini, masyarakat telah berganjak dari era perindustrian ke era teknologi maklumat tanpa sempadan (Alvin Toffler, 1980). Maka selaras dengan perkembangan dunia teknologi pengajaran dan pembelajaran, guru-guru dapat menyampaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif:Contohnya, penggunaan permainan simulasi eksperiental “Reycle City”. Ia boleh diaplikasi dalam penerapan Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum. Pendidikan Alam Sekitar secara rasminya telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia secara merentas kurikulum dalam semua mata pelajaran yang diajar di sekolah. (Jabatan Alam Sekitar, 2006 dan Kementerian Pelajaran Malaysia, 2004). Isu berkenaan pengetahuan dan kesedaran alam sekitar khasnya isu kitar semula dan ‘Pendidikan Lestari’ merupakan tema penting dalam mata muridan Bahasa Inggeris Tingkatan 4. Terdapat banyak kajian yang membuktikan bahawa penggunaan kaedah permainan berupaya untuk mempertingkatkan tahap pengguasaan bahasa Inggeris murid dan seterusnya meningkatkan motivasi murid. Lengeling (1995), mengatakan bahawa sifat semulajadi permainan yang memotivasikan menggalakan pembelajaran bahasa yang bermakna, mempromosikan dan menggalakan pembelajaran bahasa kedua seperti Bahasa Inggeris.

Kerja Amali

Pembelajaran melalui eksperimen atau kaedah amali lebih cepat berlaku kerana pelajar menjalankan penyiasatan sendiri bagi memperolehi maklumat melalui bahan yang sebenar (Ogunniyi 1983; Yusup 1997; Berg 2003). Kaedah tersebut dapat menerapkan pengetahuan, kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kemahiran saintifik diperolehi apabila pelajar merancang, mengendalikan dan menganalisis data menggunakan pelbagai peralatan eksperimen dan spesimen (Berg 2008; Harwood 2004). Melalui kaedah amali yang biasanya dijalankan secara berkumpulan, akan dapat menerapkan elemen sikap saintifik dan nilai murni seperti bekerjasama, sistematik dan yakin, jujur dan tepat dalam merekod data (Christensen & McRobbie 1994; KPM 2002, 2005). Kaedah amali dapat menghasilkan objektif pembelajaran yang pelbagai dalam satu sesi pengajaran. Kaedah amali menjadi serampang tiga mata kepada pengajaran sains apabila ketiga-tiga elemen kurikulum iaitu pengetahuan, kemahiran saintifik dan nilai murni dapat diperolehi secara langsung menerusi penggunaannya.

Projek

Kaedah projek yang diasaskan olehJohn Dewey misalnya- menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Contohnya Projek melukis mural di bangunan sekolah. Muralyang menghadap pintu utama sekolah dan secara tidak langsung mengumumkan kepada orang-ramai tentang komitmen sekolah dalam pendidikan kesedaran alam sekitar.


JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI, SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

PPL : Nota Topik 3 - Perancangan Pembangunan Jangka Panjang & Pendek

|
Klik Imej Untuk Perbesarkan Imej

















JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI, SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

PPL : Nota Topik 3 - Konsep Pembangunan Mapan

|
BAB 3 : PEMBANGUNAN LESTARI & MAPAN

Apakah pembangunan mampan ?

Pembangunan mampan ialah “ pembangunan yang memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan gabi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar demi kesejahteraan bersama tanpa menjejaskan keperluan generasi seterusnya.”

Pembangunan mampan merupakan pembangunan yang mengimbangkan pembangunan ekonomi dengan keperluan-keperluan social dan alam sekitar.

DEFINISI PEMBANGUNAN MAMPAN

Mengikut Brundtland Report 1987 :

Pembangunan mampan ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan. Pembangunan bandar yang mampan harus dijalankan dengan mengambil kira keupayaan menampungnya; pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya.(White & Whitney, 1992) Pembangunan bandar yang mampan perlulah mengambil kira keadilan sosial, keperluan manusia asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari segi ruang dan masa. Salah satu cara untuk mencapai pembangunan mampan tersebut adalah melalui kesihatan ekonomi bandar. Justeru itu, aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan dan kemiskinan perlu diambil perhatian dan daripadanya peranan aktiviti informal serta perdagangan skala kecil(petty commodity sector) menjadi penting.(David drakakis-smith, 1995)

Definisi pembangunan mampan antarabangsa

Suruhanjaya Dunia mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (Laporan Brundtland 1987) mendefinisikan pembangunan mampan sebagai.“pembangunan yang membolehkan generasi semasa memenuhi keperluannya tanpa mengkompromikan kemampuan generasi mendatang bagi memenuhi keperluan mereka”

Definisi Pembangunan Mampan

Mengikut laporan Our Common Future yang diterbitkan oleh The World Commissionon Environment and Development (WCED), 1987, pembangunan mampan adalah : “ Pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan keupayaan generasi akan dating untuk memenuhi keperluan mereka “ Satu penekanan utama yang disarankan dalam dasar pembangunan mampan ini ialah masyarakat dunia mestilah hidup dalam had daya tampung (carrying capacity) planet bumi Walaupun terdapat beberapa definisi yang berbeza tetapi dalam kesemua definisi ini terdapat satu tema yang dikongsi bersama iaitu alam sekitar (environment), masa depan (futuristic) dan kesaksamaan (equity)

Aspek-aspek kemampanan untuk tujuan perancangan dan Kemampanan Ekologi dari segi Kemampanan Ekonomi, Kemampanan Sosial, Kemampanan Budaya, Kemampanan Pertanian; Kemampanan Alam Sekitar dan Kemampanan Bandar.

Akta-akta berkaitan (pembangunan lestari/mampan)

1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
- pencemaran udara (seksyen 20)
- pencemaran bunyi bising (seksyen 23)
- pencemaran tanah (seksyen 24)
- pencemaran perairan daratan (seksyen 25)
- Pencemaran minyak (seksyen 29)

2. Akta Perhutanan Negara 1984 - seksyen 82 (1) melarang sesiapa melakukan pembakaran dalam hutan simpan.
3. Akta Kerajaan Tempatan 1976- seksyen 81 menyatakan tindakan boleh diambil ke atas kilang yang mengeluarkan asap dan menganggu kesihatan serta alam sekitar.
4. Akta Taman Negara 1980- menghalang aktiviti yang menjejaskan ekosistem hutan
5. Akta Perikanan 1985

Indikator Pembangunan Lestari Mengikut Perspektif Malaysia

Berdasarkan Polisi Malaysia mengenai pembangunan lestari jelas disebut di dalam Rancangan Malaysia Ke-7 (GOM 1996). Antara langkah – langkah yang telah dimulakan semasa Rancangan Malaysia ke-7 (1996 – 2000) ialah bagi meningkatkan kebolehan Malaysia untuk membangun secara lestari.

Menurut Rancangan Malaysia Ke-7 terdapat suatu keperluan bagi mengukuhkan pangakalan data alam sekitar (environmental database) dan sistem maklumat (information systems) dan ini menggambarkan hubungan antara alam sekitar dan pembangunan lestari dan membangunkan indikator bagi mengukur kelestarian pembangunan bertujuan bagi menyediakan pengukur untuk memantau dan menilai kemajuan kearah pembangunan lestari di Malaysia.

Konsep Pembangunan Lestari juga berhubungkait dengan banyak hal termasuk norma dan nilai yang cenderung berkembang di dalam tradisi dan budaya, dan juga berhubung dengan perbezaan alam sekitar geografi yang sudah tentu mempunyai lingkungan khusus.

Saranan dalam Agenda 21 Persidangan Pertubuhan Bangsa Bersatu, yang mana pembangunan indikator boleh diharmonikan dengan koordinasi yang disediakan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN).

Walaupun Malaysia telah menyertai inisiatif yang di taja oleh UN bagi membangunkan indikator – indikator pembangunan lestari, namun ia telah memilih untuk meneruskan formulanya tersendiri dengan mewujudkan metodologi sendiri dan indikator – indikator yang dipilih mempunyai refleksi yang amat rapat dengan keupayaan dan keperluan sebenar negara.

Penggunaan indikator dalam perancangan agak biasa digunakan sebagai contoh, kadar literasi, akses kepada penjagaan kesihatan, nisbah doktoratau populasi dan sasaranya, selalu digunakan sebagai indikator dalam pembangunan 5 tahun Rancangan Malaysia.

Secara umumnya inidkator seperti keluaran dalam negara kasar dan pengukuran setiap sumber – sumber dan aliran pencemaran tidak menyediakan indikator yang mencukupi bagi kelestarian.

Indikator bagi pembangunan lestari adalah amat diperlukan bagi membuat keputusan yang kukuh dan berasas pada semua tahap kerajaan, maklumat kepada awam dan kemajuan pemantauan ke arah mencapai objektif penyeliaan sendiri kelestarian.

Pembangunan dan pemilihaan indikator untuk digunakan harus dipertimbangkan dengan penjagaan ekstrim supaya ia secara tepat memberikan refleksi kepada status pembangunan lestari.

Indikator bukanlah pengakhir bagi sesuatu perkara, tetapi hanya sebagai alat untuk membantu bagi mengukur kemajuan atau memberi gambaran bagaimana sesuatu perkara berada dalam suatu tempoh masa. Indikator – indikator pembangunan lestari adalah menyediakan kaedah untuk mencartakan kemajuan kearah kepentingan matlamat untuk mencapai bentuk pembangunan yang seimbang dalam bidang sosial, ekonomi dan alam sekitar sebagai objektif utama pembangunan sesbuah negara.

Antara Usaha Global untuk membangunkan indikator pembangunan lestari Keperluan dalam usaha untuk menumpukan dan mengharmonikan indikator – indikator pembangunan lestari telah meningkat semasa sesi pertama Suruhanjaya Mengenai Pembangunan Lestari PBB (CSD).

INDIKATOR BARU UNTUK MEMBEZAKAN KEMAJUAN DESA DAN KEMAJUAN BANDAR

KOMPONEN

KEMAJUAN DESA

KEMAJUAN BANDAR

Humanware

Kebolehan manusia seperti pengetahuan bahasa inggeris, berpengetahuan komersial, berpendidikan universiti serta vokasional.

Kebolehan manusia seperti daya inovasi, kemahiran pengetahuan, berdikari, kreativiti, pengalaman, minat dan tumpuan berdaya saing.

Technoware

Kemudahan seperti air, elektrik, telefon dan gas, memiliki komputer peribadi dan memiliki kenderaan pengangkutan seperti lori, kereta, jip dan mesin generator atau jentera. Serta kelengkapan pengawalan dan penyuburan pertanian dan penternakan para petani.

Kemudahan infrastruktur yang ada seperti kelengkapan teknologi maklumat, kelengkapan telekomunikasi dan penyiaran. Antaranya seperti komputer, elektronik, telefon mudah alih, satelit dan sebagainya.

Inforware

Maklumat yang diperolehi adalah dari para cendekiawan, dokumentasi, latihan dan kursus termasuk maklumat dari teknologi maklumat serta menonton rancangan pertanian di televisyen serta mendengar rancangan pertanian di radio.

Maklumat atau fakta yang didokmentasikan seperti carta, blue print dan spesifikasinya. Ianya juga merupakan sumber maklumat, penggunaan maklumat, cara kepekaan terhadap kandungan maklumat tersebut.

Orgaware

Penglibatan pertanian sepenuh masa menyertai program 21 dan pertubuhan peladang kawasan serta keaktifan berpersatuan seperti JKKK,PKK, Jawatan Kuasa Pertanian dan Penternakan.

Rangka kerja organisasi seperti sistem pengurusan teknologi dan maklumat, penyelidikan dan pembangunan bidang tugas, fail kerjaya dan sebagainya. Ini termasuklah sistem organisasi sama ada close-close, open-close atau open-open.


ASPEK-ASPEK PENTING DALAM MENGUKUR PEMBANGUNAN MAMPAN/LESTARI

Individu/ Masyarakat. Pendapat individu/ masyarakat diambilkira dalam perancangan dan pelaksanaan program-program untuk meningkatkan kualiti hidup individu/masyarakat di Malaysia. Selain itu juga Pihak berkuasa tempatan yang lebih peka dan berkesan kepada keperluan - keperluan individu/masyarakat setempat. Alam sekitar yang lebih selesa dan kualiti hidup yang lebih tinggi adalah menjadi pengukur di dalam pembangunan lestari ini. Akhir sekali kita perlu meningkatkan rasa bangga, cinta dan tanggungjawab kepada alam sekitar ayang ada pada di sekeliling masyarakat. Persatuan/Syarikat/Sektor Swasta. Mendedahkan kepada masyarakat dan sektor swasta berkenaan dengan isu-isu berkaitan pembangunan mampan/ lestari. Selain itu juga bagi menjelaskan bahawa pembangunan mampan/lestari adalah tanggungjawab bersama.

Wakil Kerajaan. Meningkatkan persefahaman antara masyarakat dengan pihak kerajaan. Selain itu juga bagi meningkatkan sokongan masyarakat kepada program-program yang akan membawa manfaat kepada semua. Akhir sekali ialah, mempertingkatkan imej sebagai wakil kerajaan yang mempraktikkan tadbir urus yang baik (good governance) dengan adanya penyertaan awam, ketelusan, kepekaan, kesepakatan (consensus), keberkesanan dan kecekapan, kebertanggungjawaban (accountability) dan wawasan strategik.

Tujuan Pembangunan

Ketelusan dan Kerjasama. Masyarakat telah diberi peluang sepenuhnya dan digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses membuat keputusan mengenai pembangunan pada pelbagai peringkat perancangan, pengurusan dan pelaksanaan. Selain itu juga proses membuat keputusan yang berkaitan perlu dilakukan secara tulus dan telus dan matlamat akhir ialah untuk mengukuhkan penglibatan, tanggungjawab dan peranan pelbagai kelompok dari pelbagai peraingkat masyarakat berasaskan kepada proses perancangan, pelaksanaan, pengurusan dan keputusan.

Perkongsian Pintar. Perkongsian pintar antara Kerajaan Negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan semua pihak masyarakat dalam seluruh aspek dan asas untuk mengeratkan integrasi pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan dalam menjurus kepada pola pembangunan mampan.

Tanggungjawab Bersama. Kerajaan Negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan semua pihak masyarakat berperanan dan berkongsi tanggungjawab merancang, mengurus, melaksana dan memantau pembangunan mampan dan berdasarkan pada matlamat, objektif dan aspirasi yang jelas untuk manfaat dan kesejahteraan bersama.

Pendekatan Menyeluruh. Perkara ini perlu dilihat dan dikekati sebagai suatu kerangka yang berdasarkan proses masalah tersebut dan bukan pada kesan masalah. Kesatuan Ekosistem. Alam sekitar dilihat sebagai suatu ekosistem yang mengandungi unsur-unsur warisan tabii, sistem sokongan hidup dan sumber asli dan jika digunakan dengan bijaksana akan menjamin dan meningkatkan kesejahteraan dan keselamatan sosial.

Keharmonian Masyarakat. Sentiasa mengutamakan keharmonian dan toleransi antara kaum, prihatin terhadap golongan warga tua, remaja, kanak-kanak dan masyarakat kurang upaya dan tanpa membezakan jantina, taraf sosio-ikonomi dan penduduk antara bandar dan luar bandar.

Mengambil Berat Terhadap Masa Depan. Merangkumi pendapat bahawa generasi semasa mengurus sumber-sumber semasa dengan cara yang memungkinkan pengekalan pilihan-pilihan pengurusannya oleh generasi akan datang di masa hadapan dan pembangunan yang menekankan penggunaan sumber asli secara mampan dan menitikberatkan langkah-langkah perlindungan alam sekitar.

Bentuk dan Isi Pembangunan

Bangunkan indeks dan prestasi alam sekitar. Indeks Prestasi Alam Sekitar Malaysia (IPASM) diwujudkan bagi mengetahui sejauh mana pencapaian alam sekitar negara dalam konteks pembangunan lestari. Indeks boleh difahami sebagai pendekatan sistematik yang memberi nilai bagi mewakili sesuatu tahap perbandingan dan pencapaian. Secara umumnya untuk mengukur pencapaian sesuatu bidang dengan menggunakan pendekatan indeks, bukanlah suatu yang baru bagi negara. Ia telah digunakan secara meluas contohnya dalam mengukur indeks inflasi, indeks keluaran dalam negara kasar, indeks pengangguran dan indeks kualiti hidup. Terdapat beberapa indeks yang berkaitan dengan alam sekitar diwujudkan dikebanyakan negara antaranya ialah Indeks Pencemaran Udara, Indeks Kualiti Air Sungai, Indeks Pembangunan Lestari (Environmental Sustainability Index), Indeks Kebolehterancaman Alam Sekitar (Environmental Vulnerability Index) dan Greendex.

Terdapat tiga potensi dan kelebihan yang perlu di manfaatkan oleh Malaysia untuk membangunkan indeks prestasi alam sekitarnya sendiri. Pertama ialah, kewujudan institusi pengajian yang mengadakan program penyelidikan mengenai alam sekitar. Terdapat lebih kurang 13 IPTA yang menawarkan program yang berkaitan dengan alam sekitar. Kumpulan penyelidik dan pensyarah yang terdapat di Universiti berkenaan boleh dimanfaatkan untuk melaksanakan program ini. Kebanyakan saintis di dalam negara telah diiktiraf diperingkat antarabangsa. Kajian dan pembangunan boleh dilaksanakan diantara universiti dan juga agensi kerajaan serta pertubuhan alam sekitar untuk membangunkan IPASM. Kedua ialah, kekuatan dari sumber data yang berkaitan dengan alam sekitar. Antara data - data yang boleh digunakan adalah seperti laporan kualiti alam sekeliling yang mengandungi fakta dan statistik mengenai kualiti air sungai dan laut, status kualiti udara, serta penjanaan bahan buangan toksik dan berbahaya. Selain itu juga terdapat laporan - laporan yang dikeluarkan setiap tahun oleh agensi kerajaan yang boleh digunakan sebagai asas membangunkan IPASM. Ketiga ialah, keseriusan kerajaan dalam melaksanakan program pemantauan alam sekitar secara berterusan. Ini memberi kelebihan bagi negara untuk menilai indeks prestasi alam sekitar setiap tahun. Sehingga kini terdapat beberapa agensi kerajaan yang mengadakan program berterusan bagi memantau segmen alam sekitar utama seperti udara, air, ekosistem hutan dan tanah tinggi. Pemantauan berterusan memberi maklumat dan data yang penting bagi mengesan sebarang perubahan yang berlaku terhadap petunjuk - petunjuk alam sekitar yang utama. Ini boleh memberi gambaran yang jelas mengenai status prestasi alam sekitar semasa.

Pembangunan IPASM di Malaysia sebenarnya dapat membantu memandu arah pembangunan negara ke arah kelestarian. Terdapat enam manfaat yang boleh diambil oleh pembuat keputusan dan perancang pembangunan dengan adanya pembangunan IPASM. Pertama ialah, ia mampu mengenalpasti masalah semasa dan memberikan prioriti kepada isu alam sekitar yang perlu diberikan keutamaan. Kedua ialah, kewujudan IPASM dapat merekodkan tren kawalan pencemaran dan pengurusan sumber asli. Tren kawalan pencemaran dan pengurusan sumber asli mampu dikenalpasti melalui nilai indeks yang telah dibentuk. Ketiga; ialah, IPASM memberi maklumat tentang keberkesanan langkah yang telah diambil dan memberikan input bagi melaksanakan penambahbaikan. Keempat ialah, menyediakan perbandingan data garis dasar dan indeks pencapaian merentasi pelbagai sektor. Kelima ialah, IPASM dapat menyediakan petunjuk aras kelestarian pembangunan, ini membolehkan negara menetapkan sasaran pencapaian IPASM ke arah mencapai matlamat pembangunan lestari dan menyelesaikan masalah alam sekitar berasaskan sektor indikator yang terlibat. Yang terakhir ialah, dengan wujudnya IPASM negara dapat membentuk satu model polisi pembangunan alam sekitar yang baik dan dapat dicontohi dikalangan negara - negara membangun.

Cara/Strategi Pembangunan Mampan/ Lestari

Penyertaan Dan Ketelusan. Ia akan melibatkan masyarakat tempatan termasuk swasta, pihakberkuasa tempatan dan jabatan kerajaan lain dalam semua program Local Agenda 21. Maklumat tentang program Local Agenda 21 dan pembangunan mampan mestilah sentiasa terbuka kepada masyarakat tempatan.

Melalui Usahasama. Mewujudkan usahasama dan tanggungjawab bersama antara semua pihak berkepentingan di semua peringkat program Local Agenda 21. Kebertanggungjawaban. Memastikan bahawa semua rakan usahasama bertanggungjawab kepada keputusan dan tindakan yang diambil. Pendekatan Menyeluruh. Menangani punca masalah-masalah sosial, ekonomi dan alam sekitar dengan cara yang sepadu dan merangkumi seluruh masyarakat tempatan.

Peka Kepada Keupayaan. Memastikan bahawa corak hidup dan pembangunan kita adalah mesra alam dan selaras dengan keupayaan alam sekitar. Kesaksamaan. Memastikan bahawa semua lapisan masyarakat tempatan, tanpa membezakan kaum, jantina, umur, keupayaan, taraf sosio-ekonomi atau latar belakang, diwakili dalam program Local Agenda 21.

Mementingkan Masa Hadapan. Memastikan bahawa kepentingan-kepentingan masa kini dan lebih-lebih lagi masa hadapan diambilkira pada semua peringkat program Local Agenda 21.Hasil Yang Nyata. Membuahkan hasil yang nyata supaya program Local Agenda 21 dapat dipertingkatkan dan dipastikan berterusan.

Matlamat Pembangunan Mampan

1. Pemuliharaan Sumber

Memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa sekarang dan akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif, pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui, pemuliharaan kepelbagaian sumber semulajadi. Pemuliharaan merangkumi penggantian sumber, perubahan dalam cara penggunaan dan memberi perhatian kepada faktor ‘intangible’ seperti nilai keselesaan dan nilai warisan.

2. Pembangunan Fizikal

Memastikan pembangunan alam bina akan berharmoni dengan alam semulajadi di mana hubungan mereka adalah seimbang dan saling memanfaatkan. membantu menyedarkan komuniti tentang peluang yang terdapat di kawasan tersebut. meminimumkan pembaziran sumber dan keburukan yang akan dibawa kepada komuniti apabila sesetengah kawasan perniagaan mengalami tekanan pembangunan yang melampau sedangkan sesetengah kawasan mengalami kemerosotan perniagaan seperti penutupan kedai dan kehilangan pekerjaan.

3. Kualiti Alam Sekitar

Mengelakkan pencemaran alam, melindungi kapasiti ekosistem dan mengelakkan pembangunan yang akan mengancam kesihatan manusia atau menjejaskan kualiti kehidupan. mengurangkan atau mengubah proses pengeluaran atau perniagaan yang akan menjejaskan kualiti hidup manusia. Cara pembuangan dan pelupusan sampah harus dititikberatkan.

4. Kesaksamaan Sosial

Mengelakkan pembangunan yang akan menambahkan jurang antara golongan kaya dan miskin serta menggalakkan pembangunan yang dapat mengurangkan ketidaksamaan sosial. mengurangkan pembaziran tenaga manusia. Kesaksamaan sosial perlu dipelihara dari segi peluang ekonomi di sesuatu kawasan.

5. Penyertaan Politik

Menggalakkan penyertaan komuniti dalam membuat keputusan. Keputusan ini termasuklah di dalam memilih pentadbiran kerajaan yang dimahukan. Malaysia mengamalkan system demokrasi berparlimen di mana rakyat bebas di dalam menentukan tampok pemerintahan yang diinginkan. Pilihan raya diadakan setiap 5 tahun bagi membolehkan rakyat untuk membuat pilihan di dalam parti-perti politik yang bertanding.

Objektif-objektif Pembangunan Mampan

Terdapat beberapa objektif yang telah ditentukan di dalam pembangunan mampan yang telah di rancang oleh pihak kerajaan. Objektif ini melibatkan ekonomi, sosial dan juga ekologi yang mana matlmat ini merupakan garis panduan yang perlu dicapai dan diperolehi di dalam melaksanakan pembangunan mampan atau lestari.

Melihat dari segi ekonomi terdapat beberapa keteria yang diambil penekanan di dalam pembangunan lestari iaitu pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, ekonomi ini melibatkan pertambahan peluang pekerjaan, penggunaan yang meningkat, pelaburan asing serta kadar pengganguran dan kemiskinan yang berkurang. Kedua adalah kesaksamaan di mana ekonomi yang dibangunkan dapat diterima oleh semua orang, serta memperolehi manfaat daripada pembangunan ekonomi tersebut. Ketiga adalah kecekapan dalam perancangan serta pembangunan ekonomi yang dirancang. Kecekapan ini termasuklah pengagihan sumber yang cekap, dan mangawal ekonomi agar tidak membebankan rakyat.

Objektif yang seterusnnya adalah sosial dimana aktiviti sosial perlulah selaras dengan pembagunan mampan yang dirancang. Objektif ini melibatkan kuasa yang dipegang oleh pemerintah di dalam membuat serta menggubal undang-undang, penyertaan daripada semua pihak di dalam aktiviti yang dilaksanakan di dalam pembangunan mampan, identiti kebudayaan yang harus dikekalkan serta pembangunan intitusi.

Objekti yang terakhir adalah dari segi ekologi di mana objektif ini menekankan pemuliharaan serta pemeliharaan alam sekitar agar tidak terjejas. Objektif ini merangkumi keupayaan menampung mambangunan yang dirancang serta kepelbagaian di dalam segala bentuk pembangunan agar ekologi yang telah sedia ada tidak terjejas dan terancam.

Kesimpulan

Secara kesimpulan nya, pembangunan lestari atupun mampan merupakan pembangunan yang memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dari pelbagai aspek seperti perancangan bandar, mendapatkan makanan, dan pelbagai lagi tanpa menjejaskan alam sekitar. Pembangunan ini melibatkan pelbagai pihak antarnya kerajaan yang mengubah serta mengubal dasar bagi menjadikan pembangunan ini reality yang selama ini digambarkan. Masyarakat juga tidak dapat lari dari menjadikan pembangunan ini berjaya kerana masyarakat merupakan kelompok mejoriti yang menyokong pelbagai dasar kerajaan bagi manjadikan alam sekitar yang yang sihat, pihak swasta juga perlulah memandang pembangunan lestari ini merupakan pembangunan yang mendatangkan kebaikan kepada semua pihak, tanggung jawap koprat social yang berkaitan dengan pembagunan lestari diharapkan dapat menyedarkan masyarakat tentang kepentinggan pembangunan lestari ataupun mampan ini.

Pihak kerajaan juga kini mula merancang kempen ini di peringkat kerajaan negeri sebagai contoh negeri Selangor yang kini giat mempunyai matlamat pembanguna mampan yang tersendiri. ltizam Pembangunan Mampan Selangor yang dideklarasikan pada 4hb. Jun 1999 merupakan kesungguhan sebuah kerajaan negeri di Malaysia yang berpandangan jauh dan bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan di Selangor dilaksanakan secara mampan. Negeri Selangor mendokong secara rasminya konsep pembangunan mampan melalui pelaksanaan Projek Strategi Pembangunan Mampan Selangor dan Agenda 21 Selangor. Dokumen dasar yang telah dihasilkan ialah Kawasan Sensitif Alam Sekitar Sekitar (1999) Stategi Pembangunan Mampan Selangor (2000) Agenda 21 Selangor (2001) Panduan Pelaksanaan Agenda 21 Selangor (2002)

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan seperti contoh kempen kitar semula, cintailah sungai kita dan banyak lagi. Jika dilihat sejauh manakah keberkesanan serta perjalanan kempen ini yang dijalankan ini dapat membantu alam sekitar yang kian terceramar. Masyarakat hanya memandang rendah serta tidak melibatkan diri di dalam pelbagai kempen yang dijalankan, jester pihak kerajaan dan swasta perlu merancang stategi lagi yang difikirkan sesuai bagi menarik anggota masyarakat untuk menyertai kempen-kempen yang dijalankan.

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI, SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !
 

Copyright © 2010 ...~:\ NoTa PISMP KS /:~...