+ KaJiaN SoSiaL +

PDK : Perbandingan Sistem Pemerintahan Indonesia & Malaysia

| Tuesday, December 13, 2011

Perbandingan yang dapat dilihat antara sistem kerajaan tempatan di Malaysia dan Indonesia ialah kerajaan tempatan di Malaysia adalah di peringkat terendah dalam sistem pemerintahan kerajaan dimana bidang kuasa kerajaan tempatan adalah menjalankan undang-undang kecil dan mengenakan cukai pintu yang terhad. Kerajaan tempatan ini boleh menguatkuasakan undang- undang kecil kepada penduduk yang tinggal di kawasan pentadbiran mereka. Pegawai yang tertinggi di kerajaan tempatan ialah Datuk Bandar manakala di kawasan perbandaran pula diketuai oleh Yang Dipertua Majlis dan Majlis-majlis daerah seterusnya peringkat kampung diketuai oleh ketua kampung. Kesemua ketua organisasi-organisasi ini bertanggungjawab terhadap bidang kuasa yang ditetapkan oleh kerajaan untuk membantu pihak kerajaan disamping memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di sesuatu kawasan.

Indonesia pula mengamalkan sistem daerah oleh kerana terdapat beribu- ribu pulau dan daerah disamping mempunyai bilangan penduduk yang ramai telah menyebabkan pemerintah Indonesia mewujudkan pemerintahan daerah. Hubungan pemerintah Pusat dan Daerah dapat dibahagikan kepada dua fungsi iaitu Daerah yang bertanggungjawab mengatur dan mengurus perjalanan pentadbirannya sendiri sebagai asas perlaksanaan dari asas desentralisasi. Secara umumnya fungsi pemerintahan (daerah) di Indonesia dapat digolongkan kepada 4 kelompok iaitu: penyediaan pelayanan, pengaturan, pentadbiran dan perwakilan. Fungsi penyediaan pelayanan-pelayanan berorientasi dalam lingkungan dan kemasyarakatan. Tanggungjawab tersebut mencakupi antara lain iaitu jalan-jalan daerah, lampu jalan, pembuangan sampah, saluran longkang, pencegahan banjir, pemeliharan taman dan rekreasi dan kesihatan. Paling umum bagi pemerintah daerah adalah kekuasaannyauntuk mengatur kegiatan-kegiatan khusus seperti penggunaan tanah, kelulusan bangunan dan permit hiburan. Fungsi pembangunan melibatkan secara langsung pemerintah daerah dalam bentuk kegiatan-kegiatan ekonomi seperti industri, pertanian, perhutanan dan perdagangan. Lembaga kemasyarakatan dibentuk oleh masyarakat dan merupakan perkongsian dengan pihak pemerintah desa dalam usaha meningkatkan keupayaan masyarakat. Ia ditetapkan melalui Peraturan desa dan peranannya sebagai penampungan dan penyaluran aspirasi masyarakat dalam bidang pembangunan. Ia mempunyai hubungan kerja dengan pemerintah desa yang bersifat, perundingan, perkongsian dan penyelaras.

Di sebahagian Negara Asia Tenggara pemerintah daerah ditujukan untuk memainkan satu peranan pembangunan dengan penekanan utama dalam bidang pertanian. Sistem pemerintahan di daerah yang mula-mula dipakai ialah sistem sentralisasi yang keras, kerana sistem sentralisasi yang keras itu ternyata kurang memadai untuk membina pemerintahan di Indonesia yang terdiri daripada ribuan pulau di mana masing-masing antara lain mempunyai keadaan dan sifat yang berbeza-beza. Maka sebahagian daripada tanggungjawab pemerintahan pusat itu disentralisasikan atau diserah kepada pihak lain untuk ditadbir. Desentralisasi mempunyai pelbagai bentuk antaranya Desentralisasi territorial, Desentralisasi functioneel (menurut jabatan, kepentingan dan sebagainya) dan Desentralisasi Adminidtratif atau dekonsentrasi.

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI,
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 ...~:\ NoTa PISMP KS /:~...