+ KaJiaN SoSiaL +

PBDT : Nota Topik 8 - Perancangan Pengurusan Bilik Darjah Berkesan

| Wednesday, December 7, 2011

BAB 8: PERANCANGAN PENGURUSAN
BILIK DARJAH YANG BERKESAN

CORAK PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN
• Murid-murid mempunyai perbezaan dari segi matlamat, kebolehan dan personaliti. guru harus mengambil kira faktor-faktor tersebut untuk membentuk satu persekitaran dan pengurusan bilik darjah yang berkesan
• Susunan kelas perlu diberi perhatian. contoh murid lemah diletakkan bersama murid pandai tetapi jika silap perancangan murid yang pandai akan membuli murid yang lemah
• Banyak perkara yang berlaku di luar perancangan. contoh LCD rosak, gangguan bising oleh pemotong rumput dan sebagainya.
• Oleh itu, perancangan guru perlu mantap dengan mengambil kira pelbagai sudut
• Oersekitaran pembelajaran yang kondusif perlu mengambil kira elemen-elemen seperti fizikal, emosi dan sosial

Kerjasama
• Memerlukan persefahaman antara kedua-dua belah pihak. kerjasama antara guru dengan murid akan mengeratkan hubungan antara keduanya
• Elemen kerjasama boleh diterapkan semasa memilih bahan bantu mengajar, jangkaan prestasi, objektif p&p, membina kontrak tingkah laku dan perjalanan bilik darjah

Matlamat pengurusan bilik darjah
• Matlamat utama pengurusan bilik darjah adalah mengekalkan persekitaran bilik darjah yang positif, kondusif dan produktif
• Tiga elemen yang peru dipertimbangkan:-
a. pengurusan masa
b. peluang pembelajaran
c. pengurusan kendiri

Persekitaran bilik darjah yang positif
a. Persekitaran bilik darjah yang positif tercapai apabila murid dapat melalui proses pembelajaran dengan baik.
b. Murid berasa tenang, seronok dan bermotivasi untuk belajar
c. Rutin dan peraturan bilik darjah
• rutin bilik darjah
• peraturan
• akibat
d. Perancangan ruang pembelajaran
• perancangan pembelajaran ialah perancangan fizikal ke atas ruang yang terdapat di dalam bilik darjah
• ruang pembelajaran termasuk ruang persendirian untuk murid-murid, ruang untuk aktiviti dan ruang untuk bahan-bahan pembelajaran

Mengekalkan persekitaran berkesan untuk pembelajaran
• Galakkan penglibatan murid
• Langkah pencegahan
- guru sentiasa mengawasi murid dan aktiviti yang berlaku serentak
- murid perlu sedar guru sentiasa mengawasi mereka
- guru merancang dan menyelaras aktiviti dengan berkesan
• Komunikasi berkesan

CIRI-CIRI BILIK DARJAH YANG BERKESAN
• Suasana demokratik di dalam bilik darjah
• Guru perlu mengambil tanggungjawab sebagai pendidik dan fasilitator
• Menimbulkan persekitaran saling mempercayai dan saling menghormati
• Guru mesti percaya setiap murid mempunyai kebolehan untuk mencapai kejayaan
• Guru patut menunjukkan contoh dan teladan yang baik untuk diikuti
• Jadikanlah bilik darjah sebagai tempat yang seronok dan selamat untuk murid-murid
• Guru menunjukkan rasa kecintaan dan semangat yang tinggi untuk mengajar dan mendidik murid-murid
• Pembelajaran berasaskan individu
• Mempunyai semnagat kekitaan
• Mengamalkan komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah

LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN PELAN PERANCANGAN PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN
a. Dua perkara utama yang perlu dipertimbangkan oleh guru dalam membuat perancangan ialah persekitaran pembelajaran dan komuniti murid yang diingini
b. Menetapkan persekitaran pembelajaran ialah membangun dan mengekalkan persekitaran pembelajran dan mengekalkan persekitaran bilik darjah supaya pembelajran yang berkesan berlaku
c. Menetapkan jenis komuniti murid ialah mengasuh dan mendidik muird supaya bertingkah laku untuk menyumbang kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif
d. Tiga langkah dalam setiap perancangan
• rancang
• susun
• praktis

Proses membina pelan perancangan pengurusan bilik darjah
• komponen pengajaran
• komponen pencegahan
• komponen pembetulan
• komponen sokongan
• komponen persekitaran fizikal

Melaksanakan pelan pengurusan pada hari pertama persekolahan persetujuan bersama

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2010 ...~:\ NoTa PISMP KS /:~...