+ KaJiaN SoSiaL +

Contoh Laporan AJK Program

| Sunday, September 9, 2012
LAPORAN AJK KEBUDAYAAN

Ahli Jawatankuasa Kebudayaan :
  • Muhammad Farhan Bin Ismail
  • Nur Afikah Bt. Hameed
Jenis Aktiviti yang diadakan :
  • Acara cabutan nombor bertuah
  • Program Forum Islam
Perancangan Awal :
  • Perbincangan bersama Penasihat dan AJK aktiviti yang lain untuk mencadangkan aktiviti untuk Malam Kebudayaan bagi Program Khidmat Bakti Siswa di Kampung Lubuk Lesung
  • Beberapa jenis aktiviti telah dicadangkan oleh ahli dalam perbincangan iaitu karaoke, ‘action song’, dikir barat, dan juga lakonan.
Peringkat Proses pergerakan peralatan sebelum, semasa dan selepas program.

A. Sebelum program
  • Perbincangan dengan AJK Peralatan untuk memberi senarai peralatan yang diperlukan untuk Malam Kebudayaan.
  • Perbincangan bersama Ahli JKK Kampung Lubuk ??? untuk mendapat persetujuan mengenai aktiviti yang dicadangkan untuk Malam Kebudayaan.
  • Sesi undian juga diadakan untuk menetapkan jenis persembahan yang perlu dipersembahkan oleh setiap unit.
  • Namun, segala cadangan dibatalkan kerana berkabung 40 hari bersempena kemangkatan Bonda Sultan Terengganu.
  • Segala aktiviti ditukar kepada program berunsurkan Islamik iaitu Forum Islam dan juga cabutan bertuah untuk tidak memberi rasa hampa kepada orang kampung.
B. Semasa program
  • Pengumpulan hadiah cabutan bertuah serta pemilihan panel untuk forum diadakan di Kampung Lubuk ??? dengan kerjasama penduduk serta AJK Kerohanian serta penduduk kampung.
  • 11 hamper diberikan kepada penduduk kampung yang bertuah selepas Forum Islam berlangsung.
  • AJK Kebudayaan menjadi pengacara untuk acara cabutan bertuah ini.
C. Selepas program
  • Acara ini berakhir dengan jayanya dengan bantuan ahli-ahli jawatankuasa.

REFLEKSI

Selaku AJK malam kebudayaan, kami berasa bangga kerana banyak ilmu yang dapat ditimba sepanjang menjayakan program Khidmat Bakti Siswa yang telah diadakan di kampung Lubuk ??? dengan kerjasama KETENGAH pada ? Mac 20?? sehingga ? April 20??. Program seperti ini banyak memberi faedah kepada kami sebagai guru pelatih di mana pengalaman serta ilmu yang dipelajari dapat kami manfaatkan sewaktu berada di sekolah nanti.

Sepanjang memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, kami telah melalui beberapa prosedur dengan mengadakan perbincangan di antara ahli jawatankuasa terlebih dahulu yang terdiri daripada pelajar untuk menemukan kata sepakat dan persetujuan ahli mengenai cadangan aktiviti yang akan dilakukan pada malam Jumaat iaitu pada ?? April 20??. Tidak ketinggalan juga kami telah menghadiri beberapa buah mesyuarat bersama-sama dengan penduduk kampung Lubuk ??? serta pihak KETENGAH untuk mendapatkan persetujuan mereka mengenai aktiviti yang telah dicadangkan dan perbincangan yang dilakukan berjalan dengan lancar.

Pada mulanya, semua pelajar serta penduduk Kampung Lubuk ??? telah bersetuju mengadakan aktiviti seperti karaoke, tarian, drama, dikir barat serta action song pada malam kebudayaan, tetapi atas dasar menghormati tempoh berkabung, aktiviti yang dipersetujui telah dibatalkan. Walau bagaimanapun, kami telah bersepakat dengan penduduk kampung untuk mengadakan forum dan tidak ketinggalan juga menyediakan aktiviti cabutan bertuah pada malam tersebut. Melalui hasil perbincangan ini secara tidak langsung komunikasi yang baik dan berkesan dapat dipupuk dalam diri guru pelatih dari masa ke masa, di mana kami dapat meningkatkan keyakinan diri sewaktu berkomunikasi dengan orang-orang kenamaan dan kami juga turut mempelajari cara berkomunikasi yang betul sewaktu berinteraksi dengan mereka.

Aktiviti forum pada malam itu berjalan dengan lancar di mana panel pada malam tersebut terdiri daripada guru pelatih Pengajian Agama Islam PISMP semester 1 dan mereka telah membincangkan topik yang sering diperkatakan dalam masyarakat kita iaitu “Menjaga tepi kain orang” dan aktiviti ini bukan sahaja mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan pelajar bahkan juga penduduk kampung di situ yang tidak ketinggalan bersama-sama menghadiri forum pada malam tersebut. Melalui aktiviti ini, semangat kekitaan serta kerjasama yang erat di antara guru pelatih dapat dipupuk dalam memastikan aktiviti dapat dikendalikan dengan lancar. Tambahan lagi, hubungan silaturrahim antara guru pelatih dan penduduk kampung di situ juga dapat dibina melalui perbincangan dan bertukar-tukar buah fikiran antara satu sama lain mengenai isu yang dibincangkan pada malam tersebut. Selepas itu, aktiviti cabutan bertuah telah dikendalikan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan tidak kira daripada golongan kanak-kanak hinggalah kepada orang dewasa. Sebanyak 11 buah hamper telah diberikan pada malam tersebut dan aktiviti ini berjalan lancar dengan kerjasama ahli-ahli yang terlibat.

Program Khidmat Bakti Siswa ini telah berjalan dengan lancar berlandaskan kekuatan yang kami perolehi seperti semangat berpasukan dan kerjasama antara guru-guru pelatih dan ini adalah kunci kepada setiap kejayaan sesuatu program yang diadakan di mana kita haruslah mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain dalam memastikan program yang dikendalikan dapat berjalan dengan lancar serta dapat memberi manfaat kepada kita bersama. Selain itu, bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru penasihat serta sokongan daripada penduduk kampung dan pihak KETENGAH juga telah mendorong kami lebih yakin dalam merealisasikan projek ini.

PENGHARGAAN

Pihak kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Instutitut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail terutama sekali guru penasihat kokurikulum iaitu Encik Mohd. ?? Bin ?? dan Puan ?? Binti ?? dalam memberi kepercayaan serta memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami dalam melaksanakan projek yang pertama kali kami kendalikan. Tidak lupa juga kepada semua guru pelatih yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam memastikan aktiviti yang diadakan berjalan dengan lancar. Akhir sekali, kepada penduduk kampung Lubuk ??? dan pihak KETENGAH kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga dengan memberi kerjasama yang amat menggalakkan terutama kepada guru-guru pelatih dalam membantu kami menyelami dan merasai suasana berada di kampung.

Akhirnya, pihak kami juga mengharapkan program Khidmat Bakti Siswa ini dapat memberi manfaat kepada kita semua dan kita haruslah menggunakan pengalaman dan ilmu yang diperolehi ini sebaik-baiknya untuk dijadikan rujukan panduan dan bekalan pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh:

(MUHAMMAD FARHAN BIN ISMA)
AJK Malam Kebudayaan
Program Khidmat Bakti Siswa: Kampung Lubuk ???

JANGAN LUPA KLIK IKLAN NUFFNAG DI SEBELAH KIRI BLOG KAMI
SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI, JANGAN LUPA !
 

Copyright © 2010 ...~:\ NoTa PISMP KS /:~...