+ KaJiaN SoSiaL +

Selamat Tahun Baru 2013M

| Saturday, December 29, 2012


Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Malaysia kepada semua pengunjung blog nota pismpks. Semoga sihat walafiat hendaknya. Pada kali ini kami dari PISMP Kajian Sosial Sem 5/2013 ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013 kepada seluruh warga IPGM dan juga masyarakat di luar sana. Semoga kedatangan 2013 akan memberi 1001 makna kepada kita semua dalam menempuh kehidupan tahun hadapan agar lebih baek sebaek-baeknya berbanding 2012 dan tahun-tahun sebelumnya. Insyallah untuk tahun hadapan blog nota kami ini akan kami perhebatkan lagi dengan pelbagai nota-nota yang boleh kita kongsikan bersama bagi mendapat manfaat, insyallah.
Sekian, Wassalam...

Pemberitahuan Mengenai Nota PISMP Sem 4

|


Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua pengunjung teratak PISMP Kajian Sosial Sem 5/2013 ini. Apa khabar kalian semua? Semoga sihat walafiat hendaknya. Alhamdulillah admin sempat gk mengupdate blog nota ni wlaupun dh berbulan tak update, maklumla cuti panjang kan, hehehe Untuk pengetahuan anda semua, nota-nota untuk semester 4 PISMP telah kami updatekan di page blog nota kami ni. Kalian boleh pilih sama ada nak nota PPISMP, PISMP Sem 1, PISMP Sem 2, PISMP Sem 3 atau PISMP Sem 4 dalam senarai page yang ada di blog nota kami http://notapismpks.blogspot.com ATAUpun jika kalian bukak blog aktiviti kelas kami di http://ksoipgmkdri.blogspot.com, page ni pun ada, just click jer OK. Smua percuma, xder bayar pun. Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada kita semua insyallah.

Akhir kata, salam cemerlang, gemilang dan terbilang untuk kalian semua, WASSALAM...

Contoh Laporan AJK Program

| Sunday, September 9, 2012
LAPORAN AJK KEBUDAYAAN

Ahli Jawatankuasa Kebudayaan :
  • Muhammad Farhan Bin Ismail
  • Nur Afikah Bt. Hameed
Jenis Aktiviti yang diadakan :
  • Acara cabutan nombor bertuah
  • Program Forum Islam
Perancangan Awal :
  • Perbincangan bersama Penasihat dan AJK aktiviti yang lain untuk mencadangkan aktiviti untuk Malam Kebudayaan bagi Program Khidmat Bakti Siswa di Kampung Lubuk Lesung
  • Beberapa jenis aktiviti telah dicadangkan oleh ahli dalam perbincangan iaitu karaoke, ‘action song’, dikir barat, dan juga lakonan.
Peringkat Proses pergerakan peralatan sebelum, semasa dan selepas program.

A. Sebelum program
  • Perbincangan dengan AJK Peralatan untuk memberi senarai peralatan yang diperlukan untuk Malam Kebudayaan.
  • Perbincangan bersama Ahli JKK Kampung Lubuk ??? untuk mendapat persetujuan mengenai aktiviti yang dicadangkan untuk Malam Kebudayaan.
  • Sesi undian juga diadakan untuk menetapkan jenis persembahan yang perlu dipersembahkan oleh setiap unit.
  • Namun, segala cadangan dibatalkan kerana berkabung 40 hari bersempena kemangkatan Bonda Sultan Terengganu.
  • Segala aktiviti ditukar kepada program berunsurkan Islamik iaitu Forum Islam dan juga cabutan bertuah untuk tidak memberi rasa hampa kepada orang kampung.
B. Semasa program
  • Pengumpulan hadiah cabutan bertuah serta pemilihan panel untuk forum diadakan di Kampung Lubuk ??? dengan kerjasama penduduk serta AJK Kerohanian serta penduduk kampung.
  • 11 hamper diberikan kepada penduduk kampung yang bertuah selepas Forum Islam berlangsung.
  • AJK Kebudayaan menjadi pengacara untuk acara cabutan bertuah ini.
C. Selepas program
  • Acara ini berakhir dengan jayanya dengan bantuan ahli-ahli jawatankuasa.

REFLEKSI

Selaku AJK malam kebudayaan, kami berasa bangga kerana banyak ilmu yang dapat ditimba sepanjang menjayakan program Khidmat Bakti Siswa yang telah diadakan di kampung Lubuk ??? dengan kerjasama KETENGAH pada ? Mac 20?? sehingga ? April 20??. Program seperti ini banyak memberi faedah kepada kami sebagai guru pelatih di mana pengalaman serta ilmu yang dipelajari dapat kami manfaatkan sewaktu berada di sekolah nanti.

Sepanjang memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, kami telah melalui beberapa prosedur dengan mengadakan perbincangan di antara ahli jawatankuasa terlebih dahulu yang terdiri daripada pelajar untuk menemukan kata sepakat dan persetujuan ahli mengenai cadangan aktiviti yang akan dilakukan pada malam Jumaat iaitu pada ?? April 20??. Tidak ketinggalan juga kami telah menghadiri beberapa buah mesyuarat bersama-sama dengan penduduk kampung Lubuk ??? serta pihak KETENGAH untuk mendapatkan persetujuan mereka mengenai aktiviti yang telah dicadangkan dan perbincangan yang dilakukan berjalan dengan lancar.

Pada mulanya, semua pelajar serta penduduk Kampung Lubuk ??? telah bersetuju mengadakan aktiviti seperti karaoke, tarian, drama, dikir barat serta action song pada malam kebudayaan, tetapi atas dasar menghormati tempoh berkabung, aktiviti yang dipersetujui telah dibatalkan. Walau bagaimanapun, kami telah bersepakat dengan penduduk kampung untuk mengadakan forum dan tidak ketinggalan juga menyediakan aktiviti cabutan bertuah pada malam tersebut. Melalui hasil perbincangan ini secara tidak langsung komunikasi yang baik dan berkesan dapat dipupuk dalam diri guru pelatih dari masa ke masa, di mana kami dapat meningkatkan keyakinan diri sewaktu berkomunikasi dengan orang-orang kenamaan dan kami juga turut mempelajari cara berkomunikasi yang betul sewaktu berinteraksi dengan mereka.

Aktiviti forum pada malam itu berjalan dengan lancar di mana panel pada malam tersebut terdiri daripada guru pelatih Pengajian Agama Islam PISMP semester 1 dan mereka telah membincangkan topik yang sering diperkatakan dalam masyarakat kita iaitu “Menjaga tepi kain orang” dan aktiviti ini bukan sahaja mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan pelajar bahkan juga penduduk kampung di situ yang tidak ketinggalan bersama-sama menghadiri forum pada malam tersebut. Melalui aktiviti ini, semangat kekitaan serta kerjasama yang erat di antara guru pelatih dapat dipupuk dalam memastikan aktiviti dapat dikendalikan dengan lancar. Tambahan lagi, hubungan silaturrahim antara guru pelatih dan penduduk kampung di situ juga dapat dibina melalui perbincangan dan bertukar-tukar buah fikiran antara satu sama lain mengenai isu yang dibincangkan pada malam tersebut. Selepas itu, aktiviti cabutan bertuah telah dikendalikan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan tidak kira daripada golongan kanak-kanak hinggalah kepada orang dewasa. Sebanyak 11 buah hamper telah diberikan pada malam tersebut dan aktiviti ini berjalan lancar dengan kerjasama ahli-ahli yang terlibat.

Program Khidmat Bakti Siswa ini telah berjalan dengan lancar berlandaskan kekuatan yang kami perolehi seperti semangat berpasukan dan kerjasama antara guru-guru pelatih dan ini adalah kunci kepada setiap kejayaan sesuatu program yang diadakan di mana kita haruslah mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain dalam memastikan program yang dikendalikan dapat berjalan dengan lancar serta dapat memberi manfaat kepada kita bersama. Selain itu, bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru penasihat serta sokongan daripada penduduk kampung dan pihak KETENGAH juga telah mendorong kami lebih yakin dalam merealisasikan projek ini.

PENGHARGAAN

Pihak kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Instutitut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail terutama sekali guru penasihat kokurikulum iaitu Encik Mohd. ?? Bin ?? dan Puan ?? Binti ?? dalam memberi kepercayaan serta memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami dalam melaksanakan projek yang pertama kali kami kendalikan. Tidak lupa juga kepada semua guru pelatih yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam memastikan aktiviti yang diadakan berjalan dengan lancar. Akhir sekali, kepada penduduk kampung Lubuk ??? dan pihak KETENGAH kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga dengan memberi kerjasama yang amat menggalakkan terutama kepada guru-guru pelatih dalam membantu kami menyelami dan merasai suasana berada di kampung.

Akhirnya, pihak kami juga mengharapkan program Khidmat Bakti Siswa ini dapat memberi manfaat kepada kita semua dan kita haruslah menggunakan pengalaman dan ilmu yang diperolehi ini sebaik-baiknya untuk dijadikan rujukan panduan dan bekalan pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh:

(MUHAMMAD FARHAN BIN ISMA)
AJK Malam Kebudayaan
Program Khidmat Bakti Siswa: Kampung Lubuk ???

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

TP : Media Dalam Pengajaran & Pembelajaran

| Friday, July 20, 2012

KONSEP ASAS & DEFINISI

Maksud ‘Teknologi’

Teknologi boleh diterangkan sebagai aplikasi pengetahuan sains dalam mereka cipta alat-alat yang dapat meningkatkan keupayaan manusia

Teknologi daripada perkataan latin; “Teknos” – Teknik/cara/kaedah; “Logos” _ Kaji/belajar/ ‘Study’

• ‘Mengkaji/Mempelajari teknik/ cara’ atau
• Teknologi bermaksud kaedah, cara, idea untuk menghasilkan sesuatu dengan mudah dan berkesan.

Teknologi dalam Bahasa Yunani dari perkataan “techne” – kemahiran

Mengikut Galbraith (1967), …the systematic application of scientific knowledge and other organized knowledge to practical tasks.

…kemahiran menggunakan pengetahuan (saintifik mahupun tidak) secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas.
Heinich, Molenda dan Rusell (1969)

Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea samada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan “pemangkin” ke arah mencapai kejayaan.

Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan?

Pendidikan ialah "usaha sistematik yang disengajakan,yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya, usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia”

Pendidikan juga adalah proses pengubahan sikap dan tata laku seseorang atau kelompok orang dalam usaha mendewasakan manusia melalui upaya pengajaran dan pelatihan.

Teknologi Pendidikan

Mengikut Crowell (1971), Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, idea, alat-alat, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada proses pendidikan

Teknologi pendidikan ialah proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, 1988)

Teknologi pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik-teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.(Bahagian Teknologi Pendidikan 1991)

Apakah pula yang dimaksudkan dengan pengajaran?

Mengikut Robert Glaser (1962), proses pengajaran meliputi empat komponen yang penting iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada, kaedah mengajar dan penilaian.

Mok Soon Sang & Lee Shok Mee, 1991 dari segi pendidikan, pengajaran merupakan suatu aktiviti atau proses yang bertujuan untuk mengubah tingkah laku, sikap atau kepercayaan pelajar. Proses pengajaran melibatkan aktiviti-aktiviti seperti penghuraian, demonstrasi, penggunaan alat bantu mengajar, bersoal jawab dan sebagainya.

Wan Zah Wan Ali (2000) menkelasifikasikan kepada 4 Kategori pengertian pengajaran:
1. Menyampaikan maklumat,
2. Memindahkan maklumat,
3. Mendorong maklumat,
4. Membina manusia yang lebih baik

Pengajaran adalah proses yang berorentasikan maklumat yang dirancang terlebih dahulu. (Romiszowaski, 1988).

Pengajaran merupakan penyusunan dan pengumpulan maklumat untuk menghasilkan pembelajaran. (Heinich, Molenda, Russell, 1981)

Teknologi Pengajaran

Menurut Seels dan Richey (1994), Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk, membangun,mengguna, mengurus dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran. “Instructional technology is the theory and practice of designing, development, utilization, management, and evaluation of processes and resources for learning.”

Definisi; segala suatu yang dapat diguna untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima hingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat pelajar seterusnya terjadinya proses pembelajaran

Domain Teknologi Pengajaran 1977

(1) Fungsi Pengurusan pengajaran ; (a) organisasi (b) kakitangan
(2) Fungsi Pengembangan Pengajaran ;Penyelidikan, merekabentuk, penerbitan, penilaian, penggunaan, logistik atau tempat pengumpulan, penyebaran.
(3) Fungsi sumber pembelajaran; manusia-penyebar(guru), bahan-penyimpan mesej(buku,video); peralatan-hantar maklumat tersimpan(perakam video); Teknik-bagaimana bahan disampaikan(perbincangan,lawatan) Tempat/keadaan-mesej disebarkan (bilik darjah).

Domain Teknologi Pengajaran 1944

(1) Reka Bentuk-Reka btk sistem pengajaran; Rka btk mesej; Strategi pengajaran; ciri pelajar
(2) Pembangunan-Teknologi percetakkan, audiovisual, berasaskan komputer, bersepadu.
(3) Penggunaan-Penggunaan media, difusi dan inovasi; pelaksanaan ; Polisi dan Peraturan.
(4) Pengurusan- Pengurusan projek, sumber, sistem penyampaian, pengurusan maklumat.
(5) Penilaian- Analisis masalah, Pengukuran rujukan kreteria, Penilaian formatif, Penilaian Sumatif.

Apakah Media?

Penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima seperti filem, video,
radio, gambar foto, risalah, poster dan sebagaimana. ( Heinich, Molenda, Russell, 1981)

PENGKELASAN MEDIA


MEDIA PENGAJARAN

Membawa maksud sebagai peralatan atau perkakasan dan bahan (perisian) media yang telah dikenalpasti (dipilih), dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran (Yusup,1992). Segala suatu yg dpt diguna untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima hingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat pelajar seterusnya terjadinya proses pembelajaran

Kelebihan Media Pengajaran

(1) Memperjelas penyampaian mesej; contoh:simbol dalam peta
(2) Mengatasi batasan ruang,waktu, pancaindera contoh; objek besar ganti gambar, sejarah tunjuk lalu video
(3) Penggunaan Media Pengajaran secara betul dan bervariasi atasi sikap pasif; contoh timbulkan minat, tingkat interaksi.
(4) Pengalaman dan persepsi yang sama;contoh konsep dalam perisian tetap sama w/pun diguna berulang kali bentuk persepsi sama dan tepat.

Fungsi Media Pengajaran

(1) Pengajaran bersama pengajar ;media diguna dalam P&P
(2) Pengajaran tanpa pengajar ; pengajaran kendiri, panduan mengguna, penilaian.
(3) Folio bermedia-koleksi kerja pelajar menunjukkan perkembangan suatu peristiwa; dpt bina kebolehan memahami, merumus, dokumentasi idea.
(4) Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ) ;media cetak, elektronik
(5) Pendidikan Khas;meneroka tajuk, faham konsep
(6) Pengajaran tematik; lawatan.

Kriteria Pemilihan Media
  1. Objektif; sikap -slaid,filem; maklumat lisan - carta, ohp; kem mental; kem motor
  2. Pelajar; visual - perlu lihat(guna grafik)peka warna,(guna kod warna) masalah arahan lisan (guna carta alir); auditori- perlu dengar(guna alat perakam),masalah arahan bertulis(baca arahan) masalah baca isi (bincangkan topik); kinestetik ; suka aktiviti(eksperimen); belajar lebih baik jika ada penglibatan fizikal (drama);kebolehan mencantum bahagian tanpa panduan
  3. Kaedah; i) Kelas; tonton video; ii) Kumpulan; simulasi, projek ;iii) Kendiri ; PJJ, Berbantu komputer
  4. Praktikal; mudah diperolehi dan diguna, kos rendah, diluluskan

Proses Penyediaan Media Pengajaran

(1) Cetuskan idea
(2) nyatakan Objektif
(3) Analisis pelajar
(4) Kumpul/susun bahan
(5) Tukar idea kpd visual
(6) Rancang penglibatan pelajar
(7) Semak perancangan
(8) Penerbitan

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

TP : Topik 3 - Papan Pengajaran

|
Klik Untuk Besarkan Imej
















JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

PSV : Topeng

| Tuesday, July 17, 2012
Klik Untuk Besarkan Imej



























JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !

PSV : Corak Terancang

| Sunday, July 15, 2012
Klik Untuk Besarkan Imej
















JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !
 

Copyright © 2010 ...~:\ NoTa PISMP KS /:~...